Bab 34

208 12 3
                                        

Sila baca bab ini dengan teliti kerana ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Newt,sekian.Eh belum lagi,sambunglah baca👉👈

Menurut ceritanya,dia telah bertemu dengan rakan sekerja aku di Kafe Princeway.Dan satu-satunya yang rapat dengan aku di sana adalah Hadim.Dia telah berremu dengan Hadim beberapa hari yang lalu sebelum dia memunculkan dirinya di hadapanku sebagai Anan.

Jadi,dia bertanya dengan Hadim tentang aku.Dan Hadim telah mengatakan yang aku sangat merinduinya,aku menunggunya setiap detik jantung ini berdenyut.Dia bertanya begitu,bukan sebab apa cuma meminta kepastian yang aku masih menyayangi dirinya seperti dulu.

Ragu-ragu juga dia mahu bertemu dengan aku kerana sudah hampir tiga tahun dia pergi menghilangkan jejak selepas pergaduhan kami pada hari itu.Dan dia menguatkan semangat dan akhirnya dia datang ke Kafe Princeway beberapa hari yang lalu sebagai Anan.Dia mahu terus mendedahkan dirinya yang sebenar tapi dia mahu membuat sedikit kejutan untuk aku.

Aku betul-betul tidak sangka yang dia akan kembali kepadaku.Rupa-rupanya orang yang selalu berbual dengan aku di wattpad adalah sebelah jiwa aku sendiri yang telah hilang.

Akhirnya kebahagiaan ini bakal kembali dan aku akan menghitung hari hanya bersamanya.Aku tidak sanggup lagi untuk berpisah dengannya.Dia sudah menjadi yang terbaik buatku dan aku akan cuba menjadi yang terbaik buatnya.Baiklah begitulah cerita aku sampai di sini sahaja,tamat!























































Gurau je,teruskan membaca :p

"Jangan tengok dulu,Art." Katanya sambil menutup kedua mataku dengan tangannya.Kami berjalan entah ke mana.

"Okay sekarang boleh tengok dah,surprise!" Ujarnya dan memberi aku kejutan yang kedua.Aku memandang sekeliling dapur yang hanya diterangi dengan cahaya lilin dengan lagu romantik yang menyedapkan telinga.

"Apa semua ni?" Aku bertanya kepadanya begitu tanda berasa sangat terharu.

"Ini adalah makan malam kita bersama.Setelah hampir tiga tahun tidak bertemu,duduklah." Aku hanya menurut katanya.Di hadapanku kini terhidang banyak makanan namun tidak semewah petang tadi.

"Tengah hari tadi tu lain,saya pesan makanan dari luar.Ni special air tangan daripada suami kau sendiri." Newt sendiri tergelak dengan title suami yang baru disebutnya sebentar tadi.Selepas berdoa makan,kami memulakan suapan.Hmm,sedap jugak makanan yang dia masak.Taklah teruk sangat,ahaks!

"Kenapa perlu tunggu sampai tiga tahun baru nak buat semua ni?" Aku akhirnya meluahkan pertanyaan yang sejak tadi ingin aku luahkan.Ya,kenapa perlu menyeksa aku terlalu lama.Kenapa tidak dari dulu lagi dia kembali kepadaku kalau betul dia sudah memafkan aku.Dia kelihatan terdiam sejenak.Sedang mencari alasan kah dia?

"Saya kemalangan.." kata-kata yang ringkas itu cukup membuat aku terlepas sudu daripada genggaman.

"Saya kemalangan dua tahun yang lalu selepas kita berputus hubungan.Lepas tu saya koma sebulan,dan bila saya sedar saya tak ingat apa-apa pun.Saya mula main wattpad masa tu dan buat cerita.Dalam ingatan saya hanya nama Art yang paling banyak tetapi saya tidak kenal siapa Art sebenarnya.Sebab itu saya pernah tanya nama kamu Art Hartich.Dan saya mula menyoal banyak perkara tentang Art sebab nama Art lah yang paling banyak dalam ingatan saya walaupun saya tak ingat siapa Art.

Saya menulis cerita tu sebab Art,dan saya tak sangka saya dapat mencari Art sebenar dalam realiti.Dan kita telah lama berbual antara satu sama lain melalui aplikasi wattpad itu.Beberapa bulan yang lalu,saya naik sebuah grab.Grab itu hampir terbabas dan di situlah ingatan saya kembali memenuhi kotak fikiran saya dan orang pertama yang saya betul-betul inginkan adalah Art.Saya tau yang saya tidak boleh berpisah dengan Art sebab itu banyak kejadian yang telah menimpa saya dan bekas jahitan ini adalah bekas kemalangan itu.Sebab itu juga mungkin kau tidak syak saya ini Newt pada mulanya.

Saya memulakan pencarian saya,saya berjumpa dengan ibu bapa Art dan mereka kata yang Art menyambung pelajaran di sini.Untuk mencari Art mudah saja sebab saya boleh saja menanya dimana keberadaan Art sekarang melalui aplikasi wattpad itu.Syukurlah semuanya berjalan dengan lancar dan sekarang saya sudah menemui kembali jiwa saya yang hilang selama ini." Dia mengakhiri kata-katanya dengan senyuman yang lebar.Otak aku lama mencerna setiap patah yang dikatanya.Terlalu banyak perkara yang sudah terjadi selama tiga tahun ini.

"Newt.." aku kehilangan kata-kata.Fikiran aku tak pernah sampai sehingga ke tahap ini dan aku bingung untuk berkata apa ketika itu.

"Sudahlah,semuanya sudah berlalu." Dia memaut bahu aku,erat.

"You're my euphoria.I love you until my last breath," ucapnya penuh perasaan sehingga kata-kata itu menusuk masuk ke dalam jiwaku yang paling dalam.

"Hari ni kau tak payah pergi kerja lah." Kata Newt ketika kami sudah selasai makan malam dengan tema candlelight yang indah.

"Eh mana boleh."

"Boleh,hari ni kau tak payah kerja.Esok kau berhenti.Senang supaya kau tak kena marah apa."

"Eh memadai je dia ni," aku menjelingnya.

"Jangan jeling saya macam tu.Kau lupa ke yang kita bukan lagi remaja under eighteen?" Kata-katanya membuat aku terdiam,ceh dia ni buat aku malu je.

"Hahaha,so malam ni kita boleh buat projek." Katanya sambil tergelak besar.

"Bodolah kau ni,otak jangan kuning sangat boleh tak?" Aku merengus kepadanya.Aku malu la aih!

"Kenapa pula?Malu ke?" Tanpa menunggu balasanku,dia sudah menarik aku masuk ke sebuah bilik.Aku tahu dia budak baik,jadi aku yakin dia tak buat hal malam ni 😳

SEBELUM BERAKHIR (BL)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang