Bekerja seperti biasa,aku tetap menjalani rutin harian seperti hari-hari yang lalu.Aku tidak tahu kenapa sampai saat ini aku masih berharap agar dia akan mencari aku.Masih ada sedikit harapan agar dia kembali dan memaafkan kesilapanku.
Menyebut nama Venish,aku tidak menyalahkannya sepenuhnya.Dia hanya mahu membantu aku dan aku juga selalu kalah dengan godaannya.Jadi,tiada siapa yang patut dipersalahkan kecuali atas bahu aku sendiri.Aku memang melakukan kesilapan itu.Berasmara dengan lelaki lain saat dia tidak bersamaku.
Selepas saja kejadian hubungan aku dan dia terputus,aku dan Venish tidak lagi bercakap antara satu sama lain.Sebelum menghadapi SPM hari itu kami ada juga berbual sekejap dan saling meminta maaf.Cikgu Zain juga apabila dia bertemu dengan aku,dia akan memandang simpati dan kalau ada kesempatan dia cuba membantu aku untuk memujuk si dia.
Namun,dia benar-benar tidak mengingini diri ini lagi.Dia sudah membuang diri ini sepenuhnya.Hubungan kami secara rasminya telah putus.Tiada apa-apa lagi yang diharapkan di antara kami.
"Termenung...termenung..." Hadim melanggar bahu aku dengan kuat.Hampir terjatuh dulang yang sedang aku angkat tadi.
"Eh kuangajo betoi kau ni,kalau jatuh dulang ni?!" Aku memarahinya namun dia hanya tergelak lalu meneruskan kerjanya.
"Sir,anything?" Aku bertanya kepada seorang lelaki bertopi yang sedang duduk di suatu sudut seorang diri.Wajahnya sedikit terlindung daripada topi yang dipakainya.
"Art,bukan?" Aku terpempan.Macam mana orang ni boleh kenal aku sedangkan aku melihatnya orang asing.Rasanya tidak pernah ada dalam kotak fikiranku.
"Err ya,encik siapa eh?" Soal aku.Lelaki itu membuka topinya.Wajahnya yang terlindung tadi mula terdedah.Lelaki itu memang asing pada pandanganku.Misainya tebal terlakar di atas bibirnya,hidungnya sangat mancung dengan kening yang cantik manakala rambutnya bergen resesif yang ikal mayang.Mata dia seperti aku pernah tengok sebelum ini tapi di mana ya?Di tepi dahinya ada satu bekas jahitan lama.
"Art,saya Anan!" Suasana menjadi sunyi selama beberapa saat.Anan?Anan si penulis 'Unmitigated Lie'?Kalau betul Anan,takkan aku pernah berjumpa dengan dia sebelum ini sebab aku seperti pernah melihat matanya.
"Anan?" Ujar aku perlahan.
"Duduklah sekejap," Anan menyuruh aku duduk di hadapannya.
"Saya bekerjalah.Kalau kau boleh tunggu masa rehat saya nanti kita berbual okay?" Anan kelihatan berfikir sejenak.Kemudian dia mengangguk perlahan.
"Baiklah."
"Sekarang kau nak order apa?"
"Saya nak minum kopi je."
"Tak nak makan ke?" Dia menggeleng.Aku segera mengambil pesanannya.Tak sangka pula Anan akan datang ke situ.Aku menyambung kerja namun otak asyik terarah kepada Anan.Kenapa aku rasa aku pernah berjumpa dengan dia.Wajah dia yang boleh tahan kacak itu.Jantung aku berdegub tak normal pula.Eisy!
Semasa masa rehat,aku kembali ke tempat Anan duduk.
"Hei,nak pergi mana?" Hadim menyapa aku.Aku mengendahkannya membuatkan dia hanya merengus sambil melihat ke mana kaki aku melangkah.
Aku mendekati Anan,dia seperti sudah terlelap.Kasihan pula aku melihatnya.Takkan dia datang sini semata-mata nak berjumpa dengan aku sampai lewat malam begini.
"Weh,Anan!" Aku mengetuk bahunya perlahan supaya dia tidak terbangun dalam keadaan yang terkejut.Dia bangun sambil memandang ke arahku,dia tersenyum.
"Maaf,saya mengantuk sangat tadi.Minum kopi pun tak boleh tahan," katanya.Aku menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak mengapa.
"Tak apa," aku duduk di hadapannya.Banyak yang ingin aku tanyakan kepada dia.
"Jadi.."
"Saya dah lama teringin nak jumpa Art." Kata-kata aku dipintas olehnya.
"Kenapa?" Aku menyoal keliru,kenapa pula dia nak jumpa sangat aku?
"Sebab nama kau kan sama dengan nama watak dalam cerita saya dekat wattpad tu."
"Sebab tu je?" Tak akan sebab itu je,Anan sanggup bertemu dengan aku sini.Macam mana dia tahu aku bekerja di sini,senang je sebab kami kan selalu berbual selama ni.Sampai aku sambung sekolah di kolej matrik dan bekerja di Kafe Princeway pun dia tahu.Dan menurut kata Anan,dia tinggal di kawasan yang berdekatan dengan aku juga.
"Yalah,saya kena writer's block sekarang ni jadi saya perlu dapatkan idea daripada Art sendiri.Secara rasminya,Art sudah menjadi pemegang watak dalam cerita saya itu juga." Aku terdiam mendengar katanya.Sampai begitu sekali.
Kami berbual-bual sehingga masa rehat aku tamat.
"Masa rehat saya hampir nak tamat,kau dah nak balik ke?" Aku memberitahu.
"Okaylah,saya sewa hotel dekat-dekat sini.Lepas siap urusan saya di sini baru saya balik ke rumah sebenar saya.Esok kita boleh bertemu lagi kan dan kalau Art ada hari yang free,boleh kita jalan sama-sama sebab ada banyak benda saya nak cakap dengan Art." Dia berkata dengan penuh bersemangat.
"Boleh,boleh." Aku tersenyum ke arahnya,entah kenapa aku mudah berasa selesa dengannya.Siapa Anan ni sebenarnya?Yelah Anan,tapi kenapa aku seperti pernah mengenalinya?Lagipula,Anan agak kurang bercerita hal dirinya kepadaku.
Kami berpisah di situ.Aku kembali kepada kerjaku.Namun fikiranku asyik terbayang akan Anan.
"Weh,siapa laki tadi tu?Kekasih kau ke?" Memang begitulah caranya Hadim menyapa aku,dengan cara datang daripada belakang dan melanggar belakang aku.
"Bukan kekasihlah!" Aku menjelingnya.
"Habis tu?" Aku mengangkat bahu bagi menjawab persoalannya.Hadim tertunggu-tunggu soalannya dijawab namun jawapannya tetap tergantung sepi kerana aku membiarkannya tidak berjawab.
"Kau ni.." oleh kerana geram dengan aku,Hadim menggeletek aku membuatkan aku melarikan diri daripadanya.Eih,sewel punya Hadim.Namun dialah yang menceriakan hari-hari aku di sini.Apatah lagi sifat aku yang masih sama seperti dulu,anti-sosial.
YOU ARE READING
SEBELUM BERAKHIR (BL)
Romansa[Completed] "I want to love you with all my heart before you gone, before all this be ended. I want to be your last, your comfort and your euphoria." (Started: 06 Dec 2018, Ended: 27 Dec 2018)