Kami sekeluarga dan juga Newt akhirnya kembali ke kampung satu kami yang di bandar.Sebelum meninggalkan kampung itu,aku menatap kampung halaman selama yang mungkin sebelum perahu yang kami sewa meluncur di atas air dengan kelajuan sederhana.
"Nampaknya masa kita semakin pendek,kenapa rasa macam sakit sangat ni?" Ucap Newt sambil menyandarkan kepalanya di atas bahu aku.Ketika itu kami sudah menaiki van papa.
"Newt.." aku memandangnya dengan wajah yang turut sayu.
"Kenapa ini semua harus terjadi?" Aku menyoal,terasa pedih di ulu hati.
"Kerana cinta kita adalah sejati,sayang." Dia menatap aku,mata kami saling bertautan."Cinta sejati memang banyak dugaannya,banyak ujiannya."
"Saya tak nak berpisah dengan kau," aku mengeluh.Rasa bersalah cakap macam tu tapi aku betul-betul terkilan dengan kejadian yang bakal terjadi antara aku dan Newt.
"Saya juga Art,tapi..kita kena tempuhi juga apa saja perkara yang bakal berlaku di masa akan datang.Bersama-sama.." Newt mencari tangan aku,lalu digenggamnya erat,haba daripada tangannya sedikit demi sedikit mengalir ke ke tanganku.
"Andai kita hidup bertahun-tahun lagi,selama itulah hati kita akan kekal bersatu.Saya nak cakap sampai beribu tahun tapi kedengaran agak klise di situ haha," dia tergelak kecil.
"Takpe lepas je habis tingkatan 5,saya akan cari kau balik.Saya janji walau macam manapun kejadian masa tu saya tetap akan cari Art walau ke mana pun atau berapa lama pun saya perlu menunggu."
"Kau terlalu suka untuk berjanji.Ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan," aku cuba bergurau.
"Saya seriuslah," Newt mengetuk kepala aku perlahan.Aku tergelak.
"Macam mana kalau masa tu kau dah tak mengenali saya?Lepas tu kau dah berubah.Kau dah melupakan saya.Kau dah ada kehidupan sendiri." Aku mengatakan kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi.Tidal mustahil kerana apapun boleh terjadi selama kami berpisah.
"Sayang,jangan cakap macam tu lah.Kata-kata tu satu doa,just cakap perkara yang baik-baik je." Aku mengeluh,terlalu banyak keluhan yang ingin keluar daripada jiwa yang ringan ini.Mengapa,mengapa aku menjadi seperti ini?
Aku sepatutnya teguh.Aku sudah besar.Aku patut berani menghadapi risiko yang aku ambil sendiri.Dari awal sudah dikatakan bahawa jatuh cinta dengan dia adalah sebuah permainan dunia semata.Kalah mati,menang hidup.Itulah risiko yang perlu dihadapi.Sekarang kenapa aku takut untuk menghadapi sebarang risiko sedangkan begitu mudah aku memyerahkan seluruh jiwa ini kepadanya?
"Kenapa kau hadir dalam hidup saya?" Aku berkata perlahan,tidak sedar yang aku mengungkapkan kata itu sehingga mampu didengari Newt.
"Ah..?" Newt mengangkat wajah sambil merenung aku tajam.
"Kenapa kau cakap macam tu?Bersalah sangat ke saya hadir dalam hidup kau?Berdosa ke jatuh cinta dengan kau?Kenapa sampai hati kau menyoal seperti itu?" Soal Newt bertalu-talu dengan agak dingin.Aku kehilangan kata.
"Bu..bukan itu maksud saya."
"Sekarang baru saya sedar yang kau menyesal bertemu dengan saya,kan?"
"Tak,saya takde niat nak cakap macam tu." Kelihatan Newt merengus,aku mula menyedari kesilapan aku.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata memang padah jadinya.
"Newt.." aku cub menyentuh tangannya.Namun cepat-cepat dia mengalihkan tangannya daripadaku.Aku sedikit terkedu.Kejam sangat ke kata-kata aku tadi?Ya kejam sangat Art,jiwa aku memberontak.
"Newt.." aku cuba memanggilnya lagi namun langsung tidak berjawab.Newt tiba-tiba berdiri dan beralih ke tempat duduk lain.Dia betul-betul marahkan aku.Hati aku bergetaran.Aku takut.Aku risau kalau Newt benar-benar memarahi aku dan tidak mahu bercakao dengan aku lagi.Ini semua salah aku,bercakap tak guna otak!Tengok apa yang dag jadi.
Sampai ke sudahnya aku dan Newt tidak bersembang lagi.Aku cuba berbaik dengannya namun hanya angin yang berlalu selepas kata aku.Aku rasa sangat terkilan.
Sampailah Newt dihantar di hadapan rumahnya,dia langsung tidak menoleh ke arahku lagi.Dia..marah.Aku cuba membantunya mengangkut barang-barangnya namun aku langsung tidak diendahkan.
"Bye Newt.." ucapku apabila dia sudah siap mengangkut barangnya dan ingin masuk ke dalam rumah.Angin berlalu,dia terus diam.
Abang yang perasaan akan keadaan kami hanya menepuk-nepuk bahu aku agar naik semula ke dalam kereta dan membiarkan Newt mengambil masanya sendiri.
"Kita tak boleh paksa orang semasa dia berada dalam emosinya yang tidak stabil.Yang ada cuma sakit hati,tapi itulah dia mesti cari Art juga selepas ni.Art jangan fikir sangat,just tenangkan diri sendiri dulu." Aku hanya mengangguk mendengar nasihat abang.
Newt,aku harap kau tidak terus menjauh daripada aku.Aku takde niat nak cakap macam tu.Aku cuma terlepas cakap sebab jiwa aku benar-benar pilu masa tu.Fahamilah daku,Newt.Aku mohon jangan memarahi diri ini terlalu lama.Aku tak mampu.Aku hanya menyayangi dirimu sepenuh hati.Hati aku merintih-rintih kesedihan.
Tidak pernah rasanya aku merasakan perasaan seperti ini.Kenapa ia terlalu sakit?Mudahnya hati ini dicuri olehnya.Semudah itukah saat melupakannya nanti?
Ah jiwa,kau tidak akan pernah melupakan dia.Sampai bila pun tidak!Dia adalah cinta pertama kau.Jiwa kau yang separuh adalah hanya bersama dia.
Aku kembali ke rumah dalam keadaan jiwa yang suram.Sukar untuk aku menerima keadaan seperti ini.Bagaimana aku mahu meneruskan hidup dalam keadaan sesuatu perkara yang tidak lari daripada mengganggu jiwa aku?
Argh!Jiwa aku menjerit sekuat-kuat hatinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
SEBELUM BERAKHIR (BL)
Romance[Completed] "I want to love you with all my heart before you gone, before all this be ended. I want to be your last, your comfort and your euphoria." (Started: 06 Dec 2018, Ended: 27 Dec 2018)