Bab 33

181 13 2
                                        

"Ap..apa kau nak?" Aku memberanikan diri untuk berkata.Kepalaku makin berdenyut-denyut dengan keadaan yang gelap itu.Aku tidak mampu bergerak kerana sedikit saja pergerakan akan mencederakan leherku.

"Saya nak kau!"

"Buat apa kau nak saya?" Aku bertanya lagi dengan geram.Nak aku apa benda pula?Cakaplah terus nak jual aku ke?

"Sebab saya nak kau lah!" Suara itu berkata keras,aku rasa ia masih suara Anan.

"Sebab kau nak jual kan?Bunuhlah saya sekarang,bunuh!" Aku sudah malas untuk berada dalam keadaan gentar begitu lama-lama.Biarlah ia berlalu dengan cepat.Biarlah nyawa aku habis ketika itu juga jadi aku boleh tenang selepas ini.Aku tidak perlu lagi fikirkan apa-apa.Kepala aku juga sangat pening ketika itu.

Aku tidak mampu melawan,biarkan orang ini tersampai hatinya mahu membunuh aku.

Terasa benda tajam yang menyentuh leher aku tadi ditarik menjauhi aku.Suasana menjadi sunyi,lama keadaan itu seperti begitu.Aku terfikir untuk mengambil tindakan ketika itu namun impuls tidak sampai ke kaki tangan aku untuk segera bertindak.

Kini,terasa bahu aku disentuhnya..

"Art.." suara itu menyebut namaku.Kali ini aku seperti mendengar suara yang lain.Suara yang sudah hampir tiga tahun aku tidak mendengarnya.

Pakk!

Lampu dipasang membuatkan mataku berasa sangat tidak selesa ketika itu.Di hadapanku kini aku melihat Anan berdiri begitu dekat denganku dengan memegang sebuah pisau panjang yang berkilauan apabila cahaya menyinarinya.Aku mengelipkan mata berkali-kali untuk membiasakan retina dengan jumlah cahaya yang masuk melalui anak mataku.

"Anan,apa yang kau nak lakukan?" Aku menyoalnya lemah.Aku sedang duduk bersandar pada belakang pintu ketika itu.Aku hampir hendak pitam tadi sekiranya terus berada dalam kegelapan.

"Kamu tidak ingat saya?" Soalnya membuatkan aku serba kekeliruan.Kenapa dengan Anan?Adakah dia mempunyai sedikit masalah mental?Aku salah pilih kawan ke?

"Mestilah,saya ingat kau Anan.Dan.." aku tidak menyambung kataku.

"Saya bukan Anan.." kata-katanya membuatkan aku jadi terpinga-pinga.

"Habis tu?" Dia tidak menjawab soalanku.Dia kemudian memegang misainya dan menarik?Dia menariknya dan misai palsu itu terbuka!Kemudian dia menarik rambutnya?Ya,rambut ikal itu tertanggal.Kini,rambutnya yang memang dominan tidak ikal sedikit keperangan mula terdedah.

Wajah yang terpampang kini membuatkan aku diam seribu bahasa.Hati aku menjadi syahdu ketika itu juga.

"Newt.." setelah lama aku tidak menyebut nama itu,dah hari ini aku kembali menyebutnya.Hanya kerana dia memakai misai dan rambut palsu,aku sudah tidak mengenalinya.Mungkin kerana sudah hampir tiga tahun tidak bertemu dengannya.Patutlah matanya sangat tidak asing bagiku.Rupa-rupanya..

Newt meletakkan pisau dalam genggamannya ke atas lantai.Dia berlutut di hadapanku.Aku masih kaku tidak mampu memikirkan apa-apa.Apa semua ni?

"Sayang.." panggilnya sambil tersenyum.Senyuman yang aku rindu-rindukan selama ini.Yang membuatkan aku angau tak mampu tidur dengan selesa.

"Newt.." panggil aku lagi dan kali ini aku tidak membuang sesaat pun masa lalu menerpa ke dalam pelukannya.Aku memeluk tubuhnya erat,Newt membalas pelukan aku membuatkan mata aku mudah memuntahkan air mata.

"Kau marah saya ke?Kau nak balas dendam?Kau nak bunuh saya?!" Aku menyoalnya bertalu-talu dalam pelukannya.Rasa hangat yang sudah lama aku tidak rasakan kini mengalir dalam segenap sanubariku.Dia hanya diam.

"Saya minta maaf," apabila lama dia tidak berkata satupun patah,aku akhirnya mengungkapkan kata maaf.Semuanya silap aku.Aku yang melencong sehingga menemui jalan keluar yang salah sehingga membuat diri aku sendiri menderita.

"Saya...sangat minta maaf," aku melepaskan tubuhnya dan aku mula berlutut dan menunduk di hadapannya.

"Saya memang pelacur yang tidak pantas untuk kau," aku berkata lagi dalam sendu.Air mata tidak mampu kutahan.Aku sangat merinduinya dan hari ini aku mampu menyentuh setiap rongga nafasnya.

Apabila aku tidak mendapat sebarang balasan,aku mula memegang kakinya."Hukumlah saya,Newt!Hukum!Tetapi jangan tinggalkan saya lagi.Saya betul-betul tidak sanggup kehilangan cinta kau."

"Sayang..bangunlah.Saya datang bukan untuk membalas dendam tetapi saya kembali kerana saya ingin mengotakan janji yang selalu saya ungkapkan kepadamu." Dia menarik aku supaya bangun lalu memeluk tubuhku erat.Linangan semakin deras melimpahi pipi.

"Jangan menangis,saya dah balik.Saya harap Art gembira dengan kejutan ini.Saya minta maaf juga sebab saya pernah menghina Art dengan kata-kata yang kasar.Walau apapun saya sudah memaafkan Art apa saja kesilapan yang telah kau lakukan.Tiada gunanya untuk mengungkit.Yang ada cuma jiwa yang merana menanggung kesakitan.Saya ada berjumpa dengan Venish beberapa minggu yang lalu.."

"Dia..dah..mati ke?" Aku memandang wajahnya,aku berasa risau juga sekiranya Newt betul-betul membelasah Venish seperti yang dinyatakan dalam suratnya dahulu.Newt melepaskan ketawa kecil,ia kelihatan sangat comel dan kacak dalam masa yang sama ketika itu.Dan aku merinduinya sepenuh nafas.

"Saya tidak sanggup meninggalkan Art untuk masuk ke dalam lokap.Lagipun saya sudah dengar semua penjelasan dia.Dia hanya mahu buat kau gembira semasa ketiadaan saya.Dia berkata begitu sampai mengangkat sumpah haha.." Newt mengusap belakang aku perlahan.

"Saya merinduimu.." dia memandang ke dalam mataku.Aku hilang dalam kerinduannya.

Bibirku terasa disentuhnya,dan aku tidak mampu mencari kucupan terindah seperti ini daripada orang lain melainkan lelaki ini seorang sahaja.

"Jangan tinggalkan saya lagi..saya tidak sanggup.." ucapku lagi setelah bibir kami terlerai.

"Hadim sudah menceritakan segalanya tentang kau kepada saya."

"Hadim?"

SEBELUM BERAKHIR (BL)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang