My Handsome Candy
OnlineSaya rasa macam tak sedap hati :/
Kenapa???
Kamu tidak melakukan hal-hal yang menyakiti hati ini kan?
Mestilah tidak
Lantas aku teringat akan Venish.Oh,adakah aku sedang menipunya sekarang ini?Aku rasa sangat bersalah dengan Newt.Maafkan aku,Newt.
Kemudian aku teringat akan cikgu Zain.Adakah cikgu Zain adalah spy Newt yang tidak berbayar.Memerhati segala gerak-geri aku selama ini.Dan aku sangat rapat dengan Venish di hadapan cikgu Zain.Mungkin perkara ini yang telah disampaikan oleh cikgu Zain kepada Newt.Oh,tidak!
Saya sangat menyayangi kamu :/
Mesej Newt masih lagi dengan tanda kemurungan di hujung kata.
Saya juga,Newt❤
Tapi kau sudah jarang mahu bermesej dengan saya sekarang ini
Mana ada
Aku sebenarnya kehilangan kata.Memang aku jarang buka telefon kini kerana aku selalu bersama dengan Venish.
Sudah bulan 8,ia tak lama lagi
I can't wait😄
Me too
Aku dapat merasakan kehambaran ketika itu di jiwa Newt.Ataupun sebenarnya hati aku yang tawar sekarang ini?
Kau macam tidak bersemangat
Sudah tentu saya juga sangat tidak sabar
Malam itu,aku tertunggu-tunggu juga panggilan sayang ataupun baby daripadanya namun ia langsung tidak kunjung tiba.
Apa yang berlaku?
Sepatutnya saya yang bertanya begitu
Tapi kenapa?
Kali ini sangat lama aku menunggu balasan daripadanya.Akhirnya satu mesej masuk juga yang akhirnya membuat jantung aku berdegub tidak seperti biasa.
Sebab kau curang!
Aku terhenti daripada menaip.Newt jarang menggunakan tanda seru begitu.Bererti dia sedang dalam emosi.
Tapi,saya tidak
Lemah aku membalasnya.Dan jiwa aku memberontak berkata ya.
Saya tahu apa yang kau lakukan selama ini
YOU ARE READING
SEBELUM BERAKHIR (BL)
Romance[Completed] "I want to love you with all my heart before you gone, before all this be ended. I want to be your last, your comfort and your euphoria." (Started: 06 Dec 2018, Ended: 27 Dec 2018)