Dari jauh aku sudah mengecam tubuh Alvin yang sedang menunggu aku di meja kami tadi.Lama sangat ke aku jalan bersama Newt?
"Pergi mana duh,risau lak saya kau hilang lama-lama?" Jelas riak Alvin yang memaparkan sedikit kerisauan.
"Lah,dah kau yang suruh saya jalan-jalan tadi.Saya bosan jadi saya jalan-jalan lah,lagipun Newt yang ajak."
"Hmm,bawa handphone tidak?" Aku menggelengkan kepala sebelum mengatakan perkataan 'lupa'.Memang aku lupa pun,tak terfikir pun nak bawa telefon tadi ataupun memang betul-betul lupa aku tak berapa pasti.Alvin hanya membalas aku dengan gelengan kepalanya juga.
"Oh ya,ni makanan siapa ni?" Soal Alvin sambil menunjuk ke arah nasi yang masih terletak elok di atas meja tanpa terusik.
"Tak tahu,Newt yang bawa tadi ingatkan dia nak makan sini tapi dia tinggalkan macam tu je."
"Haih," keluh Alvin lalu mencapai sudu dan mula menghabiskan makanan tersebut.Aku hanya melihatnya tanpa perasaan.Sekilas aku terpandang ke arah Newt yang sedang melambai beberapa meter di satu sudut.Aku membalasnya dengan senyuman.That's boy,I'm gonna miss that smile.Uhg!
Selepas beberapa ketika,Alvin pun mengajak aku untuk pulang ke rumah.Aku hanya menurut.
"Sekejap mana Newt ni?Takpelah bagitau dekat whatsapp je lah," kata Alvin lalu kami pun keluar daripada rumah agam itu.
"Hei,nak balik dah ke?" Memang ngam sangat bertemu sebelum balik ni.
"Haah,dah pukul 10.Nanti mama Art risau pula dia lambat balik.Biasalah dia ni anak manja," balas Alvin tanpa bertapis membuatkan aku menumbuk bahu kanannya perlahan.
"Manada,kau jangan lebih-lebih ek," aku menjeling Alvin sebelum mereka berdua mengetawakan aku.Macamlah lucu sangat.Maruah aku dipijak-pijak tu eih.
"Okaylah,bye Newt!Kitorang balik dulu," Alvin melambai ke arah Newt.
"Hmm bye," balas Newt perlahan dan kurang bersemangat.Alvin bergerak mendahului aku dan aku berjalan di belakangnya.Tiba-tiba terasa pergelangan tangan kanan aku dipegang oleh seseorang.
"See ya soon," satu suara perlahan dan amat dekat menusuk di corong telingaku.Aku tidak memandangnya tetapi hanya menganggukkan kepalaku perlahan.Tanpa berpaling lagi aku terus berjalan keluar daripada rumah tersebut.Tapi perasaan aku kuat mengatakan yang Newt menatap aku sampai aku hilang dari pandangannya.
"He's so kind and friendly," komen aku sebaik memasuki kereta kancil Alvin di sebelah pemandu.
"Yeah,do you like him?" Aku tahu Alvin hanya bergurau.
"We are boys,silly.." aku pura-pura ketawa di hujung gelak.For sure,yes i like him.Suka kawan je sebab Newt tak sombong walaupun dia anak orang kaya raya ada rumah besar macam tu.Kekadang susah juga nak jumpa orang kaya yang tak sombong dan rendah diri macam Newt ni.Kaya-kaya pun banyak sombong,entahlah bangga sangatlah tu sebab hidup senang berbanding dengan orang lain.
Tepat pukul 10:50 malam,aku sampai di rumah.Kami pun mengucapkan selamat tinggal antara satu sama lain sebelum Alvin bergerak pulang ke rumahnya.
"Baru balik?" Papa menegur sebaik melihat aku melangkah masuk.
"Ye pa," aku membalas ringkas.Sebelum sempat aku melanjutkan langkah ke arah bilikku,papa memanggil aku duduk di sebelahnya.Aku menghalakan langkah ke arah papa.
"Ada apa?"
"Tak,cuma nak bagitau Art yang minggu depan kita balik kampung.Tahun ni kita sambut krismas dekat kampung je.Papa dah minta cuti so hujung bulan baru kita balik sini lagi.Nanti kemas-kemaslah mana yang patut," aku hanya mengangguk untuk menjawab kata-kata papa.
Oh kampung,rindu pula dekat kampung.Dah lama kami tak balik dekat sana sebab selalunya papa susah nak dapat cuti kerja.Tapi tahun ni dapatlah sambut krismas dekat kampung.Mesti best sebab banyak aktiviti menarik dapat buat.Bukan macam dekat bandar ni,sunyi sepi je masa krismas.
"Okaylah,dah pergi tidur awal.Art takde apa-apa nak buat kan?"
"Haah,saya pergi dulu pa.Selamat malam," aku mengucapkan selamat malam kepada papa sebelum aku bergerak ke arah bilikku semula.
Keesokan harinya,aku terjaga seawal jam 6 pagi.Nak sambung tidur tapi dah tak dapat lelap.Nak sambung tidur sebab takde apa nak buat.Lepas je basuh muka,aku memakai baju sukan.Rasa nak jogging keliling kampung pagi-pagi ni.Memang takde kerja aku selama cuti panjang sekolah ni.Nak cari kerja part time pun mama dengan papa tak bagi.Jadi,terperaplah aku dekat rumah jadi ikan masin basi.
Aku menyumbatkan lubang telinga dengan earphone sambil mengikat tali kasut.
"Jogging ke?" Baru hendak berdiri,abang sudah menyapa aku.Kelihatan seperti dia juga memakai pakaian sukan.Nak pergi jogging juga ke?
"Haah,kenapa nak join?" Pelawa aku,boleh juga aku berbual-bual dengan abang seorang ni.Jarang sangat kami bermesra entahlah mungkin sebab dia anak papa yang pertama dan lain ibu,aku pula anak papa yang kedua dengan mama aku sekarang.Pendeknya,dia cuma abang tiri aku.
"Boleh juga," balasnya.Abang aku ni nama dia Ammar.Aku tak tahu kenapa nama aku Art.Ammar ni pula sedang cuti semester,dia sambung dekat universiti mana entah aku kurang ambil tahu.Kira teruklah juga jadi adik dia ni haha.
Lalu kami berdua pun memulakan larian kami pada pagi yang masih awal itu.
"Art nak tanya ni," aku meminta izin sebelum melontarkan persoalan yang bermain-main di kepalaku.
"Hah tanyalah,jangan takut-takut.Abang tak akan pukul Art punyalah," Ammar tergelak kecil.Aku menyambut tawanya.
"Hmm,abang tak rindu ke dengan mama sebenar abang?" Aku mengelap peluh yang memercik di dahi dengan tuala kecil.Nafas aku dah sesak ni.Penat duh.
"Rindulah,cuma abang kan ada mama kita..papa..Art.Jadi,kuranglah sikit.Lagipun abang malas nak fikir pasal mama abang,sekarang entah dia dekat mana,dengan lelaki siapa entah?Biarkanlah dia,asalkan dia hidup bahagia je tak menderita," kata Ammar.Aku terdiam.
"Hmm.." hanya itu yang aku balas sebab aku tak tahu nak balas apa.Kemudian kami bercerita banyak perkara.Kami kalau berbual memang kami kongsi suka dan duka bersama kecuali perasaan aku yang mampu menyukai kaum sendiri.Itu aku tak sanggup nak hadap penerimaan abang nanti.
Jam 7:30 pagi,abang mengajak aku ke sebuah warung di tepi jalan.Katanya dia teringin nak makan burger.Hah baguslah,lepas membakar lemak tambah lemak balik.Cun betul abang aku ni.
YOU ARE READING
SEBELUM BERAKHIR (BL)
Roman d'amour[Completed] "I want to love you with all my heart before you gone, before all this be ended. I want to be your last, your comfort and your euphoria." (Started: 06 Dec 2018, Ended: 27 Dec 2018)