Until we meet again

376 13 6
                                    

Maka,di sini saya mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada semua yang sudi membaca cerita ini walaupun hanya menjadi pembaca senyap yang saya tidak ketahui pun siapa.Dalam masa yang sama saya memohon maaf atas kekurangan cerita ini,saya tau banyak kekurangan yang buat para pembaca rasa muak.

Saya rasa nak tamatkan dalam bab 40 tetapi saya akhirnya memutuskan untuk menamatkan segalanya di sini.Saya benar-benar mencintai cerita songsang pertama yang dilahirkan oleh otak saya sendiri.Sekiranya ada kesempatan lagi,saya akan menulis cerita songsang lagi tetapi mengikut sendiri perasaan saya yang berlibang-libu dengan kehidupan ini.

Saya sebenarnya tidak terfikir pun akan jalan cerita ini sehinggalah saya hanya menulis kisah Art&Newt dan dalam masa 16 hari saya telah menyiapkannya dalam draf saya semasa saya berada di kampung.Ya,saya menyiapkan cerita ini bermula pada 06 Dec dan siap sepenuhnya pada 21 Dec tahun 2018.

Saya tahu kisah cinta ini buruk,dan masyarakat tidak mampu menerimanya.Saya berdiri di sini bagi pihak di kedua-duanya.Saya menyokong dan tidak akan cinta songsang ini.Sebab saya pun mempunyai perasaan yang ingin dicintai sama seperti Art dan ingin mencintai seperti perasaan Newt.

Sekiranya ada sesiapa yang ingin memberi sebarang kecaman kepada saya,saya sentiasa terbuka tangan menerima.Saya tidak kesah dan saya menyayangi kalian semua kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerita ini walaupun hanya sebagai pengkritik.

Sebelum saya menamatkan nukilan yang tidak seberapa ini,saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kerana sudah bertahan sampai ke tahap ini.

Sayonara!

SEBELUM BERAKHIR (BL)Where stories live. Discover now