Bab 15

243 12 8
                                    

18 December,tiada apa yang menarik pada tarikh itu kecuali ia merupakan hari kelahiran aku.12 hari selepas hari lahir Newt.Hashtag kami budak December.

Aku tidak terfikir nak buat apa pada hari itu selain hanya menghabiskan masa dengan berbaring di atas katil dan melelapkan mata seperti mana masa bayi dulu yang hanya tau tidur dan menangis.Kurangnya,sekarang aku takdelah menangis bagai.Dah besar kot.Hari ni genap 16 tahun.Habis 16 tahun hidup di bumi yang fana.

Pintu dikuak dari luar,mesti Newt saja yang keluar masuk ke bilik itu.

"Sayang..happy birthday!" Newt mendekati aku lalu memeluk leher aku erat.Sampai tersedak aku dibuatnya.

"Woi,woi!Mati orang kena cekik wei," aku memukul lengan Newt yang memeluk leher aku.Dia ni nak bunuh kekasih sendiri ke apa?

"Hehe sorry lah,excited sangat sebab Art pun dah genap 16 tahun.Tadi tengah round satu rumah,terjumpa satu buku bertulis diari keluarga.Saya tengoklah sebab kat dalam tu ada tarikh lahir setiap ahli kelurga Art.Saya pun teringin nak tahu bila baby saya ni dilahirkan.Kebetulan sangat hari ni," Newt berkata panjang lebar.

"Yeah!" Aku menyambut kata-katanya dengan sorakan yang kurang bersemangat membuatkan Newt menampar bahu aku perlahan.

"Kenapa tak bersemangat ni?Jom kita keluar dan raikannya bersama,Art!"

"Newt,saya dah tua," jawab aku penuh dramatis.Newt pula yang membuat muka selari.

"Baguslah,nanti cepat sampai 18 tahun.Kita boleh buat hubungan yang lebih intim," Newt berkata dengan pandangan penuh kenakalan.Aku mencapai sebuah bantal dan melemparkan ke wajahny.Pantas Newt mengelak sambil tergelak.

"Eih birthday boy ni," Newt naik di atasku.Suka sangat nak tindih daku,taulah aku kurus je.Sekali pijak mungkin sudah patah.Aku hanya tidur terlentang seperti merelakan apa saja yang Newt ingin lakukan.

"Ni hadiah sementara,nanti saya bagi Art hadiah lagi k next tima bila balik bandar." Kata Newt lalu mengucup dahi,pipi,dan akhir sekali bibir aku.Lama kami berbelas kucupan sebelum dia melepaskan aku.

"Saya akan merindui bibir Art nanti," Newt mengusap bibir aku.Aku memandangnya dengan wajah sedih.Dia ni asyik mengingatkan saya tentang perpisahan yang bakal terjadi antara kami pada tahun depan.

"Janganlah ingatkan saya berulang-kali,saya sedih." Ucapku perlahan.

"Alolo,sorry ah." Aku rasa nak nangis sekarang.Dahlah hari ni birthday aku,mestilah aku emo sikit.Aku memeluk dadanya erat.

"Saya nak nangis," pintaku.

"Silakan,silakan nangis selagi saya ada di sisi Art.Bila saya jauh nanti,saya tak nak Art nangis macam ni lagi.Sekarang lepaskan je semua,lepaskan selagi saya ada untuk menguatkan Art," aku tidak membendung lagi rasa sendu di jiwa.Tanpa ditahan-tahan aku menangis di dadanya sekuat-kuatnya.

Newt memeluk aku dengan erat sambil mengusap-usap kepalaku.Lama kami berkeadaan seperti itu sehingga aku puas menangis.Tanpa sedar,aku terlelap di sisinya.Mungkin terlalu penat dengan bayangan perpisahan dan tangisan yang kurang bersemangat,aku akhirnya tertidur.

"I love you so much,Art." Itulah kata-kata terakhir yang aku dengar dengan kucupan di dahi sebelum aku hilang dalam mimpu yang malap sepenuhnya.

Pada malamnya,mama dan papa membuat majlis kecil-kecilan dengan jemputan orang di kampung situ untuk menyambut hari kelahiran aku.Aku tak tahu pun rancangan mereka itu.Agak janggal juga sebab banyak jiran-jiran yang kurang dikenali telah datang.Syukurlah semangat kejiranan masih kukuh dalam kalangan mereka.

Aku tidak berenggang sedikit pun dengan Newt kerana aku mahu menghabiskan hari itu bersamanya.Biarlah hari ulang tahun aku pada kali itu ditemani oleh sang kekasih yang sangat dikasihi.

"Hei,selamat hari lahir brader!" Ammar memeluk aku sambil menepuk-nepuk belakangku,aku membalasnya dengan ucapan terima kasih.Selepas itu mama dan papa pula yang memeluk aku.Kemudian Newt dan akhir sekali jiran-jiran yang menyempatkan diri untuk hadir.Aku sangat bersuka-cita.

"Selamat hari lahir,sayang.Semoga Tuhan sentiasa memberkati hidup Art," Newt berbisik di sebelahku.

"Thank you,my handsome candy!" Aku membalas dengan suara yang juga perlahan.Newt tergelak mendengarnya.

"Mengaku juga saya kacak eh," Newt mula mengusik.

"Adalah kacak sikit daripada saya hahaha." Newt membalas dengan renungan yang tajam.

"Kacak banyaklah!" Dia berkata.

"Jangan perasan!"

"Bukan perasan tapi itu adalah satu kenyataan."

"Suka hati.." aku mengendahkannya dan menyuapkan sesudu makanan ke dalam mulut.

"Suapkan," minta Newt dengan suara yang mengada-ngada.

"Jangan mengada!"

"Suapkanlah." Paksanya.

"Bodo ke apa,tempat umum lah." Aku menjelingnya.

"Okay takpe,malam ni saya tuntut ciuman dari kau pulak."

"Hah?!"

"Jangan pura-pura terkejut,lalalala.." Newt terus meninggalkan aku seorang diri di situ.Eih lelaki ni kan.Suka hati dia je nak arah orang macam-macam.

Selepas jiran-jiran beransur pulang ke rumah masing-masing,kami pun mengemas rumah bersama-sama.Piring boleh tahan banyak juga kena dibasuh dan itu menjadi kerja aku dan Newt.Kali ini aku suruh Newt untuk berehat saja dengan nada yang kurang ikhlas.Nasib baik Newt tetap membantu kalau tidak sampai esoklah saya mencuci pinggan mangkuk ini seorang diri.

"Argh penatnya.." Newt berbaring di atas katil sambil menggeliat besar.Kesian,mungkin dia jarang buat kerja macam tu sebab dia anak orang kaya.Mesti rumah mereka ada pembantu rumah sendiri.

"Penat ke?" Soalku kebodohan.

"Haah,tapi penat ni mungkin akan hilang lepas Art tunaikan janji Art tadi," dia mengenyitkan mata ke arahku.

"Hah?Janji apa?" Aku pura-pura tidak tahu.

"Jangan pura-puralah.Kalau tak saya merajuk," eh mengugut pula dia ni.

"Yelah,yelah.." aku akhirnya mengalah dan kaki ditujukan mendekatinya.

"Good boy!"


#2 hari kemudian,hari lahir author pun menjelma😖

SEBELUM BERAKHIR (BL)Where stories live. Discover now