"Inilah namanya perahu," aku menunjukkan beberapa buah perahu yang tersadai di tebing Sungai Sugut yang sentiasa berwarna coklat kecuali pada masa kemarau yang akan mencetekkan sungai tersebut sehingga menjadi jernih.
"Oh,Art.." Newt memanggil sambil mendekati aku.
"Hah,apa dia?" Aku memandang wajah Newt yang kelihatan sedikit risau.
"Erm,saya tak pandai berenang." Ucap Newt sambil memandang takut-takut ke arah Sungai Sugut yang lebarnya sehingga 100 meter itu.
"Tak apa,saya kan ada.Jangan risaulah semua akan baik-baik saja," aku menepuk bahunya perlahan.Newt menghembuskan nafas lega.
"I trust you,baby." Aku menjelingnya,sempat lagi panggil orang baby.Aku dah besarlah ngok,siapa baby kau?Namun aku hanya menggerutu dalam hati kerana malas mahu berdebat dengan Newt ketika itu.
"Hah Art,apa tercegat dekat situ,punggah barang-barang letak dalam perahu," papa menegur aku.
"Okay pa," aku membawa Newt mendekati van papa semula.Lalu kami memunggah barang-barang kami semua masuk ke dalam perahu.Hampir penuh,muat-muat kami lima orang penumpang dengan satu pembawa perahu tersebut.
Papa memakirkan keretanya di satu tapak yang disediakan lalu kami pun naik ke atas perahu.Aku tengok Newt tak habis-habis menutup matanya,mungkin berdoa dalam hati sebab ketakutan.Aku mencuit bahunya,dia berpaling ke arahku.
"Nak topi?" Aku menghulurkannya sebuah topi,matahari atas kepala juga ketika itu tapi tidak terik sangat.Newt menyambut huluran aku.
"Ombak besar sangat deh," ujar Newt masih lagi kerisauan.
"Dia tidak makan orang yang berani," ucap aku dan Newt terus berhenti daripada terus membuat mimik ketakutan.Terus dia buat muka seperti seorang pahlawan.Ewah,mengena juga ayat aku ah.
Lalu perahu itu pun mula bergerak di atas air dengan bantuan enjin perahu.Angin berdesup-desup menampar telinga.Kadang-kadang ada ombak besar kadang-kadang sungai itu tenang sahaja.Pemandangan memang kelihatan hutan tebal je dan ada juga dataran kecil yang ditutupi pasir ataupun batu.Banyak burung bangau yang berkeliaran di situ membuatkan Newt sedikit terpukau.Memang pertama kali lah buat dia.
"Cantiknya," ucap Newt apabila melihat seekor burung yang agak besar melintas di atas kepalanya.
"Newt tengok tu,ada biawak," Ammar memanggil dan menunjuk ke arah sebuah dataran batu.Ada tiga empat ekor biawak sedang berkumpul di situ kelihatan seperti buaya.
"Eih gelinya," ucap Newt dan aku berasa senang untuk menampar bahunya.
"Tu pun nak geli apada.."
"Bau okay," komen Newt lagi.Ammar hanya tergelak dan aku kembali memandang persekitaran yang jarang aku lalui itu.Kampung yang penuh dengan kedamaian dan keindahan alam hmm.
Aku menyeluk air sungai di atas tapak tangan aku lalu menyiram Newt.
"Sejuklah.." Newt menjeling aku lalu dia turut menyeluk ke dalam sungai namun belum sampai tangannya menyentuh permukaan air,dia menarik tangan kembali.
"Kenapa?" Soal aku pelik dengan tingkahnya.
"Takutlah,manatau ada buaya," ucapnya membuatkan aku hanya menggeleng-gelengkan kepalaku.
Hampir setengah jam perjalanan mengharungi ombak air yang menari ganas,perahu akhirnya berhenti di pinggir sebuah daratan yang luas.
"Yeah,sampai!" Aku menjerit dulu dan terjun ke tanah.Terumbang-ambing perahu yang kami naiki dibuatnya.Hehe aku hanya buat tak tau.
Selepas kami menurunkan barang-barang kami ke tanah dan papa membayar tambang perahu,kami melanjutkan perjalanan kami dengan berjalan kaki.
Untuk sampai ke rumah,kami mengangkut barang-barang selama beberapa minit menyusuri hutan yang dikelilingi pokok-pokok yang tinggi dan hanya sedikit cahaya matahari yang sampai ke lantai-lantai hutan.Di tempat tersebut hanya kelihatan rumah-rumah yang terletak berjauhan antara satu sama lain.
Aku memandang ke arah Newt,kelihatan peluh memercik di dahinya.Kesian,mesti dia rasa sangat kepenatan.
"Kau okay?" Soal aku kepada Newt.Newt melemparkan senyumannya kepadaku.
"Okay.Baby?" Dalam keadaan macam ni sempat lagi dia mengusik aku.Aku hanya membuat muka pasrah dan menganggukkan kepalaku perlahan.
Akhirnya,kami sampai di hadapan sebuah rumah kayu yang agak besar.Huwa,akhirnya boleh berehat di kampung ini juga.
Masuk saja ke dalam rumah,masing-masing mencari tempat untuk merehatkan diri.Keadaan rumah itu agak semak ketika itu.Mungkin sebab sudah lama tidak dibersihkan.
"Art,bawa Newt ke bilik Art.Mungkin dia nak mandi dan berehat.Mama nak bersihkan rumah ni dulu,lepas tu nak masak nanti mama panggil untuk makan okay.Ammar pun pergilah berehat dulu," arah mama.Aku dan abang hanya menganggukkan kepala.
Aku mengangkat barang peribadiku dan membawa Newt masuk ke dalam bilikku.
"Penat tak?" Soal aku apabila melihat Newt terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang tersedia di dalam bilik itu.
"Penat sangat," ucap Newt tetapi dia masih tersenyum.Aku membalas senyumannya dengan wajah simpati.Aku mencari sehelai tuala bersih lalu mendekatinya.Peluh di wajahnya aku lap.
"Buka ah baju,sini takde kipas eh kau jangan cari nanti," kataku.
"Haha,takpe.Selagi ada Art,saya pasti boleh hidup walau macam mana susah pun."
"Ye ke ni," aku sengaja mengujinya.
"Mestilah," Newt membuka bajunya dan bergerak ke arah tingkap.Tingkap dibuka dan cahaya mula menerobos masuk menerangi bilik itu.
"Meh ah tolong saya bersihkan bilik ni dulu," kami pun mengemas bilik itu sehingga kemas dan bersih daripada sebarang habuk dan sawang yang sudah bersarang di situ.
Lepas itu kami pun bergerak ke bilik mandi,bilik aku di situ memang ada kamar mandi tersendiri yang disambungkan paip.Airnya memang macam ais batu sejuknya.Sejuk giler.
"Grrr,sejuknya kau tak cakap," Newt yang tinggal berboxer memeluk tubuhnya yang kesejukan akibat air paip di situ.Aku hanya tergelak dan mengangkat bahu tanda pura-pura tidak tahu.
"Jom ah mandi sama-sama," ajak Newt.Aku menanggalkan pakaianku tinggal boxer dan mandi bersama dengan Newt.
"Baby.." Newt memeluk pinggang aku dan meletakkan dagunya di atas bahu aku.Bahu aku diciumnya sehingga meninggalkan sedikit kesan merah.
"Jangan panggil saya baby lagi,saya tak suka okay.Saya dah besar," aku memarahinya.
"Habis nak panggil apa?"
"Nama saya Art."

ANDA SEDANG MEMBACA
SEBELUM BERAKHIR (BL)
Romance[Completed] "I want to love you with all my heart before you gone, before all this be ended. I want to be your last, your comfort and your euphoria." (Started: 06 Dec 2018, Ended: 27 Dec 2018)