Bab 24

165 11 5
                                    

"Kau buat apa dekat sini?" Soalku kepada Venish yang muncul di rumahku pada petang itu.

"Takde,nak ulang kaji bersama kau hari ni.Lagipun esok cuti kan,so.." kata-katanya terhenti apabila aku sudah merenungnya tajam.Yeke ni?

"Kau kan selalu top one dalam kelas.Bolehlah ajarkan saya beberapa bab kimia dan subjek lain yang saya kurang memahami."

"Tapi.."

"Lah,biarkan je lah dia Art.Takkan kamu tak nak ajar dia pula." Papa tiba-tiba menyampuk.Aku akhirnya melepaskan keluhan kecil.Ah takpelah aku cuba fikir positif je.Mungkin betul Venish mula merapatkan hubungan kami yang renggang selama ni dan mahu mengulang kaji pelajaran bersama-sama aku.

"Okaylah,tapi sekarang dah pukul 5 petang nak masuk pukul 6 dah pun.Bila kau nak balik?" Aku takde niat nak halau dia lagi,tujuan aku hanyalah meminta kepastian.

"Takpelah,dia tunggu kamu tadi tu Art tapi sampai pukul 5 tak balik-balik.Jadi,biar dia tidur sini je malam ni,boleh sambung ulang kaji esok.Lagipun bumi macam nak hujan je ni," aku mula menangkap bunyi rintikkan hujan di luar.

"Erm.." aku tidak tahu untuk menjawab apa lagi.Suka hati kaulah Venish.

"Hah Venish nanti kamu beritahu ibu bapa kamu yang kamu bermalam di sini malam ni ye." Papa berkata kepada Venish.

"Baik uncle." Jawab Venish sambil tersengih ke arahku macam kerang busuk.Ingat kacaklah tu.

Aku masuk ke dalam bilikku untuk mengambil tuala,tuala untuk Venish juga aku ambil.Mesti dia datang sini tadi bawa buku je.Mungkin tak terfikir pula akan bermalam di sini.Aku mencari-cari pula pakaian yang sesuai dengan Venish dan muat untuknya.Pakaian aku semua kecil-kecil juga sebab aku kurus je orangnya.Hah,lantaklah apa Venish nak pakai untuk selana dalamnya.Haha!

"Nah!" Aku menyerahkan tuala dan pakaian kepada Venish."Jangan koyak sudah.Siapa suruh gemuk sangat." Sambungku sempat memerlinya.Dia takdelah gemuk,normal bagi seorang lelaki tapi aku sengaja menyakitkan hatinya.

"Kau ni,saya manada gemuk." Dia menjelingku.Oh no,jangan pandang aku macam tu.Cucuk mata tu dengan garpu baru tau apa erti buta!

"Diamlah,kau pergi mandi dulu.Lepas tu baru saya mandi." Aku menyuruhnya.Papa sudah tiada di ruangan situ,mama aku tidak tau dia ke mana lagi.

"Meh ah mandi sesama."

"Tak hingin duh." Aku memeluk tubuh.Enak saja nak mandi bersama,ingat kau Newt ke?Newt je yang boleh tengok saya mandi ke apa-apalah.

"Tu pun kedekut." Rungutnya sebelum berlalu.

"Kedekut apanya?!" Aku menggertak gigi tanda kegeraman.Venish kembali semula ke tempat aku.

"Weh,boleh pinjam selana dalam tak?" Aku menggulingkan mataku dengan pertanyaan bodohnya.

"Tak boleh!" Tegasku.

"Alah please lah,saya bukannya ada kurap pun.Tak selesa lah tak pakai selana dalam.Ketara pula nanti," dia tersengih lagi.Nak juga aku terajang orang ni kejap lagi.Menyusahkan betullah.Dengan berat hati aku memberinya sehelai kain yang bernama seluar dalam aku.Sedih betul kehidupan macam ni.

"Thank you,sayang." Ucapnya sebelum berlalu.Euw,sayang.Siapa sayang kau bodo?!

Malamnya selepas makan dan mengulang kaji pelajaran bersama dengan Venish,aku merebahkan tubuh ke atas katil untuk melepaskan lelah yang menggunung.

"Ketat sangatlah baju kau ni," Venish merungut lalu membuka baju yang sedang dipakainya.Aku mengendahkannya sambil memandang skrin telefonku.Melihat sama ada Newt ada menghantar mesej kepada aku hari itu atau tiada.

"Kau buat apa?Saya ngantuk dah ni." Kata Venish lagi.Inilah masalahnya,aku suruh dia tidur dalam bilik tetamu tetapi degil nak tidur sini juga.Jadi tempat yang paling sesuai untuknya adalah di lantai,bukan?

Setelah yakin tiada apa-apa mesej yang masuk.Aku memandang ke arah Venish.Tanpa sengaja aku terpandang badannya yang menggiurkan.Ah,sudah!

"Kenapa pandang macam tu?" Soal Venish sambil tersenyum nakal.Dia kemudian berjalan ke arah pintu bilik dan menguncinya.Suis lampu ditutup tinggal lampu tidur saja yang samar-samar menyinari suasana bilik itu.Aku juga sudah merasa mengantuk.

"Art.." terkejut aku apabila Venish sudah baring di sebelahku.Aku baring membelakanginya.Satu tangan menjalar di pinggangku lalu naik ke dada.Dia mengusap dadaku perlahan.Aku terbuai sekejap maka aku tidak menghalangnya.

"Art pernah crush dengan saya kan?" Aku sedikit terkejut dengan soalannya.Dari mana dia tahu?

"Siapa cakap?" Soalku perlahan.

"Diari Art lah,tadi sebelum Art balik sini saya ada masuk dalam bilik ni dan geledah satu bilik.Terus saya jumpa buku tu dalam laci meja belajar Art yang paling bawah.Jadi,saya bacalah.." kata-katanya membuatkan jantung aku mula tak keruan.

"Kau...penceroboh!" Aku berpusing ke arahnya dan mula memandangnya tajam.

"Dalam buku tu,Art nak saya jadi kekasih Art kan.Art nak saya notice Art yang Art suka dengan saya tapi masalahnya saya tak gay sebab saya ada kekasih perempuan.Art nak saya buat macam ni dekat Art.." Venish menarik aku ke dalam pelukannya.

"Art juga nak saya cium bibir Art lama-lama.." baru dia mahu melanjutkan tindakannya yang seterusnya,aku sudah menahan kepalanya kuat.

"Jangan buat itu lagi!" Aku memberi amaran.

"Art,kalau Art bagitau semua ni dari awal lagi saya akan terima Art juga sebab saya juga menyayangi Art.Selama ni saya couple dengan banyak perempuan tapi hati saya tetap rasa kosong.Bila saya sedari,saya juga suka dengan lelaki sendiri." Aku terdiam mendengar katanya.Macam tidak masuk akal pula.Kenapalah kau muncul merosakkan cerita ini,Venish?

Aku menarik nafas panjang dan melepaskan pelukannya kepadaku sebelum membalas katanya.

"Sejujurnya,saya memang pernah suka dengan kau.Tapi tu dulu je,masa tahun lalu.Sekarang dah tak sebab saya dah ada orang lain.Mustahil untuk saya mengkhianat orang yang sayangi itu hanya kerana kau." Kataku,dalam fikiran sudah merangka yang apabila esok tiba aku akan terus membakar diari lama itu.Nanti Newt yang menjumpainya pula mati aku!

"Tapi kau juga sudah membuat saya jatuh cinta dengan kau."

"Hah?Bagaimana?" Aku bertanya kehairanan.Sejak bila aku membuat Venish jatuh dengan aku.

"Entah..sekarang saya nak Art je." Dia memeluk aku kembali.Sesungguhnya aku tidak mampu menolak godaannya.Tambahan pula rasa sayang untuknya pernah hadir dalam jiwa ini.

Dia mencari wajah aku dan terus memagut bibirku.Ciumannya dalam sekali membuatkan aku membalas ciumannya itu.Segala tentang Newt hilang ketika itu juga.

Dia mula meraba segenap tubuhku.Aku hanyut dalam belaiannya pada malam yang sangat panjang itu.

SEBELUM BERAKHIR (BL)Where stories live. Discover now