Bab 2

716 28 22
                                        

"Hah?" Aku memaparkan muka pelik tambah bingung di wajahku.Jom?Nak pergi mana pula ni?

"Jomlah," ajak Newt sekali lagi.

"Nak pergi mana?" Soal aku.Malas sebenarnya nak jalan-jalan sebab ramai sangat orang.Malas nak bertembungan dengan orang.Tambah lagi aku nak tunggu Alvin kat sini je.

"Jalan-jalan,temankan saya.Mungkin kau juga kebosanan sorang-sorang dekat sini.Alvin tu mesti pergi cari pompuan dia," ujar Newt.

"Hmm malas ah,malu nak jalan dengan kau.Saya tak setaraf kot dengan kau," aku meletakkan dagu di atas tangan.Aku hanya memandang kosong ke arah pinggan yang masih berisi makanan yang dibawa oleh Newt tadi.

"Lah,nak malu apa?Kesah apa dengan pandangan orang.Dahlah,jomlah.." Newt menggesa.

"Kau tak ajak girlfriend kau haha," aku memandangnya sambil mengukir senyum.Tak ke pelik lelaki ajak lelaki?Peliklah,tapi bagi aku biasalah.

"Girlfriend?Saya takde girlfriend lah." Kata-kata Newt itu bergema dalam otak aku.

"Dahlah,jom..." tanpa berlengah Newt menarik tangan aku supaya bangkit berdiri dan menurutinya.Aku akhirnya hanya mengalah dan mengikuti langkahnya dari belakang.Risau betul aku dengan pandangan orang sekeliling.Sepatutnya Newt perlu bersama dengan seorang gadis yang cantik sekarang ini.Bukan bersama dengan lelaki biasa macam aku yang juga bertaraf biasa.Sesiapa pun boleh tengok perbezaan antara aku dan Newt.

Newt membawa aku ke tingkat atas.Peliknya,dia nak bawa aku ke mana ni?

"Kita nak pergi mana?" Soalku perlahan,aku cuba mengelak dengan beberapa orang yang berselisih dengan kami.

"Kat bilik saya kejap."

"Hah!" Untuk kesekian kalinya,aku terus-terusan ditimpa persoalan yang tidak terjawab oleh pemikiranku sendiri.

"Kau ni ikut je lah," Newt mengerling aku di belakangnya.

Akhirnya kami sampai di hadapan sebuah pintu bilik.Newt membuka kunci dan menolak daun pintu tersebut lalu membawa aku masuk.Dalam fikiran aku jangan kiralah,banyak sudah perkara-perkara asing yang berlegar-legar tanpa had.

Selepas kami masuk,pintu bilik ditutup oleh Newt dan dikunci.Gulp,aku telan air liur kejap.

"Kau duduk kat mana-mana je," arah Newt.Aku hanya berdiri tegak.Tak tahu nak duduk mana.Newt membelakangi aku dan membuka kot hitam yang dipakainya,baju t-shirt putih juga ditanggalkannya dan disangkutkan di belakang sebuah kerusi.

"Panaslah kat bawah,saya minta teman kau ber-aircond kejap kat sini," Newt menekan butang on pada alat kawalan jauh aircond biliknya.Dia pun melabuhkan punggungnya di atas katilnya yang empuk.

Jujur aku katakan bahawa body Newt ketika itu sangat mengancam.Ya Tuhan,dugaan apakah?

"Eh,asal kau belum duduk?Hah,pergilah duduk dekat sofa tu.Kau ni macam takut-takut je.Saya tak makan oranglah."

"Em," aku menggerutu perlahan dan melangkah ke arah sofa yang tersedia dalam bilik itu.Untung ada bilik besar macam ni.Untunglah anak orang kaya raya.Aku duduk dekat situ,penuh janggal.

"Saya senang berkawan dengan kau.Saya suka perangai kau yang agak pemalu haha.Tambah lagi muka kau macam familiar dengan saya.Saya macam pernah kenal rapat dengan kau dulu.Tapi,tak taulah kalau hanya pelanduk dua serupa," Newt membuka bicara.Aku hanya menjadi pendengar.

"Art,apa maksud art?" Newt menyoal.Dia memandang tepat ke arahku tapi aku pura-pura memandang ke arah lain.Sumpah rasa nak tengok je badan dia tu T.T

"Seni," balas aku ringkas.

"Haah,kau memang seni yang menarik telah dicipta." Aku terkedu.Walawei,rasa panas pula dekat pipi.

"LOL," harap-harap dengan perkataan itu suasana kami yang janggal terlerai sikit.

"Eh kau ni."

"Kau belum nak turun bawah ke?Banyak lagi tetamu tadi tu.Nanti tercari-cari pula diorang dengan kau.Oh ya,saya ucapkan selamat hari lahir.Semoga Tuhan sentiasa memberkati hidup kau," ucap aku dengan usaha keras agar tidak gugup bercakap.

"Thank you so much," kelihatan wajah Newt sangat bahagia ketika itu.Mungkin sebab aku baru wish dia.Newt bangun dan bergerak ke arahku.Dia duduk di sebelah aku.Aromanya yang wangi tetapi sudah bercampur dengan sedikit bau peluh menusuk ke dalam lubang hidungku.Aku menahan gelora di jiwa.

"Art..saya nak bagitau sesuatu," di hujung kata Newt seperti melepaskan satu keluhan kecil.

"Bagitau lah,kalau saya dapat tolong saya akan tolong." Dia memandang aku dengan wajah sayu.

"Sebenarnya.." katanya tersekat.Aku hanya menunggu dengan sabar.

"Sebenarnya,saya gay.Kau sudi ke berkawan dengan orang kotor macam saya?" Lama aku terdiam.Sebenarnya aku pun dah agak,hatiku menjerit.Rasa bahagia mula menjalar dalam jiwa.Erm..

"Tak,tak kesah pun.Saya open je dengan semua jenis orang," balasku.Rasa nak buat pengakuan juga yang aku juga lelaki seperti dia tapi malu menguasai segalanya.

"Betul ke?Wah,saya dah buat pilihan yang tepat," ujar Newt dengan suara teruja.Aku hanya tersenyum dalam diam dan mengangguk kepadanya.

Kami pun bercerita selama beberapa minit di situ.Akhirnya,Newt membawa aku turun ke bawah semula.Selepas memakai bajunya semula,kami keluar dari biliknya.Aku tak tahu Newt sengaja atau tak,semasa berjalan dia tiba-tiba berhenti sehingga aku melanggar belakang badannya.

"Kau ni memang nak langgar saya ke?" Soal Newt sambil tergelak.

"Eh manada.." bantahku.Dia yang berhenti tiba-tiba aku pula yang dipersalahkan.

"Newt,kau pergi mana je?Banyak tetamu kat bawah tu," tiba-tiba kami terserempak dengan ibu Newt.Aku hanya menundukkan kepala saat ibu Newt seperti menjeling aku.

"Jalan-jalan dengan kawan lama Newt ni.Dah lama tak jumpa so Newt sangat merindui dia," aku tahu Newt hanya menipu bahawa aku merupakan kawan lamanya.Tapi perkataan sangat merindui itu sedikit menyentuh perasaan aku.

"Hmm.." itu saja yang diucap oleh ibu Newt sebelum berlalu dari situ.Newt mendekati aku sehingga bahu kami bersentuhan dan mengucapkan sesuatu,dia tinggi beberapa inci daripada aku.Untunglah dapat gen tinggi dari ibu dan bapa.

"Saya rasa tak nak berpisah dengan kau hari ni.Saya cuma..sangat senang bersama dengan kau." Aku terdiam,tak tahu nak jawab apa.Janganlah dia mencuri hati aku kerana aku tidak sanggup menanggung sebarang risiko.

SEBELUM BERAKHIR (BL)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang