2 tahun kemudian...
Aku bersiap-siap untuk pergi ke Kafe Princeway.Untuk mengisi masa aku menyambung pelajaran di kolej matrik,aku bekerja di Kafe Princeway sebagai pelayan.Kafe itu berada 30 minit jauhnya daripada kolej tempat aku belajar.Aku guna je motor aku untuk ke situ.
Sebaik sampai di kafe itu,aku terus bergegas ke bilik yang disediakan khas untuk pekerja-pekerja.
"Arttt!"
"Ko pehal?" Aku menjeling teman sekerja aku yang agak sewel itu.Entah macam mana dia boleh diterima bekerja di situ pun aku tak tahu.Hadim hanya tertawa mengekek.
"Kau ni Art,serius je memanjang.Gelak ah sikit,saya tak pernah nampak kau ketawa ikhlas."
"Habis selama ni saya ketawa sambil nangis ke?" Aku memandangnya tajam.
"Bukanlah,tapi dari reaksi muka kau.Kau macam sembunyikan sesuatu.Tak nak share ke.Saya okay je ni."
"Tak penting pun." Aku bergerak meninggalkannya di situ.Namun aku ditarik olehnya semula.
"Woi,woi kau ni main pergi macam tu je!Ceritalah dengan saya jugak,kita dah hampir setahun bersama tak akan kau masih ragu nak bersahabat dengan saya."
"Hadim,sekarang masa untuk bekerja.Bukan bercerita,bongok!" Aku mengetuk kepalanya membuatkan dia menumbuk bahu aku.Nasib baik perlahan je.
"Hei,hei,curi tulang pula.Banyak pelanggan ni,pergi sana cepat.Bekerja!" Muncul Puan Minan yang mix Jepun dengan Melayu itu,matanya sepet kalau dia ketawa biji matanya hilang terus.Kah!
"Puan,tulang tarak,hati Art je ada ni." Hadim menyenggol bahu aku dengan penuh gedik sebelum aku meluku dan meninggalkannya.
Aku kambali bekerja seperti biasa.Kalau boleh kena elak daripada Hadim kerana dia pasti mengganggu aku tak pernah puas.Ceh!Hadim seorang pelajar tingkatan 6 di sebuah sekolah entah di mana.Cari kerja part time kerana keluarganya yang kurang berkemampuan.Walaupun Hadim sewel-sewel begitu tapi hatinya baik sekali.Dia suka membantu orang lain.Gadis,carilah lelaki seperti Hadim.Sudahlah rajin,kacak pun boleh tahan.
Sudah lama aku meninggalkan kisah dua tahun yang lalu kecuali kisah cinta aku dan dia yang tidak akan pernah puput daripada jiwa sampai bila-bila.Biarlah ia menjadi memori yang terindah dalam ingatan.
Aku melabuhkan punggung di atas sebuah bangku lembut di ruangan rehat.Sekarang adalah masa rehat bekerja,aku melepaskan lelah di situ seketika.
"Nah," segelas air susu berais dihulurkan kepadaku.Aku memandang Hadim dengan wajah yang tiada perasaan lalu menyambutnya.
"Thanks.."
"Tak nak makan ke?" Soalnya.
"Malam-malam ni mana ada selera nak makan duh."
"Ke kau teringat kekasih di kejauhan sebab tu takde selera nak makan?" Hadim mengusik.Eih,kerja dia memang menyakat orang je kerjanya.
"Kekasih tarak wo,siapa yang nak dengan aku ni?" Ucap aku dengan nada sedih yang penuh perasaan.Memang takde orang yang nak aku pun sekarang ni,huhu.Mesti kau yang baca ni pun tak nak.
"Tipu ah,hensem-hensem macam ni takde girlfriend."
"Seriuslah hensem?" Aku cuba menduganya.
"Haah,hensem tapi saya lagi hensem." Ceh!Sakit tekak aku menahan muntah ni.Dia ni memanglah.Aku menghirup minuman yang diberikan oleh Hadim tadi.Hadim duduk di sebelah aku.Masa rehat tinggal 10 minit.
"Weh cepat ah bagitau apa rahsia kau sebenarnya?" Kata Hadim kepadaku.Aku memandangnya pelik.Sejak bila aku cakap dia yang aku ada rahsia.
"Siapa kata saya ada rahsia?" Soalku.
"Mata kau,saya mengenali orang dari matanya.Dari matanya saya tahu apa yang disembunyikan dalam jiwa dia.Dari mata dia,seperti ingin menyampaikan sesuatu namun tidak terungkap di mulut." Aku terdiam mendengar katanya.
"Hmm kalau saya bagitau kau pun,adakah kau mampu menerima saya sebagai kawan kau lagi?"
"Sekejap,sejak bila kau anggap saya ni kawan kau?" Hadim bertanya sambil mengusap dadanya.Aku menjelingnya.
"Tak jadilah nak cerita dengan kau," aku sengaja membuatkan dia serba-salah.
"Eh okay,okay sorry lah.Saya gurau je,cepatlah buka cerita." Aku memandangnya beberapa saat sebelum mula membuka mulut.
"Apa reaksi kau kalau saya ni..gay?"
"Gay?Tu perkara biasa,semua orang mempunyai perasaannya yang tersendiri." Hadim berkata dengan selamba.
"Saya gay Hadim.Sebab tu saya selalu cakap dengan kau saya tak minat perempuan.Saya mana ada couple.." kata aku perlahan.
"Saya tauuu.." aku memandangnya tidak percaya.
"Sudah saya katakan yang saya boleh mengenali orang melalui matanya.Saya tengok bila kau pandang lelaki lain macam je berbanding kau tengok perempuan cantik.Tapi saya diam je,tunggu kau buka cerita." Aku mengeluh kecil.
Lalu aku menyambung cerita aku tentang Newt.Habis 10 minit,aku habis bercerita kerana aku ringkaskan ia seringkas-ringkasnya.Hadim hanya terdiam mendengar ceritaku.Lama dia terdiam.
"Dahlah,jom sambung kerja." Aku mengajaknya.Kami sama-sama keluar daripada ruangan itu dan menyambung pekerjaan kami.Kerja aku tamat pada pukul 12 tengah malam nanti.Sampai di kolej dalam jam 1 nanti.
"Art,kau teh jadi orang jangan murung terus.Move on lah.." ujar Hadim dalam bahasa indonnya.Aku tahu dia cuba menghiburkan aku dan aku hanya tertawa kecil.
Bagaimana hendak move on,Hadim?Ingat mudah ke?
Balik ke kolej pada tengah malam itu,aku terus mandi dan baring ke atas katil untuk melepaskan lelah.Sempat juga aku membuka telefon untuk melihat aplikasi wattpad.Eh,ada satu noti daripada inbox wattpad aku.
Loveatwinter
Salam Art,apa khabar?Ah,kawan seorang atas talian ini juga sudah hampir dua tahun kami berkenalan antara satu sama lain.Teringat pula masa mula-mula dulu macam mana orang ini yang hanya mahu dikenali Anan,mengetahui nama penuh aku.Rupa-rupanya masa itu aku memang meletak username sebagai ArtHartich.
YOU ARE READING
SEBELUM BERAKHIR (BL)
Romance[Completed] "I want to love you with all my heart before you gone, before all this be ended. I want to be your last, your comfort and your euphoria." (Started: 06 Dec 2018, Ended: 27 Dec 2018)