Bab 32

173 11 2
                                    

Hari itu,aku meluangkan masa bersama Anan memandangkan aku tiada apa-apa kelas pada hari itu dan aktiviti lain pun belum ada yang dirancang.Jadi,aku bersetuju untuk meluangkan masa dengan Anan saja.

"Jemput masuk," Anan menjemput aku masuk ke dalam sebuah kondominium yang disewanya.Aku rasa Anan ni seorang anak berada kerana mampu menyewa kondo itu.

Aku mengikuti langkahnya masuk ke dalam.Lalu,dia membawa aku masuk ke ruang dapur.Waktu sekarang menunjukkan pukul 1 petang.Banyak juadah yang sedang terhidang di meja dapur ketika itu.

"Saya belum makan,kebetulan kau datang hari ni jadi kita makan sama-sama okay." Katanya sambil tersenyum.Aku hanya mengangguk.

"Baiklah,saya pun belum makan juga." Jawabku jujur.Dia duduk dan mempersilakan aku duduk di hadapannya.Kemudian,kami makan dengan senyap.Aku rasa inilah kali pertama aku tidak berasa janggal bersama dengan orang baru dalam hidup aku.

"Anan,boleh saya tanya?" Ucapku sambil memandangnya,mata kami bertautan membuatkan jantung aku berdegub lari daripada normal.

"Hah tanyalah," balasnya.

"Siapa Anan ni sebenarnya?Rasa macam familiar tapi saya tak kenal pun Anan sebelum ni." Anan hanya melemparkan senyuman kepadaku.

"Lepas kita bincang pasal cerita saya dekat wattpad tu baru saya bagitau Art perkara yang sebenarnya,okay?" Kata-katanya itu membuatkan aku tertanya-tanya.Anan ni ada rahsia ke?

"Okaylah," akhirnya aku mengiyakan.

Selepas makan,kami berbincang mengenai cerita Anan di ruang tamu.Sukar juga aku mahu memberi idea kepadanya kerana aku takde bakat pun dalam bidang penulisan ni.Apatah lagi dalam merangka jalan cerita.

"Saya fikir nak letak gambar kau sebagai watak hidup saya dalam cerita tu." Katanya membuat aku tercengang sekejap.Bermakna dia nak letak gambar saya dalam wattpad dia tu.Eh,muka aku buruklah tak payah ah dedahkan.

"Jangan!Saya malu," balasku dengan tegas.

"Hehe saya gurau je lah." Aku hanya membalasnya dengan pandangan yang pasrah.Dia kenakan rupanya.

"Oh ya,malam ni kau kerja ke?" Dia menyoal.

"Mestilah,setiap hari saya bekerja."

"Kau tak penat ke?Belajar dan bekerja dalam masa yang sama." Anan membuat wajah penuh simpati.Entah ikhlas dari hati dia atau sekadar mengambil hati aku.

"Mestilah penat,tapi saya dah biasa.Tambah lagi saya kebosanan sekiranya saya tidak melakukan apa-apa dan.." aku terhenti daripada meneruskan kata-kataku.Sebenarnya aku baru ingin menyambung yang bekerja juga dapat membuatkan aku lupa sedikit dengan memori silam yang penuh menyakitkan.Tapi,aku baru teringat yang Anan hanyalah orang baru dalam hidup aku.

"Dan?" Dia ternanti akan sambungan kataku.

"Takde apalah.." akhirnya aku hanya memberinya senyuman nipis.Aku mengalih topik kepada perbincangan asal kami.Berkali-kali aku menutup mulut kerana menguap.Rasa mengantuk pula lepas makan petang-petang ni.

"Kau mengantuk ke?" Soalnya apabila perasan aku asyik menguap sejak tadi.Aku hanya mengangguk perlahan.

"Pergilah tidur dekat bilik tu.Saya sambung cerita ni kejap," suruhnya.Oleh kerana rasa mengantuk yang tidak tertahan,aku terus melangkah ke arah bilik yang ditunjukkan oleh Anan.Aku baring di atas katil dalam bilik itu dan beberapa saat aku terus terlelap.

Terasa baru beberapa detik aku terlelap,aku terjaga.Apabila aku melihat jam,ia sudah menunjukkan ke angka 4 petang.Lama juga aku tidur.Aku kena balik sekarang sebab aku nak bersiap-siap untuk pergi bekerja pula.Walaupun kerja aku mula jam 7 malam nanti tapi ada banyak lagi benda yang aku perlu siapkan di asrama nanti.

Aku berjalan keluar daripada bilik dalam keadaan yang masih mamai.Buka saja pintu bilik,hanya kegelapan yang masuk ke dalam retina mataku.Apa yang berlaku?Blackout ke apa?Aku cuba memasang suis lampu bilik,lampu berpasang bermakna elektrik masih ada.

Aku berjalan perlahan-lahan takut terlanggar apa-apa sambil memanggil nama Anan.Rasanya kuat juga aku memanggil namun tiada siapa yang menjawab.Akhirnya ketika merangkak dalam kegelapan,aku menemui pintu utama.Aku agak pening berada dalam keadaan gelap yang amat lama-lama.

Aku memusingkan tombol pintu,namun pintu masih tidak berbuka.Pintu itu berkunci!

Otak aku mula memikirkan yang bukan-bukan.Takkan lah Anan orang jahat.Dia sebenarnya orang yang bukan baik tetapi seorang penjenayah yang akan menculik aku dan menjual aku!Bagaimana aku hendak menyelamatkan diri sekarang?

Shrengg!

Kedengaran bunyi besi berlaga.Hati aku mula tak keruan.Walaupun aku lelaki tapi aku tak pernah menghadapi kejadian seperti ini.Kejadian di mana nyawa aku dipertaruhkan.Silap aku juga.Terlalu mudah untuk mempercayai orang lain.Ya Tuhan tolong selamatkan aku dan berikan aku sedikit kekuatan untuk melawan dengan orang jahat ni.

Aku balik-balik berdoa dalam hati sambil bersiap-siaga dengan sebarang kemungkinan.

Shing!

Leher aku berasa sejuk tiba-tiba.Terasa tajam menyentuh kulit aku.Nafas dihembus ke wajahku agak kasar.

Aku mula berfikir tindakan yang paling wajar untuk dilakukan ketika itu.Anan benar-benar orang jahat!

"Selamat kembali,sayang.Selamat kembali ke neraka!"

SEBELUM BERAKHIR (BL)Where stories live. Discover now