Kalau bukan sebab mesej itu yang tidak sampai semalam,aku tidak akan menerima tuntutan hadiah yang tidak penting ini.
Art,cikgu nak kamu tuntut hadiah kamu kalau tak cikgu minta ganti rugi sebab cikgu dah booked meja dekat Hotel Pavillion!
Ewah,ewah cikgu ni kan.Terbaik sungguh!Ada ke patut dia nak date dengan pelajar lelakinya.Nasib baik lelaki,kalau perempuan entah-entah dibawanya check in terus dalam hotel.Fuh,seram!Eh tak baik mengata cikgu,Art.
Dan dengan itu aku menunggulah cikgu Zain di situ sejak pukul 4:30 petang tadi lepas mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.Katanya dia akan menjemput aku pada pukul 5 nanti.Ada masa lagi untuk aku memberitahu mama dengan papa tentang kepulangan aku yang sangatlah lewat pada hari itu.
"Art,jomlah!" Tepat pukul 5:01 petang,dia muncul bersama kereta Hiluxnya yang bergaya berwarna hitam.Aku tak tahu dia dah khawin atau belum.Tapi nampak kaya sangat sebab sanggup belanja anak murid dia ni makan di hotel.Aku masih rasa tak percaya dengan semua ni.
Venish pun terkejut beruk dengan hadiah yang lumayan itu sehingga tidak mahu bercakap dengan aku selama 5 minit semalam.Katanya semalam ini dia cuma mendapat telur mentah,kalau tidak pun sabun buku,kalau tidak pun belacan.Dan tiba-tiba aku mendapat hadiah yang lain daripada yang lain.
Kata Venish lagi hati-hati sebab dia syak cikgu Zain gay dan syok dengan aku.Eih,ada-ada je Venish ni.Mesti dia cemburu banyak sekarang ni.
Aku pun masuk ke dalam kereta cikgu Zain setelah dia membunyikan hon kerana aku leka mengelamun tadi.
Di dalam kereta,aku hanya diam tak berkutik.Janggal bersama dengan orang yang kurang rapat dengan aku.Kebiasaannya memang macam tu,aku kan takut orang haha.
"Kenapa diam je?" Setelah penat menunggu aku membuka kata,cikgu Zain pun membuka bicara bagu mengisi kesepian antara kami.
"Sebab cikgu tidak tanya." Aku menjawab selamba,kedengaran dia mengeluh kecil.
"Duh kau ni,anggap je kita ni kawan dekat luar.Dekat sekolah memang lainlah.Cikgu tanya dan kamu jawab tapi sekarang ni kita berada di luar sekolah."
"Saya tak tahu nak cakap apa,cikgu." Kata aku berterus-terang.
"Dah agak dah,kau memang pendiam sejak cikgu perhati dulu."
"Cikgu perhati saya?"
"Seorang cikgu memang akan bersikap macam tu kepada semua anak muridnya." Aku hanya meng-oh-kan sambil mengangguk.Macamlah itu baru pertama kali aku mengetahuinya.
"Kenapa cikgu sanggup bawa saya makan dekat hotel?Kenapa tak bawa keluarga cikgu je?" Aku mula melontarkan soalan yang mengetuk otakku sejak semalam.
"Sebab kamu menang pertandingan melukis tu walaupun cikgu tau Venish yang letak nama kamu dalam karya dia.Satu lagi,cikgu ni masih muda buat apa nak khawin?" Jawapan cikgu itu membuatkan aku terdiam.Oh aku dah agak yang Venish letak nama aku dalam karya dia,bukan dia guna kuasa magis.Perkara lain pula mengetuk kotak fikiranku ketika itu.Kata-kata Venish yang mengatakan cikgu Zain gay mula terngiang-ngiang dalam telingaku.
"Selalu tu Venish menang tak pernah pula cikgu bagi hadiah macam ni." Aku meluahkan lagi persoalanku.
"Sebab cikgu nak rapat dengan kamu lah apa lagi."
"Hah?!" Cengangan aku itu hanya tergantung sepi tanpa sebarang penjelasan kerana cikgu Zain sudah memakirkan keretanya di tempat letak kereta berdekatan Hotel Pavillion.
"Jom!" Ajaknya dan aku hanya menurut dari belakang.
Date aku dengan cikgu Zain berjalan dengan lancar.Aku tidak banyak bercakap selagi cikgu Zain tidak banyak menyoal.
"Kamu nak jadi apa?" Soal cikgu Zain selepas kami siap malantak makanan di situ dan mulai tersadai kekenyangan.
"Ingat nak jadi engineer." Balasku.
"Wah,Art pelajar sains tulen kan?" Aku mengangguk.
"Baguslah tu," kemudian cerita pasal cita-cita tertutup begitu sahaja.
"Art.." panggil cikgu Zain.Aku berpaling kepadanya semasa kami hendak berjalan pulang.
"Sebenarnya.." katanya tergantung membuatkan jantung aku hampir luruh.Aku ngeri untuk mendengar perkataan sebenarnya sebab aku takut untuk menerima kenyataan yang bakal didedahkan kepada aku.Apa yang cikgu zain mahu katakan?Adakah dia akan mengaku yang dia sebenarnya seorang gay?
Aku sudah penat melayan cerita yang tidak logik ini.Sebenarnya aku je yang songsang dalam cerita ni.Tapi muncullah Newt,kemudian Venish dan sekarang pula cikgu Zain.Sangatlah tidak masuk akal,aduh!
"Ada apa cikgu?" Aku akhirnya menyoalnya apabila katanya lama tergantung.
"Takde apa-apa.Kamu kenal Newt,bukan?Cikgu yakin kamu lebih daripada kenal." Aku lama terdiam sebelum menganggukkan kepalaku.Kenapa nama Newt dibuka oleh cikgu Zain.
"Begini,Newt itu sepupu cikgu.Kami rapat sangat walaupun beza umur kami hampir 5 tahun.Dia banyak berkongsi cerita hidupnya dengan cikgu termasuk pasal..Art." Aku terdiam lagi bagi memberi peluang kepada cikgu ini berkata.
"Newt kata,dia sudah menjumpai kekasihnya.Dan kekasihnya itu bersekolah di sekolah tempat cikgu mengajar.Jadi,cikgu mintalah tahu siapa nama.Dan dia sebut nama kamu.Mula-mula cikgu memang tidak kenal kamu sehinggalah cikgu perasan nama kamu dalam kelab seni.Jadi,cikgu perhati Art sejak awal tahun lagi.Takut nak tegur jadi sekarang baru ada kesempatan.Newt minta tolong supaya cikgu tolong tengok-tengokkan Art.." cikgu Zain bercerita dengan panjang lebar.
Jadi begitulah kisahnya mengapa hadiah buat Art kali ini lain daripada yang lain.Selalu tu tau mengenakan anak murid dia je walaupun keesokan harinya cikgu Zain akan belanja mereka kfc ataupun burger ataupun lain-lain.
Selepas itu,cikgu menghantar aku balik ke rumah terus.Aku mahu mengambil motor aku di sekolah dulu namun cikgu Zain kata yang dia akan menjemput aku keesokan harinya ke sekolah.
Maaf,cerita berbelit❤👉👈😖
YOU ARE READING
SEBELUM BERAKHIR (BL)
عاطفية[Completed] "I want to love you with all my heart before you gone, before all this be ended. I want to be your last, your comfort and your euphoria." (Started: 06 Dec 2018, Ended: 27 Dec 2018)