Rayyan membuka matanya secara perlahan dan berhati-hati memandangkan dia masih lagi rasa sakit begitu juga dengan kepalanya yang masih terasa denyutannya. Dia kemudiannya melihat sekeliling dengan penuh hairan dan penuh tanda tanya.
"Rayyan?!" teruja Taufik apabila melihat Rayyan sudah sedarkan diri.
"Taufik? Kenapa? Kenapa, aku ada kat sini?Apa dah jadi?" tanya Rayyan bertubi-tubi sambil memegang kepalanya lalu bertukar ke posisi duduk."Kau kena rehat Rayyan. Jangan bangun dulu. Baring je" pesan Taufik sambil memegang bahu Rayyan.
"Tak apa Taufik. Aku OK" balas Rayyan.
"Alhamdullilah. Aku lega kau dah sedar" ucap Taufik dengan senyuman yang terukir pada bibirnya.Keadaan tiba-tiba menjadi senyap dan janggal.
"Taufik, apa dah jadi? Aku bermimpi ke?" soal Rayyan.
"Jangan fikirkan tentang tu. Kau baru je sedar. Better kau rehatkan diri banyak-banyak" pinta Taufik lalu cuba untuk meninggalkan Rayyan namun Rayyan menghalang Taufik dengan memegang tangan kawan baiknya itu.
Mata Rayyan kemudiannya melilau ke sekeliling. Seolah-olah, tercari-cari seseorang.
"Mana Huda?" pertanyaan Rayyan yang mengejutkan itu membuatkan Taufik tersentak. Sungguh, Taufik tidak mampu menjawab pertanyaan daripada Rayyan.
"Bagi tahu je, Taufik. Aku baru sedar ke dah lama sedar ke, itu dah tak penting lagi. Aku nak tahu, Huda ada kat mana?" tegas Rayyan. Taufik mengeluh panjang. Dia pun menoleh ke arah Rayyan. Kerusi yang berdekatan dengannya itu, Taufik ambil lalu duduk di atasnya. Taufik turut mengeratkan lagi pegangan tangannya dengan tangan Rayyan.
"Rayyan sebenarnya. . . " Taufik berasa berat untuk bercerita tentang kejadian yang telah menimpa kawan baiknya itu. Rayyan memandang Taufik dengan pandangan yang ingin tahu.
"Jiran-jiran kita tahu yang kau gay. Masa diorang tahu tu, aku baru je balik kerja. Masa tu, aku nampak pintu rumah kita penuh dengan tulisan-tulisan yang tak elok. Aku pun apalagi terus call dan mesej kau. Tapi, kau tak balas-balas. Tahu-tahu je telefon aku dah mati jadi aku tak dapat nak call kau lagi. Bila aku sampai kat hotel kau kerja tu. Semua kata kau dah keluar. Aku jadi buntu dan cari kau. Nasib baik, aku dapat agak yang kau balik rumah dan aku nampak kau ada kat dobi dalam keadaan separuh sedar. End up, macam tulah kau boleh ada kat sini sekarang" jelas Taufik dengan panjang lebarnya. Matanya mula berkaca namun Taufik cepat-cepat mengesat air matanya.
"Tentang Huda-" Taufik tidak mampu menghabiskan percakapannya.
"Maksud kau, semua orang tahu aku gay?" Rayyan terus mencelah kerana menginginkan kepastian.
Taufik mengangguk perlahan.
"Kau jangan risau Rayyan, polis dah tangkap orang yang sebarkan gambar kau tu. Orang tu pun rupanya bekas pesakit mental dan tentang gambar-gambar kau tu, dia hanya print pastu dia lekat kat pintu Kafe. So, orang yang lalu lalang pula pergi sebarkan jadi gambar kau pun tersebar di kejiranan ni" jelas Taufik lagi.
"Huda? Jadi, dia mesti tahu kan?" pertanyaan ini adalah pertanyaan yang Taufik mahu elakkan.
"Tentang tu. . . " Taufik tidak mampu menjawab pertanyaan Rayyan.
"Mana Huda, Taufik?" Rayyan bertanya sekali lagi.
Perlahan-lahan, Taufik terus menangis lalu menundukan kepalanya. Tangannya semakin erat menggenggam tangan Rayyan.
YOU ARE READING
Rumah (akan disunting)
Ficción GeneralPEMBACA 16+ Mengisahkan tentang seorang lelaki yang pada awalnya hanyalah bernafsu songsang kini berubah menjadi seorang transgender. Rayyan atau nama wanitanya, Erin sememangnya hanya tertarik dengan kaum sejenisnya sahaja. Huda Syuhada pula merup...