Bab 22

171 12 0
                                        

Aku masuk ke dalam bilikku semula dengan hanya bertuala selepas mandi petang.Selepas memakai pakaian,aku mencapai telefon untuk melihat sekiranya ada mesej daripada Newt.

Terpandang telefon itu,aku teringat akan kejadian pada petang tadi di mana Venish dengan suka hati kepala bana dia mengambil telefon aku yang menerima noti beberapa detik yang lalu.

Aku teringat perbualan kami selepas itu yang berbunyi demikian;

"Uwu,My Handsome Candy sia.Sape jantan yang jadi cowo kau ni?" Venish memandang aku dan skrin telefon aku silih berganti.Aku cuba merampas kembali telefonku tapi pantas dia mengangkatnya tinggi.Tagune!

"Bagi balik!Tu girlfriend saya lah," aku cuba mengaburi rahsia yang aku simpan daripada pengetahuannya.

"Girlfriend?Sejak bila kau main couple-couple ni?Hahaha!Lawaklah,jangan menipu saya ni mesti lelaki betul kan?Saya tau kau ni gay,uhg." Dia memandang aku dengan pandangan yang bersahaja sambil mengangkat-angkat keningnya.Dia seperti tidak kekok menyebut perkataan gay.Dah kenapa?

"Kalau lelaki pun kenapa?" Aku menduganya.Venish meletakkan telefonku kembali di tempatnya tadi dan dia pun turut duduk di hadapanku tempat Erylin duduk tadi.

"Hmm,saya jealous lah."

"Hah?!" Aku tercengang campur terkejut dengan balasannya.Nak cemburu kenapa?Buang tabiat ke apa dia ni?

"Jealous kenapa pula?" Soalku dengan pandangan yang mula kebingungan.

"Sebab saya suka kau lah!"

Aku menggeleng-gelengkan kepala untuk mengusir kejadian itu daripada kotak fikiranku lagi.Gila ke apa Venish ni?Jap,crush lama aku suka aku?Cliché-nya,sejak bila seseorang crush ni berubah menjadi baik hati.Kita suka dia,dia suka kita balik.Novel sungguh!

Daripada memikirkan pasal Venish lebih baik aku membalas mesej daripada Newt.

Bluetick :/

Itulah mesej terakhirnya apabila aku tidak sempat membalas mesej daripada Newt petang tadi.Selepas Venish balik meninggalkan aku,jam sudah hampir menunjukkan pukul 4:30 petang jadi aku memutuskan untuk balik saja.Terganggu study aku pada petang itu.

Newt!

Hye!

Soweyy,saya busy sikit tadi tak sempat nak balas mesej kau.So sorry k👉👈😖

SEBELUM BERAKHIR (BL)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang