Beberapa hari kemudian,ketika itu aku sedang duduk di ruang tamu rumah sambil menonton televisyen.Mama dan papa pergi kebun yang terletak beberapa meter di belakang rumah.Kebun sayur-sayuran je.Abang pula keluar entah pergi mana.Jadi,saya keseorangan dekat rumah.
Tiba-tiba kedengaran deruman sebuah enjin kereta memasuki halaman rumah kami.Aku bergegas ke tingkap untuk melihat gerangan orang yang melawat.Sebuah kereta Vios warna hitam tersadai megah di halam rumah yang ditutupi rumput.
Sejurus itu,keluar seseorang daripada kereta tersebut.Newt!
Hati aku yang tenang bertukar rentak.Hah,macam mana pula dia boleh sampai kat sini.Malaikat kirim ke?Haha,aku berhalusinasi dengan hati yang berbunga riang.
Perasaan ini memang pelik dan mungkin hampir semua orang berasa jijik namun orang yang merasakan perasaan ini,sungguh indah tak terungkap.
Aku pantas bergerak untuk membuka pintu rumah.
"Hai!" Aku turun ke tanah untuk mendapatkannya.Wajah teruja aku cover sikit.
"Hai sayang,tak tak saya gurau je," aduh dia ni sampai-sampai buat orang blushing tak kena tempat.
"Sayang apanya bodo," aku tergelak sebelum menjemputnya naik ke rumah.
"Jemput naik,maaf rumah biasa-biasa je tak mewah macam rumah kau," ucap aku sambil mendahuluinya naik ke rumah.Newt menurut di belakang.
"Rumah ini lebih baik," balas Newt.
"Macam mana boleh sampai sini?" Aku menyoalnya.
"Sebab Art adalah magnet yang mampu menarik hati saya," ewah kemain dia ni ber-pickupline dengan aku eh.Aku hanya mengangkat bahu dan tidak melayan ayat-ayat manis Newt.
"Mana keluarga Art yang lain?"
"Kau belum jawab soalan saya lagi,macam mana boleh sampai sini?" Aku tak mahu mengalah.
"Aduh,mestilah saya minta alamat kau dekat Alvin.Senang cerita bro."
"Hmm yelah,ibu bapa saya pergi kebun.Abang saya keluar entah pergi mana.Kau duduklah,tetamu kan perlu diberi minuman dulu," aku bergerak ke arah dapur.
"Fuh,kartun apa kau tengok ni?" Newt mengetawakan aku.Aku pura-pura buat tak endah.Biarlah orang tengok kartun,bukan boleh buat orang lain mati kan?
"Gumball pulak tu."
"Biarlah.." balasku selamba.Selepas menyiapkan minuman untuk Newt,aku kembali ke ruang tamu dan mempersilakan Newt untuk minum air buatan aku.
"Sedapnya air kau buat,tapi sayang pahit." Komen Newt.
"Hah,bukan saya dah letak gula tadi ke?" Aku bingung.Tak pernah lagi aku buat kopi fail ni.
"Ya pahit,sebab semua manis ada dekat kau."
-_-
"Kau ni," aku melabuhkan punggung di sebelahnya lalu ketawa Newt bergema.
"By the way,ada apa sampai sanggup datang sini?" Aku mula menyoal tujuan yang membawa Newt ke sini.
"Kenapa tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh,tapi mesti ada urusan penting sampai kau sanggup datang sini."
"Haah,memang urusan penting pun.Selama beberapa hari ni saya asyik terbayang-bayang akan Art.Saya tak boleh lena tidur.." aku membuat muka pasrah,ingatkan penting sangat urusan dia ni.
"Seriuslah."
"Betullah.." aku memandang ke arahnya untuk mencari kejujuran dan keikhlasan.Wajahnya memang kelihatan suci bersih.Tapi tak tahulah apa yang ada dalam hati dia tu.
"Art.."
"Hmm."
"Macam mana kalau.."
"Hmm."
"Macam mana kalau saya suka Art?"
"Habis tu?"
"Saya nak bersama Art." Aku terdiam sebentar.
"Saya..saya tak faham maksud kau," aku menundukkan kepala melihat ke hujung jari kaki.Suasana berubah menjadi sedikit janggal.
"Saya suka Art.Saya suka Art sejak pandangan pertama.Percayalah,pandangan pertama itu paling indah.Saya nak mengukir mimpi bersama dengan Art.Mendidik perasaan cinta di hati masing-masing," ucap Newt.Aku terkedu,aku risau kata-katanya masuk ke dalam jiwaku terlalu cepat.
"Saya cuma..kurang percaya," aku mengakui perasaanku."Saya pun memang macam kau,gay.Tapi ia tak mudah untuk menerima seseorang secepat ini.Mustahil kau boleh suka secepat itu dengan orang biasa macam saya.Saya tak kacak pun macam lelaki idaman lain.Saya tak menarik pun.." sambungku.Kedengaran Newt menghembuskan satu nafas yang berat.
"Art,ia memang kedengaran seperti tidak logik.Ya,saya memang dah lama tahu yang Art pun ada perasaan dengan lelaki.Sebab itu pertama kali saya tengok Art,saya tertarik dengan perangai Art yang pendiam.Lain daripada yang lain.Saya jatuh suka dengan Art masa pandangan pertama kita beberapa hari yang lalu.Saya susah untuk mendekati orang baru dalam hidup saya tapi saya tak tahu,begitu mudah saya selesa bersama Art.Saya seperti sudah menemui lelaki yang saya ingini selama ini.Dulu banyak lelaki yang saya jumpa tapi perasaan saya kosong.Mungkin memang perasaan itu muncul apabila saya menemui Art.Art,saya mohon kalau Art tak dapat terima saya sekarang.Izinkan saya untuk terus berada di samping Art.Saya..merayu."
Aku benar-benar bisu mendengar kata-kata yang diucapkan Newt ketika itu.Ia sungguh indah meniti di lubang telinga aku.Em cair wo,nak nangislah.
"Jangan nangis," Newt menyapu pipi aku perlahan dengan jarinya.
"Manada," aku menepis tangannya sambil mengesat mataku yang mula berair.
"Newt.." panggilku perlahan.
"Hmm," balasnya.
"Saya nak rasa sedikit haba dari kau." Aku berkata perlahan hampir tak kedengaran.Nampak macam gedik tapi aku kesah apa hahaha.
"You deserve this,baby." Newt menarik aku ke dalam pelukannya lalu dia memeluk aku erat.Aku membalas pelukannya dengan perasaan lega.
"I love you," ucapnya begitu dekat di telingaku sampai nafasnya menghembus ke leherku.Aku hanya diam tanpa membalas katanya.Aku belum bersedia.Aku nak uji perasaan aku betul-betul dulu sama ada aku betul-betul suka dia ataupun sekadar suka biasa-biasa.Aku nak cari pasangan yang betul-betul mahu hidup susah dan senang bersama aku.Tanpa alasan dan jujur dari hati ke hati.
"Tak nak balas ke?" Aku menggelengkan perlahan lalu telinga aku menerima santapan keluhan daripada bibirnya.Pelukan kami terlerai kemudiannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
SEBELUM BERAKHIR (BL)
Romance[Completed] "I want to love you with all my heart before you gone, before all this be ended. I want to be your last, your comfort and your euphoria." (Started: 06 Dec 2018, Ended: 27 Dec 2018)