Hari itu,papa membawa kami sekeluarga untuk melawat kebun buah-buahan kami yang sudah agak lama tidak dijenguk.Setiap tahun berbuah mungkin ada orang yang ambil dan mungkin terbiar macam tu je.
Dulu nenek dan datuk sebelah papa yang menjaga tanah di kampung tersebut,tapi lepas mereka meninggal dunia tanah di sini terbiar macam tu je.Ni memang kampung papa,kampung mama pula memang di bandar.
Aku rapat juga dengan nenek dan datuk,datuk terutamanya banyak bercerita dengan aku masa komunis pernah datang di kampung ni.Aku memang suka dengar cerita datuk yang banyak berpengalaman semasa zaman-zaman penjelajahan dahulu.
Nenek pula memang pakar dalam membuat kraf-kraf tangan,kampung ni bangak rotan jadi nenek mudah mendapatkan bahan untuk membuat kraf tangan.Kraf tangan tersebut ada yang dijual dan ada yang dijadikan perhiasan rumah.
Dulu-dulu juga banyak kawan aku yang seumur dengan aku,kami selalu juga pergi melastik burung ataupun bermalam di hutan sebab masa tu kami memang budak-budak nakal.
Sekarang tak tahulah mereka semua dah pergi mana.Mungkin ada yang dag berhijrah ke bandar,menyambung pelajaran dan sebagainya.Aku sebenarnya rindu zaman kanak-kanak tapi kenangan hanya tinggal kenangan.
Pada masa kini juga,penduduk kampung itu memang semakin berkurang hanya tinggal beberapa keluarga yang tinggal di situ.Nak sambut krismas tetap meriah sebab mungkin banyak yang akan balik kampung dan sambut di gereja kampung tersebut yang banyak menyimpan sejarah.
"Fikir apa?" Lamunan aku terhenti apabila Newt menyapa aku yang sedang duduk di atas sebuah tunggul kayu mati.
"Takde,cuma terkenang zaman kecil dulu," jawabku sambil tersenyum.Newt menggosok rambutku perlahan sambil tersenyum.
"Kenangan itu pergi tapi memori tetap ada," katanya.Aku hanya memandang jauh.Dari jauh aku dapat melihat mama dan papa yang sedang berehat di sebuah pondok kecil.Ammar pula tidak kelihatan dimana-mana.
Bulan 12 ni mana ada pokok berbuah,memang tangan kosonglah yang aku bagi dekat Alvin nanti.Dia kan ada pesan supaya aku bawa buah dari kampung.Alah macam dia tak tau sekarang bukan musim buah-buahan.
"Wajah kau suci saat kau memandang jauh macam tu,macam ada sesuatu dalam jiwa kau yang tak terungkap.Boleh saya tau?" Newt memandang aku dengan pandangan mengharap.
"Jadi selama ni wajah saya tak sucilah?" Aku menjeling Newt.
"Bukan macam tu tapi susah nak tengok mimik muka kau yang tadi.Yang kosong..yang sukar ditafsirkan,saya cuma sayu melihatnya.Apa yang mengganggu perasaan kau?Kau nampak..sedih?" Newt masih cuba untuk merungkai jiwa aku yang memang kosong ketika itu.
"Jiwa saya memang kosong saat ini.Saya cuma rindu,tapi tak tau rindu untuk siapa dan mengapa?Saya pun tak tau macam mana nak bagitau ia kepada kau," aku menguis lantai tanah dengan sebatang kayu berdiameter kecil.
"Kau rindu siapa?" Soal Newt dengan suara perlahan."Kehadiran saya tidak mampu mengubat rindu Art ke?" Aku seperti baru tersedar daripada mimpi panjang.Astaga apa yang aku fikir sejak tadi?
"Eh,tak bukan macam tu.Saya.." aku tidak tahu macam mana nak terangkan kepada Newt akhirnya kataku hanya tergantung di situ.
"Herm..mungkin kau perlukan masa untuk berseorangan," kata Newt sebelum dia bergegas meninggalkan aku seorang diri di situ.Aku mahu menghalang namun kata-kata tidak mampu untuk keluar daripada kerongkongku.Aih,maafkan aku Newt.
Aku melorek tanah berdekatan kaki aku berpijak lagi.Art♡Newt.Lama aku termenung.Newt,seorang lelaki yang tinggi dan kacak.Rambutnya agak keperangan dengan mata coklat cair yang memukau.Kulitnya putih bersih.Kuharap jiwanya juga seperti itu.
Seperti sudah lama aku mengenali Newt namun baru minggu lepas aku mengenalinya di majlis ulang tahunnya.Beberapa hari kemudian,kami secara rasminya menjadi penambah bilangan pasangan gay di Malaysia.Ok,ia kedengaran agak lawa tapi realitinya cinta kami suci.
Apa?kamu mahu membantah yang cinta ini tidak suci?Terpulang.Hati kami masing-masing ikhlas.Kami mencintai setulus hati.Mustahil untuk mengatakan cinta ini kotor lagi.Terpulanglah apa orang di luar sana mahu kata apa,yang penting aku dapat berbahagia dengan Newt.
"Art.." aku berpaling ke tepi,Ammar mendekati aku dengan wajah yang berpeluh.Aku datang sini tadi hanya menjenguk sana sini lepas tu menghabiskan masa dengan duduk termenung di atas tunggul kayu yang mati itu.Dasar mencuri tulang!
"Abang.." aku membalasnya.Abang melihat ke arah tanah di mana aku melorek sesuatu tadi,kemudian dia tersenyum.
"Kalian nampak bahagia," ucapnya.
"Ya,syukurlah," ujarku sambil tergelak.
"Apa yang Art fikirkan?Sejak tadi macam termenung jauh nampaknya."
"Entahlah bang,saya cuma terkenang masa kecil-kecil dulu.Terkenang datuk dengan nenek.Urm,saya sangat merindui kampung ini.Kalau boleh saya nak balik sini setiap tahun tapi itulah," aku belum berhenti daripada mengusik tanah dengan kayu di tanganku.
"Seingat saya,ini baru kali ketiga saya menjejakkan kaki ke sini.Hati memang rasa tenang sangat dekat sini,jauh daripada kesibukan bandar.Apatah lagi kampung ni dikelilingi hutan tebal.Sejuk mata dan rasa memandang suasana." Komen Ammar.
"Betul,kampung ni kalau dimajukan mungkin boleh jadi tempat pelancongan.Cantik sangat,macam dekat New Zealand pun ada juga haha." Aku tergelak dengan kata-kataku sendiri,abang menyambut tawaku.
"Sekejap,mana Newt?" Tanya Ammar.Aku memandang ke sekeliling,tidak kelihatan Newt dimana-mana.
"Entahlah,tadi dia jalan ke sana."
"Art jangan memain,dia budak bandar.Pertama kali pula tu datang sini.Macam mana kalau dia sesat?"
"Sesat?!" Aku automatik terus berdiri dari duduk dan mula memanggil nama Newt.Namun,balasan daripada si pemilik langsung tidak kedengaran.

ANDA SEDANG MEMBACA
SEBELUM BERAKHIR (BL)
Romance[Completed] "I want to love you with all my heart before you gone, before all this be ended. I want to be your last, your comfort and your euphoria." (Started: 06 Dec 2018, Ended: 27 Dec 2018)