Bab 26

152 11 4
                                        

"Hari ni hari berapa?"

"Rabu."

"Salah,hari ni adalah hari kita berdua." Dia tersenyum lantas mencapai tanganku supaya berdiri daripada tempat duduk.Aku hanya membalas senyumannya ringkas.Ada-ada je dia nak bagi aku pickupline hambar.

"Jomlah pergi kelab seni.Dah pukul 2 ni," ajaknya.Aku mengemaskan barang-barangku di atas meja lantas mengikuti langkah Venish keluar daripada kelas.

"Bila birthday kau?" Aku menyoal sekadar berbasa-basi dengannya semasa dalam perjalanan ke bilik seni.

Adalah satu kewajipan untuk bertanya kepada orang yang rapat dengan kita bila tarikh ulang tahunnya supaya kita boleh membuat persediaan awal dan tidaklah membuat dia berkecil hati kerana harinya berlalu begitu sahaja tanpa ucapan daripada kita.

"Sampai hati kau ni,sudah lima tahun kita sekelas tapi birthday saya pun kau tak tahu." Venish mula membuat muka terasa hati.

"Eh manada,bukan tak tahu cuma tak ingat sebab saya selalu lupa nak set tarikh-tarikh penting sebegitu." Aku menjawab jujur sambil tersengih ke arahnya.

"Tahulah kita tidak penting," Venish seperti berjauh hati.

"Okaylah sekarang bagitau ah dan saya akan cuba ingat sampai bila-bila.Bukan senang tau saya nak ambil peduli tarikh lahir orang lain macam ni." Aku cuba mengambil hatinya.Kami membuka kasut masing-masing sebelum masuk ke dalam bilik seni itu.Dah nama aku pun Art,kelab yang aku ambil pun seni jugak.Cun tak?Di sebalik tabir,aku sebenarnya takde bakat pun dalam seni ni hehew.

"Hmm okaylah,saya 20 Jun.Kau 18 December,kan?" Aku mengangguk mengiyakan.Wah,dia ingat pula tarikh lahir aku.Ni yang buat hati aku tambah sayang ni,eh maksud aku tersentuh dengan ketulusannya.

Kami pun masing-masing mengambil tempat duduk.Ahli-ahli yang lain juga baru sampai.Selepas menanda kehadiran diri,aku memgambil sebuah kertas lukisan dengan pensel pelbagai jenis.Aku takde niat pun nak melukis,cuma nak conteng ikut suka hati apa yang aku fikirkan sama dengan membazirkan kertas.Haha!

Kesah pulak aku?

"Okay,hari ni kita buat pertandingan melukis.Siapa lukisan dia yang paling lawa akan diberi hadiah misteri!" Cikgu Zain sebagai guru penasihat kelab itu berkata di hadapan.Cikgu itulah yang paling muda dan kacak di sekolah ini.Itulah juga sebab lain kenapa aku sanggup memasuki kelab ini berbanding dengan kelab-kelab lain.Aduh gatalnya.

Semua ahli pun mula melakar hasil karya masing-masing yang pastinya cun melecun bum kababom.Lantaran aku masih terkial-kial melukis orang lidi dan rumah 1D.Kesian betul aku tengok karya aku ketika itu.Dengan matahari yang lengkap berwajah dan burung-burung yang hanya berbentuk M.Kanak-kanak pun lagi pandai melukis daripada aku.

Setelah masa yang diperuntukkan tamat,masing-masing pub menghantar karya ke tempat Cikgu Zain.Semua menulis nama mereka dengan bangga sedangkan aku tidak menulis nama aku langsung.Buat malu je nanti kalau ada pertandingan lukisan yang paling buruk dan aku berada di tangga pertama.

"Okay,cikgu dah tengok semua karya kalian.Dan cikgu suka untuk memanggil pemenangnya untuk kali ini bagi menerima hadiah misteri daripada cikgu!" Semua mula bersorak tanda tidak sabar melihat siapa yang bakal dipanggil oleh cikgu Zain.

"Mesti kau kan?" Aku berkata kepada Venish.Dibandingkan dengan Venish bagai langit dengan bumi,dia sangat berbakat dalam melukis.Dia selalu dipuji kerana menghasilkan karya-karya yang hebat dan sudah boleh diletakkan dalam muzium negara.Hebat bukan?

"Taklah,mungkin kau siapa tahu." Dan balasannya itu membuatkan tujuh keturunan aku mengekek ketawa selama tujuh hari dan tujuh malam tanpa henti.Aku?Hahaha,kirim salam je lah.

"Okay Art dijemput ke depan.." semua menjadi senyap dan mula memandang aku tak berkelip bagai aku baru membunuh 5 orang gadis ketika itu.

"Err.." aku jadi keliru.Apa yang sedang berlaku?Mustahil karya aku boleh menang kerana semua orang boleh bayang bagaimana rupa lukisan aku tadi.Bukan tidak seberapa lagi namanya tapi memang tidak perlu tanya berapa kerana markahnya memang kosong!

"Apa yang berlaku?" Aku cuba berbisik kepada Venish namun tepukan tangan mula bersorak bagi menggesa aku bergerak ke hadapan ketika itu.

"Art cepatlah ke mari," Cikgu Zain memanggil lagi.Aku pun berdiri dan melangkah ke hadapan dengan langkah yang lemah.Apa salah aku?Siapa yang sampai hati sangat mahu memalukan aku ni?Ini satu penganiayaan yang sangat teruk buat aku.

"Kenapa cikgu?" Soalku kebingungan.

"Tahniah,Art menang untuk kali ini.Tak sangka Art ada bakat dalam seni lukisan." Kata-kata itu seperti menyindir aku dan itu buat aku rasa nak menyembah siapa orang yang mengenakan dia begini?

"Kenapa saya?" Soal aku masih tidak puas hati.Cikgu Zain dah buat muka selari bila aku masih tercegat di situ tanpa menyambut hulurannya.Pantas aku menyambut hadiah misteri itu dan mengucapkan terima kasih.Balik saja ke tempat duduk aku terus memandang ke arah Venish dengan penuh curiga.Apa yang telah dia lakukan?Tak akan dia ada kuasa magis dan menukar lukisan aku yang buruk itu menjadi cantik tak terkata?

"Apa yang telah kau lakukan?" Aku menyoal Venish sebaik kami keluar daripada bilik seni itu.Balasan daripada Venish langsung tidak kedengaran malah ketawanya saja yang menghambur begitu keras.Minta smack down ke apa dia ni?

"Sorry Art,tapi saya nak bagi peluang juga kau terima hadiah daripada Cikgu Zain yang kacak itu." Venish bersuara dengan menekan perkataan kacak di hujungnya membuatkan hati aku mendidih geram.

Pantas aku membuka balutan hadiah yang bersaiz kecil itu.Grr,sebiji telur yang dimasak separuh kini berada dalam genggamanku.Pada kulit telur itu tertulis satu ayat;

Esok kamu date dengan cikgu di Hotel Pavillion :p

SEBELUM BERAKHIR (BL)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang