"Mama,nampak Newt tak?" Soal aku apabila sudah puas memanggil namun jawapan daripada Newt langsung tidak kedengaran.Aduh,budak bandar ni nak main sembunyi-sembunyi pulak.
"Takde,hah dah pergi mana budak tu?" Mama menyoal balik membuatkan hati aku bertambah sangat risau.
Macam mana kalau Newt betul-betul sesat lepas tu dia tidak ditemui,masuk dalam alam bunian,tak balik-balik lagi,dan aku akan merana hidup seorang diri serta yang paling penting ibu bapa Newt akan mendapatkan nyawa aku sebagai ganti nyawa anak mereka.Astaga...
"Dahlah jangan fikir banyak,jom cari dia.Mungkin dia ada dekat-dekat sini je." Kata abang seperti memahami apa benda yang terlintas dalam fikiranku ketika itu.
Aku mengikuti langkah abang untuk mencari Newt di sekitar-sekitar situ.Apabila tidak melihat sebarang jejak,kami pun masuk lebih dalam sambil menjerit-jerit namanya.
"Hmm takde pun,Newt pergi mana pula ni?Jangan-janganlah dia sesat jauh sangat ya Tuhan," aku mengeluh dengan wajah yang kerisauan.
"Jangan risaulah,mesti Newt akan balik juga.Mari kita pergi tengok dekat sungai hujung sana.Mungkin dia ada di sana," ajak abang pula dan cuba menenangkan perasaan aku yang agak kacau.
Kami melalui satu jalan kecil untuk sampai ke sungai tersebut.Bunyi air mengalir dan terhempas ke batu sudah kedengaran dari kejauhan.Aku hanya berdoa agar kelibat Newt ada di situ.Aku dah tak tahu nak cari mana lagi.
"Wei Newt!" Tiba-tiba abang menjerit,aku melihat ke arah mata Ammar memandang.Kelihatan Newt sedang duduk di atas sebuah batu yang tinggi terletak di tengah-tengah sungai yang jernih itu.Syukur Newt selamat.Risau di jiwa sudah tidak terkata tadi.
"Weh kau okay?" Aku menyusuri sungai yang agak deras dan mendekati Newt.Newt memandang dengan wajah yang tenang,namun tidak mampu menenangkan jiwa aku yang sedia bergelora.
"Newt.." panggilku lalu memeluk tubuhnya erat.
"Eh kenapa ni?" Soal Newt seperti baru menyedari ketidaksenangan di jiwa aku.
"Art risau sebab kau tiba-tiba hilang," kata abang yang juga sudah berada berdekatan kami.
"Hilang?Saya ada je dekat sini,mana ada hilang," ucap Newt sambil tersenyum kecil ke arahku."Dahlah,kau jangan risau sangatlah.Walaupun saya jarang masuk kampung tapi saya dah pandai jaga diri," Newt memeluk bahu aku dan tapak tangannya menggosok-gosok belakang rambutku.
"Kau marah ke?" Soalku kepadanya.Mungkin Newt terasa dengan tindakan aku yang kurang melayannya semasa Newt bertanya kenapa dia kelihatan sedih.
"Marah?Manada," Newt memandang aku pelik.
"Mungkin kau terasa tadi.."
"Dah,dah,jangan fikir sangatlah jom balik ke sana," ajak Newt.Dia mula berdiri namun aku masih tidak bernganjak daripada tempat aku berdiri tadi.Masih menunggu penjelesan yang terang daripadanya.
Newt berhenti daripada melangkah dan berpaling ke arahku semula,"jomlah." Lalu tangan aku diraihnya dan membawa aku menyusuri sungai tersebut.Kami bertiga akhirnya kembali ke tempat tadi.
Malam pun berlabuh menggantikan matahari di siang hari.Selepas makan malam,aku dan Newt berada di dapur untuk mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan.
"Kau rehat je lah,saya boleh cuci piring ni seorang diri." Suruhku.
"Takpe,biarlah saya tolong kau.Biar cepat sikit siap." Newt tidak mengendahkan suruhanku malah terus berada di situ mencuci piring bersama.
"Newt.." panggilku.
"Hmm?"
"Jangan buat macam siang tadi lagi tau."
"Buat apa tu?" Newt sengaja bertanya kembali dengan membuat-buat suara yang menggoda.
"Jangan pura-pura tak tahu.Tau tak yang saya takut kehilangan kau,kalau ada apa-apa yang jadi macam mana?Saya risau tau,saya dah fikir bukan-bukan tadi," aku berkata dengan penuh emosi.
"Takdelah,saya cuma terdengar macam sungai tadi.Jadi saya datang situ.Kebetulan pemandangan di situ sangat cantik jadi saya berehat kejap.Nak kacau Art pun kan Art perlu masa seorang diri masa tu.Maaflah kalau susahkan je,tak terfikir pula nak buat Art risau.Sorry k," balas Newt.Kami saling berpandangan.Sukar untuk ditafsirkan cinta ini.
"Saya sayang Newt.." ucap aku perlahan.Aku tidak malu lagi untuk mengungkapkan rasa di jiwa.
"Saya sayang Art jugak.Remember,you're my euphoria.I love till my last breath," aku sesak mendengarnya berkata begitu.Hati aku tersentuh.
"Jangan berjanji," hanya itu yang aku balas.
"Itu bukan janji.Itu adalah sebuah realiti yang pasti," aku terdiam sejenak.
"Kenapa kau yakin sangat?" Soal aku cuba menduganya.
"Lihat di mana kita berpijak sekarang?Dengan siapa kita bersama?" Newt berkata sambil mendepakan kedua-dua tangannya.
"Kita hanya merancang,Newt." Aku mengeluh.Aku tidak mahu antara kami ada yang meletakkan harapan yang terlalu tinggi.Kelak harapan itu hancur bersama-sama dengan jiwa ini.Ianya pasti sakit.
"Saya tau,tapi salahkah..?" Newt kelihatan seperti tidak puas hati dengan setiap bantahan aku.Kebetulan kami sudah siap mencuci,aku melap tangan sehingga kering dan bergerak keluar dari dapur itu untuk ke bilik.Newt mengikuti langkah aku.Seketika kami masing-masing diam.
Aku baring di atas katil untuk melepaskan sedikit lelah.Newt juga baring di sebelahku.Kami sama-sama baring menelentang.
"Saya hanya tak sanggup untuk kehilangan Art," dia berkata perlahan.Sesaat,jemariku terasa disentuh.Dia menyilangkan jari kami antara satu sama lain.Lalu belakang tapak tanganku terasa dikucup olehnya.
"Kau mahu kan hidup bersama dengan saya sampai bila-bila pun?" Soalnya sambil mengiring menghadapku.Lama aku terdiam.
"Saya mahu,sehingga satu saat nanti kalau kau rasa macam dah bosan hidup dengan saya.Masa tu saya tak akan cakap apa-apa.Kita dah besar dan sudah mampu untuk membuat keputusan masing-masing."
"Jangan cakap macam tu.." Dia mengusap pipiku laku memeluk erat tubuhku,wajahnya disembamkan di celah bahuku.
"Walau apapun kita tetap bersama sampai bila-bila," janjinya lagi yang selalu membuat aku takut untuk mengotakan janjinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
SEBELUM BERAKHIR (BL)
Romance[Completed] "I want to love you with all my heart before you gone, before all this be ended. I want to be your last, your comfort and your euphoria." (Started: 06 Dec 2018, Ended: 27 Dec 2018)