Bab 13 : Alamak

132 19 10
                                    

Nadim terperap sahaja di dalam rumah. Semenjak kejadian di percutian itu, Nadim tidak berhenti-henti menggigit bibir.

"Bodoh betul. Aku dah minta maaf. Tapi, aku tak boleh nak lupa tentang Erin. . ." bisik Nadim.

Dia kemudiannya bingkas bangun dari sofa. Nadim menyarungkan T-shirt hitam dan memakai seluar jeans yang terkoyak pada bahagian lutut. Setelah itu, dia turut menyembur minyak wangi berjenama Dashing, Nadim pun menaiki motorsikalnya lalu menuju ke tempat di mana Huda dan Erin bekerja. Pengkid itu mahu berjumpa dengan Erin buat sekali lagi. Sudah memang tabiat Nadim memandu dengan terlalu laju. Boleh dikatakan, Nadim ini juga turut digelar sebagai minah rempit.

Lampu trafik sudah bertukar menjadi warna kuning namun Nadim tetap berdegil dan mahu memecut. Tapi, tidak kesampaian kerana lampu trafik sudah bertukar menjadi warna merah.
Tiba-tiba, belum sempat Nadim hendak menekan brek, Nadim terus terlanggar bonet belakang sebuah kereta yang berjenama Honda.

Nadim terbabas. Motorsikal yang dipandunya itu terus terbalik. Mujurlah, Nadim tak mati. Kalau diikutkan kemalangan itu agak teruk juga. Pemilik kereta Honda itu terus keluar dari kereta.

"Abang. Abang OK ke?" tanya lelaki yang berusia dalam lingkuan 20 tahun ke atas itu. Nadim hanya mendiamkan dirinya. Motorsikalnya yang terbalik itu lelaki tersebut tolong angkatkan.

"Abang memang betul-betul OK ke ni? Saya tengok macam teruk je abang punya tangan tu. . ."

"Aku OKlah!" jawab Nadim dengan kasar. Tangan kanannya patah.
"Sakit sial" Nadim merintih kesakitan.

Lelaki itu merenung lama ke arah Nadim.

"Suara macam 'dipaksa ' je. Badan pun nampak lain. Ini lelaki ke atau perempuan? Ke dia memang lelaki tapi terlebih hormon perempuan? Ish, ini boleh mengundang fitnah! Nak pegang ke tak eh...nak tolong ke tak eh.....Aduh! Tolong jelah!" bisik lelaki itu sendirian.

"Jomlah, ikut saya. Saya kena bawa abang pergi klinik ni" lelaki itu bertegas. Nadim hanya mengangguk dan akur.

Motorsikal Nadim itu akan diuruskan oleh lelaki tersebut. Kalau diikutkan Nadim sepatutnya bayar ganti rugi. Tapi, lelaki itu hanya diamkan sahaja tentang ganti rugi. Dia lebih risau tentang kecederaan yang dialami oleh Nadim.

Sebaik sahaja tiba di Hospital yang berdekatan, Nadim pun terus dirawat. Tangan kanan Nadim pula terpaksa dibalut. Setelah menerima rawatan, Nadim dibenarkan pulang. Gadis itu hendak membayar rawatannya namun lelaki yang dia langgar keretanya itu yang tolong membayarkan kos rawatan Nadim.

"Alamak jantan ni nak buat-buat baik pula" keluh Nadim.
"Abang nak balik naik apa? Kalau naik teksi, saya boleh tolong carikan. Tapi, kalau abang nak saya yang hantar balik, saya boleh tolong hantarkan" pelawa lelaki itu.

"Jangan panggil aku abang. Panggil aku Nadim!" Balas Nadim.
"Ya Allah, perempuan ke lah...aku fikir lelaki. Patutlah, semacam je badan kau. Nasib, aku tak tumbuk tadi. Jadi, memang betul sangkaan aku, yang kau ni perempuan" kata lelaki itu.

"Tak jadi aku nak ucap terima kasih" omel Nadim.

"Jangan terasa. Aku fikir bila kau dah bertukar menjadi lelaki ni, jiwa kau kental ah sikit tapi hati still tisu . . ." bukan main lelaki ini berkata-kata.

"Alamak kau! Harap je macam alim cara bercakap tadi. Bila tahu aku ni songsang, kau pun terus jadi bangang" Nadim bercakap dengan nada yang sedikit bangga. Dia berasa seolah-olah dirinya sedang berpantun.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now