Bab 18

184 14 17
                                        

Kerna pernah cinta,tapi tak pernah sedalam ini..

Kerna pernah sakit,tapi tak pernah sesakit ini..

Aku sebenarnya tak pernah dengar lagu tu jadi aku kurang pasti akan liriknya.Tapi lagu tersebut tetap berkumandang dalam otak aku sebab aku pernah dengar orang lain nyanyi dan aku tidak tahu orang lain itu siapa.

Okay,aku broken sekarang.Aku perlukan Newt.Aku nak Newt.Hati aku mendayu-dayu kesedihan.Rasa kehilangan.Sakitnya ya ampun macam kena gigit semut merah di ulu hati.

Aku merinduinya.Beginikah perasaannya bila orang sedang bercinta?Rasa sakit,rindu,sayang,cinta,semua bersatu dalam jiwa.Apa yang perlu aku lakukan sekarang.Aku bagaikan menunggu beras menjadi nasi dengan sendirinya sejak semalam kerana sejak semalam juga aku menunggu mesej daripadanya namun hanya hampa yang dapat.

Newt,janganlah tinggalkan aku.Hanya aku sorang je yang sayang kau dalam dunia ni.Takde siapa lagi weh,serius.Takde siapa lagi yang akan sayang kau macam mana aku sayang kau hidup mati macam ni.Tak nampak aku desperate sangat kan?

"Art,you're my euphoria.Just don't stay away from me.."

Kata-kata itu terngiang di kotak fikiranku.Tapi sekarang siapa yang nak menjauh ni.Dia kan?Itulah dia suka sangat berjanji.Orang yang suka berjanji ni,memang senang nak pecahkan janji.Astaga,aku baru memburukkan dia ke?Tak,tak,Newt tak macam tu.Dia baik orangnya..

Aku membuka screen lock telefon aku.Masih sama tiada siapa-siapa orang yang menghantar mesej kepada aku seperti sebelum-sebelum ini.Lalu aku mencari galeri.Aku tekan satu gambar agar menjadi lebih besar tertayang di atas skrin telefon.

Di dalam gambar tersebut,adanya aku berdiri di sebelah Newt.Masing-masing tersenyum penuh kegembiraan.Aku minta gambar-gambar tersebut semasa kami masih di kampung.Aku mintalah guna aplikasi share it apa susah.Tapi susahnya jiwa aku saat menatap gambar Newt.Rasa sakit itu seperti mencucuk-cucuk aih.

Nak mesej dia ke tidak?Nak mesej ke tidak?Nak,nak ke tak nak?Hati aku mula menghitung.

Ah tak nak,aku malu.Sebenarnya lebih kepada ego.Aku nak Newt yang mesej dulu.Terus mengatakan yang dia sudah memafkan segala kesilapan aku semalan.Dan dia datang menemui aku.Sebab hari ini sudah mencapai 30 December.Esok-esok dia akan terbang pergi lebih jauh dari aku.

Lantas aku menjadi seekor pungguk,pungguk yang merindukan bulan.Ah jiwa,kalau ditulis semua rasa yang menyempit pasti tidak cukup satu bab.

Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan sekarang,aku hanya tidur berpusing-pusing sambil menggenggam sebiji telefon.Kerana dia,aku mula mendekati telefon aku sendiri dengan lebih rapat dan aku mula tahu bagaimana cara untuk mengubah wallpaper telefon.Nanti bolehlah aku ubah wallpaper bunga yang aku tak tahu namanya itu kepada gambar aku dan Newt.

"Art," panggil mama dari luar bilik bersama ketukan di pintu.Aku tersentak daripada lamunan yang kurang panjang.

"Ya ma.." aku bangun dan membuka pintu bilik.

"Mama minta tolong Art untuk membeli barang-barang dapur di pasar raya," kata mama sambil meneliti aku yang masih serabai belum mandi pagi.

"Ni apahal semak sangat ni,belum mandi ke apa?" Soal mama lagi.

"Sekejap lagi ma.Okay nanti saya belikan,mana senarainya?" Aku meminta senarai barang yang perlu dibeli dan mama menghulurkan aku sehelai nota kecil bersama sejumlah wang.

"Guna je motor kalau malas nak naik bas.Tapi hati-hati okay," kata mama sebelum berlalu.Aku hanya mengangguk di situ.Selepas itu aku meletakkan telefon aku kembali ke tempatnya dan bersiap-siap untuk pergi ke pasar.Jarang keluar rumah so inilah masanya.

Aku bergerak ke pasar dengan motor aku yang lama tetapi kurang lama.Maksud aku baru setahun,lama lah tu.Sampai di pasar,aku terus mencari barang-barang yang dipesan oleh mama.Hampir setengah jam,aku pun siap membeli semua senarai yang ditulis dalam notak kecil itu.Aku keluar daripada pasar raya yang agak sesak itu dengan berbeg-beg plastik yang berisi barang dapur.

Baru hendak menaiki motor semula,tanpa sengaja aku terpandang sebuah kedai buku.Aduh,dah lama tak beli buku cerita baru.Rindu pula nak baca buku.Aku menongkatkan motorsikalku semula dan barang-barang tadi aku letakkan ke dalam raga motorsikal.

Aku pun mula bergerak ke arah kedai buku tersebut.Wah,rambang mata aku melihat banyak buku baru.Nak beli mana satu eh?Aku mula mengira bajetku,hmm cukup untuk dua buah novel yang tebal huhu.Aku mana ada banyak duit,kena kerjalah kalau nak kumpul banyak-banyak duit.Namun oleh sebab aku sangat menyukai sebuah buku,maka aku pun membelinya tanpa berlengah lagi.

Selepas itu aku pun keluar dari kedai tersebut dan ternampak pula Kafe Litium.Ah kafe itu lagi,memori aku bersama Newt kembali menerjah ke dalam kotak fikiran.Baru aku cuba melupakannya sebentar,sudah teringat balik.Apalah nasib angau sampai macam ni teruknya?

Otak aku kata pergi balik namun hati aku kata pergilah ke Kafe Litium kejap.Mana tahu boleh jumpa dengan Newt kalau ada rezeki dan dia pun hai aku dengan bersemangat sekali lalu memeluk aku dengan mengungkapkan perasaan rindu yang pasti membuak-buak.

Aku dah gila ke apa ni?Aku rasa simpati dengan keadaan diri aku ketika itu.Aku menghiraukan kata-kata hati dan terus kembali ke tempat motorsikal aku tadi.Baru beberapa langkah,kaki aku berpatah balik dan tanpa sedar aku sudah memasuki ruang Kafe Litium itu.Maaf otak,aku tak sedar diri tadi.

Semua berlaku dengan pantas sehinggalah aku terlanggar dengan seorang gadis dan gadis itu hampir terjatuh sebelum pasangannya menyambut gadis itu daripada terjatuh macam nangka busuk di atas lantai kafe itu.

"Sayang,kau okay?" Sekejap,aku macam kenal suara tu.Lalu dalam keadaan teruja dan terkejut,aku memandang lelaki tersebut.Mata kami bertembung sebelum aku menyedari apa yang sedang terjadi.

Aku gembira bertemu dengannya namun bukan aku yang disoalnya tadi.Jadi,guruh berdentum bersilih-ganti sebagai latar jiwa aku ketika itu.

SEBELUM BERAKHIR (BL)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang