Bab 29

222 12 0
                                    

Aku membaca semula surat terakhir yang diberikan oleh Newt kepada aku 10 bulan yang lalu.Segalanya sudah lama berlalu namun rasa sakit di jiwa semakin hari semakin menggigit.

Sayang jangan nakal-nakal eh bila saya takde nanti,dengar cakap mama dengan papa.Jangan nangis sebab tiada siapa yang akan peluk Art nanti dan meredakan tangisan Art.Jangan sakit sebab saya takde di sisi Art untuk rawat Art sampai sembuh.

Yang paling penting jangan curang sebab saya akan cari selingkuhan Art itu sampai dapat dan belasah dia habis-habisan.Art jangan cuba nak cabar saya okay.

Newt,baliklah carilah Venish dan belasah dia habis-habisan.Ini semua salah dia.Tak aku gurau je.

Lepas tu,Art kena belajar betul-betul sebab tahun depan Art dah nak SPM.Belajar betul-betul banggakan mama dan papa,dan capailah walau apapun cita-cita Art.

Kalau rindu mesej je saya,saya selalu ada untuk Art.Kalau ada masalah,luahkan dengan saya.Kalau perlukan lullaby setiap malam,jangan malu-malu untuk video call dengan saya.Kalau ada orang lain yang cuba merembat hati Art,cepat-cepat tangkis sebab hati Art dah berpunya orang yang di sini.

Art,saya sangat menyayangi dirimu.Sampai bila-bila pun jawapannya tetap ya.Jadi,tolong bersama dengan saya sampai akhir nafas ini.Sampai maut yang memisahkan.Walau Art tak suka saya berjanji tetapi percayalah walau apapun yang terjadi di masa akan datang,saya akan tetap cari Art dimana pun Art berada.

Sekiranya hati Art berubah,ingatlah betapa kacaknya saya untuk Art tinggalkan buat lelaki lain yang pastinya kurang kacak.

Maaf Newt,saya tak ingat pesan kau yang ini bila aku bersama dengan Venish dulu.Maaf sangat-sangat.

Selain itu,andainya ada apa-apa yang buruk terjadi pada diri ini.Saya mohon agar Art lupakan terus diri ini.Jangan sakiti diri Art lagi.Jangan biarkan jiwa Art bersedih lagi.Ya,move on lah.Anggap je saya tak pernah hadir dalam hidup Art.Sebab bila saya pergi nanti,bukan bermaksud saya tidak menyayangi Art lagi tetapi kerana cinta ini terlebih besar dan dunia pun tidak mengizinkannya.

Saya tinggalkan jiwa saya bersama Art di sini.Oleh itu,walau berapa lama pun perpisahan ini saya tetap akan kembali untuk mengambil jiwa saya yang tertinggal di sini dan menyatukan jiwa kita bersama lagi.

Saya percaya dengan janji kau,Newt.Saya yakin kau akan kembali!

Art,I love you more than I can say.You're my euphoria.Even if we are in a distant but our hearts will always together until my last breath.There are no one can break our true love.Our unmitigated love.

I love you too,Newt so much!

Kalau Art rindu akan pelukan saya ke,ciuman saya ke,jangan cari orang lain sebab saya juga akan merindui bau badan Art nanti.Hanya tolong jangan curang ataupun mengkhianati saya di belakang.Janji tau?

However,thank you for everything.Semua kebahagiaan yang Art berikan selama ini.Thanks a lot.Tolong halalkan semua itu kerana saya takut jika saya tidak mampu membalasnya nanti.Minta maaf juga sekiranya Art ada tersakit hati ataupun terasa dengan tindakan saya selama ini.Maaf sekiranya saya suka mengarah Art.Saya cuma terlalu menyayangi Art.

Aku mengesat tubir mata yang panas,terlalu penat dengan penantian yang sia-sia ini sehingga aku malas untuk berfikir lagi.Yang aku fikirkan sekarang hanyalah peperiksaan SPM yang bakal menjelang tak lama lagi.

Setelah lama melayan perasaan,aku membuka telefonku.Bukan berharap yang Newt akan menghantar mesej kepada aku.Aku cuma nak buka aplikasi wattpad,aplikasi yang baru aku temui sebulan yang lalu.

Aku ternampak galeri telefonku tapi pantas aku menakan aplikasi wattpad,aku tidak mampu mengawal perasaan aku untuk masa ini.Aku belum sanggup untuk menatap gambar Newt.

Aku tahu kau yang sedang baca ni mesti tau bagaimana bentuk aplikasi yang bernama wattpad ini.Jadi aku bukalah satu cerita gay yang aku baca sejak sebulan yang lalu,menunggu update sehingga kini.Tajuknya 'Unmitigated Lie'.

Aku suka ceritanya kerana ceritanya seakan-akan mengena dengan diriku dan nama wataknya juga sama dengan nama aku.Haha,famous juga nama Art ni kan?Rasa macam nak hantar mesej pula kepada penulis cerita ini yang ber-username loveatwinter.

Lol,nama watak dia sama dengan nama saya hahaha.

Aku memberi komen dalam cerita tersebut.Kemudian aku menyambung pembacaan aku.Tidak berharap pun yang komen aku itu akan berbalas.

Bagus juga wattpad ni,aku tak perlu lagi susah-payah bawa buku kemana-mana bawa je telefon ni dah boleh membaca.Tambahan lagi aku boleh membaca banyak cerita terutamanya cerita english yang banyak syok-syok di sini.

Masa melayan wattpad fikiran tentang Newt hilang sebentar.Aku berasa senang untuk membaca cerita tersebut yang indah sahaja bahasanya terlakar.Teringin pula aku nak mengenali si penulis dengan lebih dekat.

Macam ada aura yang membawa aku mendekatinya.Rasa macam familiar entahlah.Mungkin sebab aku jatuh cinta dengan cerita ini.

Lama aku membaca sampai ke bab bersambung,rasa tak puas pula membacanya namun baru aku tersedar yang aku juga perlu membaca buku teks.Huhu..

Baru mahu menekan back,satu noti masuk ke dalam telefonku.Rupa-rupanya ia balasan daripada komen aku.Wah,si penulis membalas komen aku lah.Aku terus menekan noti tersebut.

Kamu Art Hartich ,kan?

Sekejap macam mana dia boleh tahu nama penuh aku?Tiada siapa yang tahu nama penuh aku selama ni.

SEBELUM BERAKHIR (BL)Where stories live. Discover now