Bismillahirahmanirahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.PERHATIAN!
Sebarang kandungan sensitif dan unsur-unsur yang tidak baik, tidak dibenarkan sama sekali diletakkan. Jika ada beberapa hal yang sudah dimaklumkan di atas terdapat pada ruangan komen atau pada ruangan 'conversation' , ia akan dipadam dengan kadar yang segera dan 'berkemungkinan' tindakan tegas akan dilakukan!.Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Untuk makluman semua, saya akan bahasakan diri saya sebagai 'saya' sedangkan saya biasanya bahasakan diri saya sebagai 'aku'. Tapi, tak apalah untuk berkelakuan lebih sopan dan menyelesakan para pembaca, saya akan cuba menyesuaikan diri agar anda semua lebih berasa selesa untuk membaca kesemua novel saya dan berkomunikasi dengan saya (Jika perlu atau penting).Pertama sekali, anda semua pasti tertanya-tanya, mengapa novel ini tergolong dalam 'Mature Content' bukan?. Sebab selama ini, keenam-enam novel saya terdahulu belum pernah lagi tergolong dalam 'Mature Content' tapi novel terbaru ini iaitu 'RUMAH' akan menjadi sebuah novel permulaan untuk saya menulis novel berunsur 'Mature Content'.
Jangan risau, 'Mature Content' tidak semestinya berkaitan dengan unsur dewasa. Kadangkala, ia berkaitan dengan unsur keganasan dan beberapa unsur tidak baik yang lain. Tapi masih, tidak sesuai dibaca untuk mereka yang dibawah umur. Novel ini hanya boleh dibaca oleh mereka yang berumur 16 tahun ke atas saja!. Bawah daripada 16 tahun, tidak dibenarkan sama sekali.
Saya minta maaf sekiranya masih ada unsur-unsur mature. Saya sebenarnya sudah menulis sebaik yang mungkin dan ia bergantung pada anda sendiri. Sekali saya tegaskan, saya sudah tulis sebaik yang mungkin.
Untuk pengetahuan anda semua, novel RUMAH adalah novel yang mempunyai unsur LGBTQ+ . Saya mencabar diri saya untuk menulis sebuah novel dengan jalan cerita yang tidak ramai orang berani hasilkan. Novel RUMAH ditulis adalah demi menyuntik kesedaran dan bertujuan untuk mengeluarkan mereka yang sudah 'tenggelam' dalam dunia tersebut.
Jujur saya katakan, saya tidak mahu menghakimi sesiapa. Jadi, kepada anda yang berasa novel ini agak sensitif untuk dibaca, saya sarankan anda untuk tidak membaca novel ini.
Saya juga berharap anda tidak akan mengutuk atau meninggalkan komen yang buruk. Kalau komen untuk menegur cara penulisan saya atau kesalahan ejaan saya adalah DIBENARKAN. Tapi, kalau anda mahu memberikan komen yang berbaur penghinaan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali!. Semua orang mempunyai pandangan mereka yang tersendiri. Tapi, kepada kita yang beragama Islam, kita sudah semestinya tahu tentang hukum hakam agama, bukan?. Saya tidak mahu menghakimi kerana ia bukan tugas saya dan yang sebenarnya lebih berhak menghakimi hanyalah Allah SWT.
Namun, saya sangat berharap anda sudi membaca novel ini sehingga akhir. Moga, mesej harapan yang saya sampaikan sepanjang saya menulis novel ini, dapat anda perolehi dan boleh memotivasikan diri anda (yang beragama Islam tapi sudah tenggelam dalam dunia LGBTQ+ ) untuk berubah.
Kepada anda yang tidak tergolong dalam dunia LGBTQ+ , novel ini adalah sebagai pengajaran dan dijadikan iktibar. Untuk anda yang bukan Islam juga, boleh baca novel ini.
Untuk makluman semua, saya juga akan letakkan ayat suci Al-Quran, Hadis Sahih dan sebagainya tentang LGBT pada Islam. Jadi, saya nak minta maaf sekiranya ia menyinggung hati sesetengah pihak. Tapi, percayalah ia untuk kebaikan semua orang.
Kita berdoa semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita dan anak keturunan kita agar tidak terjerumus dalam gelumang dosa yang penuh kekejian ini dan memberikan hidayah kepada mereka yang telah terlanjur untuk kembali kepada keredhaan Allah dari lumpur dosa ini.
Antara OST untuk novel RUMAH ;
1)
Sorai oleh Nadin Amizah
2)
Medicine oleh Daughter
3)
Hormat Kepada Angin oleh Nadin Amizah.
Lagu-lagu tersebut hanya untuk membantu anda lebih 'menjiwai' dan 'memahami' jalan cerita yang akan dipenuhi dengan perasaan yang bagaikan 'Roller-Coaster'. Sekiranya, anda sudah bersedia, mari kita bersama-sama menerokai kisah pertemuan yang mengharukan diantara Erin(Rayyan) dan Huda serta beberapa orang yang berada di sekeliling mereka yang turut berkait rapat dengan dua watak utama novel Rumah ini. Saya hanya cadangkan sahaja untuk mendengar lagu-lagu tersebut. Tapi, saya tahu anda juga mempunyai cara yang tersendiri untuk membaca.
Jangan terus tembak pengakhiran cerita, OKAY? Baca dulu!
Saya akan berusaha sehabis baik. Segala kekurangan, saya minta maaf.
Yang baik semuanya datang daripada Allah dan yang buruk semuanya datang daripada kekurangan saya.Segala watak atau jalan cerita dan sebagainya, tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah mati. Jika ada yang sama, ia adalah suatu kebetulan sahaja. Semoga novel ini boleh menjadi inspirasi buat semua dan buat saya juga!
Salam harapan, Athirah Azani.
SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT MEMBACA
YOU ARE READING
Rumah (akan disunting)
General FictionPEMBACA 16+ Mengisahkan tentang seorang lelaki yang pada awalnya hanyalah bernafsu songsang kini berubah menjadi seorang transgender. Rayyan atau nama wanitanya, Erin sememangnya hanya tertarik dengan kaum sejenisnya sahaja. Huda Syuhada pula merup...