Bab 14

255 13 2
                                        

Pagi itu,saya berasa senang untuk bangun awal dan menjenguk ke dapur.Terasa ringan tangan nak buat kek.Teringin pula nak makan kek yang gebu dengan coklat cair yang meleleh di atasnya.Selain daripada bernafas,aku juga agak suka membuat kek.Dulu masa tingkatan 3,aku pernah mencuba banyak resepi membuat kek.Syukurlah,sampai sekarang masih mampu buat cukup untuk makanan sendiri.

Disebabkan arus elektrik belum sampai lagi di kampung tersebut,aku tidak menggunakan oven untuk membuat kek.Buat secara kukus cukuplah.Peralatan pun masih lengkap di sini.

"Good morning,baby.Buat apa awal pagi ni?" Semasa hendak memakai apron,aku disapa dengan satu pelukan dari belakang.

"Ehem.." aku berdehem untuk menyedarkan Newt di mana kami sedang berada sekarang.Newt hanya tergelak sambil melepaskan pelukannya di pinggangku.

"Buat apa?" Soalnya lagi.

"Eh sedang membeli di pasar ini,kau boleh tolong ambilkan daging ayam tak?" Aku sengaja mempermainkannya kerana dia bertanya soalan yang obvious.Nak penampar ke apa?

"Huh?" Newt membuat muka blur dengan gurauan aku.Aku hanya mampu melepaskan gelak.

"Suka eh kenakan saya," Newt mula memahami lalu mencubit pipiku.

"Jangan sentuh ikut suka-suki kau je weh," aku menjelingnya.Selepas itu aku bergerak ke meja tempat aku menggaul tepung.Kalau dilayannya Newt sampai esoklah kek saya tak terhasil.

"Kau perlu bantuan tak?" Soalnya sambil mendekatiku.

"Takpe lah,mudah je ni.Kau tunggu siap dan makan je." Balasku.

"Okay bos!" Newt memaut bahu aku dan tanpa disangka-sangka dia mencium sebelah pipi.

"Newt!!" Aku menyebut namanya kegeraman.Newt tergelak besar sambil melarikan diri daripada situ.Hmm,laki ni memang nak kena.

Aku melanjutkan aktiviti aku pada pagi itu,hampir setengah jam semua tepung dan bahannya yang lain sudah siap digaul.Aku menyediakan tempat kukusan dan memindahkan tepung yang telah digaul ke dalam satu bekas yang berbentuk bulat.

Setelah kukusan siap,aku memasukkan bekas tersebut ke dalam tempat kukusan dan mensetkan masa yang telah ditetapkan.Selalunya dalam sejam begitu sudah siap.Dan aku tidak sabar untuk merasakan keenakannya.Aduh,perasan sedap pula tapi memang selalunya air tangan aku sedap jugaklah.Sukar dinafikan itulah masalahnya.

"Wei Newt," aku memanggil gerangan si lelaki.Aku nak minta tolong dia cairkan coklat atas api.Bukan aku tak boleh buat sendiri tapi sengaja nak tengok sama ada Newt pandai beraksi di dapur ataupun tidak.

"Ye sayang," muncul Newt dengan panggilan yang kurang enak didengar.Kalaulah mama dengan papa sudah bangun,masti aku dikerjakan.Entah apalah penerimaan mereka apabila mendapat tahu yang anak mereka ini mempunyai hubungan songsang.Aku mengeluh kecil.

"Kenapa?" Newt mendekatiku."Perlu bantuan ke?"

"Haah,tolong cairkan coklat tu."

"Oh senang je,sedangkan nak cairkan hati kau saya mampu.Apatah lagi coklat tu."

"Erm.." aku membuat muka selari dengan kata-katanya.Dia hanya tergelak lantas mencapai sekeping coklat masakan bersaiz besar di atas meja.Kuali dipanaskan dan balutan pada coklat masakan dikoyakkan.Aku perhati je dia buat kerja.Huh,bolehlah sikit.

"Siap!" Ucap Newt sebaik dia selesai melakukan kerjanya.

"Jadi ke?" Aku mendekatinya dan melihat coklat yang sudah mencair sepenuhnya di dalam kuali.Huh,selamat kau coklat.

"Heh good job,boy." Aku menepuk-nepuk bahunya.Newt beriak sedikit bangga.Eleh baru itu dah nak mengangkat dada.

Akhirnya,kek pun siap dan disejukkan di atas meja makan.Setelah sejuk,coklat yang dicairkan tadi pun dilelehkan di atas kek tersebut dan siaplah hasil tangan aku dan Newt pada pagi itu.Aku mengerling jam,baru pukul 7:30 pagi,mama dengan papa mungkin sudah bangun ketika itu.Abang tak taulah.

"Nampak sedaplah," ucap Newt sambil cuba mencuit kek tersebut.Aku menampar lengannya.

"Tunggulah kejap."

"Hehe,yelah sayang." Dia ni memang tak suka sebut nama aku ke apa?Baby ataupun sayang juga yang dipanggilnya.

Mama dengan papa pun sampai di dapur.Mereka memandang aku dan Newt dengan wajah pelik.

"Awalnya bangun hari ni," mama mula menegur.

"Suprise!!" Aku menunjukkan kek yang aku dan Newt buat tadi kepada mama dan papa.

"Giliran kami buat sarapan hari ni so tadaa.." kataku lagi.

"Hehe,saya tolong Art cairkan coklat je.Semua dia yang buat mama,papa.." sambut Newt pula.Aku tak taulah apa penyakit Newt ni.Sejak awal lagi dia memang sudah membiasakan diri memanggil mama dan papa aku dengan panggilan mama dan papa dia juga.Huh,aku malas nak tegur.Biarlah dia asalkan dia bahagia,aku turut berbahagia hew.

Selepas bersarapan,aku dan Newt meneroka kampung itu bersama-sama.Newt tidak lupa membawa camera conannya kerana katanya dia mahu merakamkan saat-saat itu agar tidak hanya tinggal kenangan.Ada juga yang ditatapnya bila mereka berpisah tahun depan.

"Art tengok jap," panggil Newt.Aku yang sudah mendahului beberapa langkah di hadapan berpaling ke belakang.Lalu Newt mengambil gambar aku sebelum aky bersedia membuat sebarang gaya yang cool.

"Wei okay tak?" Soal aku,nanti Newt sengaja menyimpan gambar hodoh aku.Tau lah aku hodoh,tapi kalau nak ambil gambar pun silalah ambil yang kacak-kacak sikit barulah selamat nak tatap malam-malam.

"Mestilah okay," balas Newt sambil tersenyum-senyum.

"Kau jangan memacam eh," aku bergerak mendekatinya untuk melihat gambar aku tadi."Bak saya tengok manatahu buruk," aku menghulurkan tangan kepadanya.

"Kau mana pernah buruk," itu pula yang dijawabnya.

"Iya,iya,manatahu kacak sangat.Risau pula kau terangsang seorang diri nanti," aku tak tahu sejak bila mulut ni gatal sangat.

"Ewah,pandai dah cakap macam tu eh." Newt merenung aku membuatkan aku melarikan pandangan ke arah lain.Malu pula berkata begitu.

"Kalau macam tu kita balik ah sekarang,saya memang sentiasa terangsang dengan Art ni." Usik Newt lagi.

"Pergilah balik sorang,hahaha.." aku berlari meninggalkan Newt di situ.Duh,kuning otak jadinya.

SEBELUM BERAKHIR (BL)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang