Ini semua salah hati lah,siapa suruh bawa aku ke dalam Kafe Litium?Tapi bagus jugak,aku dapat tengok semua drama di sebalik tabir,bukan hanya menonton drama di televisyen yang banyak main edit.
Namun,jiwa aku sangat parah ketika itu.Kesihatan jiwa aku ketika itu sudah berada di tahap yang kritikal.Perlu dirawat secepat yang mungkin.
Selepas saja mengemas barang-barang yang aku beli di dapur tadi,aku berlari masuk ke dalam bilik lagi.Perasaan perlu dilayan secepat yang boleh,ia tidak boleh dibiarkan merajuk lama-lama.
Kejap apa kejadian tadi eh?Oh ya,Newt bersama dengan seorang gadis yang masih bergetah dan seksi.Dalam erti kata lain,dia curang weh.Dahlah dengan perempuan.Ini sangat tak adil.Newt patut dihukum atas kesalahan besarnya ini.
Tadi pula lepas je aku cabut pergi,Newt langsung tidak memanggil aku dan hanya mengendahkan aku pulang begitu saja.Kejamnya kamu.Argh!Sakit jiwa dan raga ini diperlakukan seperti ini.
Aku bukan sampah,bodo!Aku menumbuk-numbuk bantal di hadapan aku.Membayangkan yang bantal itu adalah wajah Newt.Kalau boleh aku nak tumbuk-tumbuk wajah kacak itu biar hancur-lunyai.Biar tiada siapa yang sudi memandangnya.Dan saat itu,hanya aku yang ada di sisinya.Biar dia tahu yang aku cinta mati dengan dia.Aku tak memandang segala kekurangannya.Aku cuma menginginkan sebuah hati yang tulus..
Tanpa sedar air jernih mengalir di atas pipi aku dengan sedikit terasa panas.Aku menangis lagi bagai budak cengeng,macam budak perempuan yang diputusin oleh pacarnya kerana pacarnya selingkuh.
Sekarang,patutkah aku memulakan langkah baru bagi melupuskan dia dari segenap celah memeri?Sudah pasti!
"Sayang,kau okay?"
Ya,sayang tu hanya untuk aku seorang namun sudah diduakan.Untuk apa lagi aku mahu menunggu.
Bichi naneun sollo!
Lagu Solo Jennie berkumandang di tepi telinga.Aku menutup lubang telingaku kuat dengan bantal.Lama aku berkeadaan seperti itu sehinggalah aku tidak sedar bila masa aku terlelap.
Air mata mengering sendiri di tubir mata.Semua wajah-wajah yang cukup menyakitkan jiwa ini perlahan-lahan puput daripada bayangan fikiran.
Terasa lama aku terlelap pada kali itu dengan jiwa yang sangat berat.
"Sayang.." sayup-sayup kedengaran seseorang yang memanggilku dengan usapan di kepala yang lembut.Aku sedang bermimpi.
Aku membuka mata,pandangan kabur tadi beransur menjadi cerah.Kelihatan wajah Newt di situ.
"Kau buat apa masuk dalam mimpi saya.Saya tak nak jumpa kau lagi walau dalam mimpi," ucap aku dingin dan cuba memejamkan mataku rapat.Berharap agar aku terjaga dan Newt hilang daripada sisiku.
"Baby,kenapa ni?Ni bukan mimpi lah," Newt mengusap pipi aku dan aku mampu merasakan sentuhannya.Ya,ini cuma mimpi.Aku harap cuma mimpi.Aku tak nak jumpa Newt lagi.Namun saat dahiku terasa dikucup dan meninggalkan kesan,aku tahu yang itu memang bukan mimpi.
"Kau buat apa dekat sini?Baliklah." Aku menghalaunya dan memalingkan wajah ke arah lain.Tidak mahu Newt melihat aku menitiskan air mata lagi.Hati aku sebak.Mungkin Newt datang untuk memutuskan hubungan kami kerana dia sudah punya perempuan yang lebih seksi itu berbanding aku.
"Janganlah halau macam ni,saya baru je sampai.Saya terkejar ke sana ke sini tadi.Saya terpaksa hantar Merrylin ke airport sebab dia nak balik Singapura hari ni.Lepas tu berkejar ke sini pula sebab Art tak nak balas mesej saya.Berapa kali saya nak cakap,buka telefon tu tengok mesej saya." Newt berkata panjang lebar sempat menasihati aku.Tambah kecewa aku dibuatnya saat dia menyebut mungkin nama kekasih barunya itu.
"Kau buat apa datang sini?Saya tak suruh kau pun," aku berkata lagi dengan dingin yang tidak kurang takat bekunya.
"Sebab saya cari jiwa saya yang hilang selama sehari ini.Sebab saya rindu nak tatap wajah kekasih jiwa saya ini.Sebab saya nak segalanya dengan kau.." Newt cuba memusingkan tubuh aku menghadapnya.Oleh kerana aku tidak bersedia,sekejap saja aku sudah menghadapnya.
Lalu dia mengucup bibir aku.Lama berada dalam posisi itu sehingga aku berasa sesak,aku cuba menolak namun ciumannya betul-betul melemahkan segala tenaga yang aku punya.
"Saya minta maaf," ujar Newt sebaik melepaskan bibir aku.Aku masih terkesan dengan ciumannya tadi.Baru sehari aku sudah merindui segala kucupannya apatah lagi kalau kami berpisah sampai selama-lamanya.Aku pusing meniarap untuk melarikan pandangan aku daripadanya kepada permukaan cadar katil aku.
"Saya tau saya dah buat hati Art sedih,buat macam Art ni diduakan.Tapi percayalah,Merrylin tu bukan siapa-siapa.Dia hanya sepupu saya.Lepas tu pasal hal semalam,lepas masuk je dalam rumah saya dah maafkan Art dan berharap yang Art akan mesej saya tapi sampai ke saat ini satu mesej daripada Art pun tiada yang sampai dalam telefon saya."
"Art tau tak macam mana rasa sakitnya bila Art buat saya macam ni.Seolah-olah Art tak kesah pun dengan saya.Saya sakit Art,jiwa ini sakit.Perasaan ini sangat menyayangi diri Art.." ucap Newt dengan suara sendu.Macam nak nangis pun ada.Aku curi-curi memandangnya,dia mengesat matanya.Ya Tuhan,dia betul-betul menangis.
"Newt.." aku bangun dan duduk berdekatan dengannya.Lantas tubuhnya aku peluk erat.Aku tidak tahu untuk mengungkapkan kata maaf ini bagaimana.Aku sangat pilu saat melihat dia menangis.Dia menangis keranaku.Kenapa aku tergamak menyakitinya?Ah bodohnya kau diri.
"Saya..minta maaf,Newt.I'm so sorry,for everything..semuanya salah saya," aku menyembamkan mukaku ke atas bahunya.Kalau Newt mampu menangis,apatah lagi aku yang cengeng ini.Aku membanjiri bahu Newt dengan air mataku.
Lama kami berkeadaan seperti itu.Masing-masing kehilangan kata.Akhirnya Newt baring dan mengajak aku turut baring di sisinya.Dia memeluk pinggang aku erat sambil menutup matanya.Aku tahu dia penat,dan aku biarkan dia terlelap di sebelah aku untuk kesekian kalinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/169587817-288-k402743.jpg)
YOU ARE READING
SEBELUM BERAKHIR (BL)
Romance[Completed] "I want to love you with all my heart before you gone, before all this be ended. I want to be your last, your comfort and your euphoria." (Started: 06 Dec 2018, Ended: 27 Dec 2018)