Bab 11

301 16 0
                                        

"Sayang.." sayup-sayup kedengaran satu suara menyusup masuk ke dalam telingaku.Aku terjaga.

"Art,mama panggil makan," kabur-kabur aku melihat Newt di hadapanku.Aku memaksa diri untuk bangun.

"Jom!" Newt menarik tangan aku supaya turun dari katil.Aku hanya menurut lagipun perut sudah berkeroncong minta diisi.Lepas mandi tadi aku dan Newt baring atas katil sehinggalah aku betul-betul terlelap.Aku mengerling jam di pergelangan tangan.Hampir 2.00 p.m.

Patutlah perut lapar semacam,dah masuk petang rupanya.

Selepas makan,aku kembali ke bilik.Ingat nak sambung tidur sebab rasanya aku belum puas tidur tadi.

"Art,nak sambung tidur lagi ke?" Aku yang baru melabuhkan punggung di atas katil dipeluk oleh Newt dari belakang.

"Haah,masih ngantuk rasanya," balas aku sambil menguap kecil.

"Alolo,saya baru nak bermanja."

"Erm,nanti-nantilah." Aku melepaskan pelukannya dan terus baring meniarap di atas katil.Newt baring di sebelah aku dan memeluk pinggang aku.Kakinya juga menindih kaki aku.

"Art,saya tak sangka yang saya berada di sini bersama kau sekarang.Saya tak sangka saya jumpa cinta saya pada hari ulang tahun saya minggu lepas," kata Newt di sebelah telingaku.Aku berpaling memandang ke arah Newt.Mata kami bertaut.

Newt mendekatkan wajahnya ke wajahku sehingga hidung kami bersentuhan.Nafasnya menghembus ke mukaku,terasa panasnya.

"Cinta tak pernah dikenali,itulah realitinya," aku membalas sambil menutup mataku.Newt mencium dahi aku lembut.Tidak lama kemudian aku terlelap lagi dalam dakapannya.

Jam 5:01 petang,aku terjaga.Newt turut terlelap sambil memeluk aku.Aku mengejutkannya dengan lembut untuk mengajaknya mandi.Rasa nak mandi pula di kolam yang terletak di belakang rumah ni.

"Newt,bangunlah kita mandi dulu.Dah nak gelap ni," kataku.Newt terjaga dan menggeliat perlahan.Newt mengeratkan pelukannya sehingga terasa tubuhnya menyentuh tubuhku.

"Dah nak gelap ke?" Soal Newt sambil terpisat-pisat.

"Haah,jomlah mandi.Kita mandi dekat kolam belakang rumah," aku dan Newt bangun dan mencapai tuala masing-masing.Selepas itu,kami keluar dari bilik tersebut.

"Abang,tak nak join kami mandi kolam ke?" Soal aku sebaik melihat abang yang berdiam diri di ruang tamu sambil membaca sebuah buku.

"Boleh juga," balas abang lalu meletakkan buku di tanggannya ke atas sebuah meja kecil di ruang tamu.

"Mana mama dengan papa?" Soalku.

"Mereka pergi rumah jiran,pergi melawat sekejap."

"Ouh,kami gerak dulu nanti abang turut okay," balasku.Ammar hanya mengangguk.Aku dan Newt melanjutkan langkah ke halaman belakang rumah di mana terletaknya kolam sederhana besar.

"Siapa nak terjun dulu?" Aku memandang Newt.Tiba-tiba Newt terus menyambar badan aku dan menarik aku masuk ke dalam kolam.Aku terjerit kecil.Taguna betul lelaki ni.Hampir luruh jantung aku sebab terkejut ditarik macam tu je.Newt hanya tergelak besar.Tidak lama kemudian,Ammar pun sampai dan kami bertiga bermandi-manda dengan penuh sukacita.

Malamnya,oleh kerana tiada televisyen mahupun internet,maka aku dan Newt hanya duduk termenung di tepi jendela bilikku melihat bintang-bintang di angkasa melalui celahan daun-daun pokok yang tinggi.

"Cuba kira bintang tu," suruh Newt.

"Gila ke?"

"Macam tu lah gilanya saya dekat kau," aih,pasrah je lah dapat laki yang sweet talker macam Newt ni.

"Art,you're my euphoria.Just don't stay away from me.This love is made for you.." Newt berkata dan memeluk erat tubuhku.

"Kau nak buat janji tak?" Soalnya.

"Janji?Apa dia?" Soal aku balik,aku lemas dalam pelukannya.

"Janji yang walau apapun terjadi kita kena bersama sampai bila-bila.Kau tak akan pernah tinggalkan saya.Sekalipun tidak." Lama aku terdiam.

"Jangan berjanji,nanti janji itu memakan diri kita sendiri." Ucapku.Samar-samar aku melihat wajahnya daripada lampu pelita yang dipasang di dalam bilikku.

"Tetapi saya yakin," kata Newt dengan penuh bersemangat.

"Jangan yakin sangat haha," aku cuba meruntuhkan keyakinannya namun aku sendiri yang membina keyakinan itu dalam diri jauh di lubuk hati.Yakin yang dia akan mengotakan janjinya.

"Jom tidur.." Newt menarik tanganku untuk melangkah ke arah katil.

"Hah,saya belum mengantuklah."

"Saya nak kau yakin yang saya hanya milik kau dan kau hanya milik saya," dia menidurkan saya di atas katil dengan cermat.Lalu dia naik di atasku.

"Saya hanya nak kau," ucap Newt dekat di telingaku.Dia menggigit telingaku lembut membuatkan aku merengek kegelian.Kedua-dua pergelangan tangan aku dipegangnya erat.Dia pun mencium leherku.Aku cuba menolak kerana kegelian.Sensitif sangat leher aku ni.

"Janganlah tolak," katanya perlahan dan semakin rakus mencium sekeliling leherku.Aku menahan rasa geli yang mencucuk-cukuk.Kemudian dia menggigit bibir aku pula.Lalu mengucupnya perlahan.Semakin lama semakin dalam dan aku hampir lemas.Newt benar-benar ingin membuktikan cintanya kepada dunia.Dan aku tidak mahu siapa-siapa kecuali Newt untuk malam itu.

Tangan Newt melepaskan pergelangan tanganku lalu tangannya beralih ke bahagian bajuku.Dia menanggalkan bajuku dan meraba seluruh tubuhku.Aku menggeliat kegelian dengan mendesah perlahan.

"Newt geli bodo," oleh kerana Newt membuat aku sangat kegelian,aku menjadi geram dengannya.Newt tidak mengendahkan aku.Aku turut memainkan peranan dan menanggalkan bajunya,badannya yang menjadi idamanku kuraba dengan penuh perasaan.Newt menggigit nipple aku.

"Argh!" Aku mendesah lagi dan melarikan mulut Newt daripada menggigit nipple aku.Oleh kerana Newt tidak dapat menggigit nipple aku lagi,dia beralih semula ke mulutku.Lama bibir kami bertaut sehingga aku kekurangan oksigen.Beberapa detik kemudian,aku menyuruh Newt agar berhenti.Nasib baik dia hanya menurut.

Aku menarik nafas panjang,Newt berbaring di sebelahku dengan nafas lelah.

"Umh..sorry baby,are you hurt?" Newt menyoal sambil memegang wajahku lembut.

"Tak saya okay," balasku perlahan.Sejujurnya ketika itu malu telah menguasai aku.Dan aku sangat malu.

"Sorry kalau saya kasar sangat," Newt meminta maaf lagi.

"It's okay," balasku dan kali ini aku pula yang memeluknya erat.Dia membalasnya dan aku berharap kenangan yang dicipta tidak akan musnah oleh satu mimpi ngeri yang abadi.

SEBELUM BERAKHIR (BL)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang