Perancangan Huda berjalan dengan lancar. Dengan bantuan daripada Erin maka makin mudah untuk Huda melaksanakan segala perancangan yang sudah dirancangnya dengan mengikut turutan demi turutan.
Tempat percutian mereka adalah di sebuah Homestay yang terapung di atas air. Tempat percutian mereka sangat indah dan dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan yang mencantikkan lagi suasana di sana. Sudah lama Huda memendam hasrat untuk ke sana. Akhirnya, hasrat Huda tercapai jua.
Huda, Erin dan Nadim sememangnya tiba dengan serentak memandangkan mereka bertiga pergi ke sana bersama-sama manakala, Syafiqah pula tiba sejam selepas mereka bertiga sampai. Nadim masih lagi tidak tahu-menahu keberadaan Syafiqah. Dia sedang rancak berbual dengan Erin. Kadang-kadang, Nadim juga ada cuba memikat Erin.
Huda sedang berdiri di luar sambil menunggu-nunggu ketibaan Syafiqah.
Tidak lama kemudian, Syafiqah pun muncul. Tunang Syafiqah iaitu Amirul yang menghantarnya ke sana."Jaga diri sayang. Jangan lama-lama sangat" kata Amirul.
"Seminggu je. Tak lama pun" balas Syafiqah.
Huda hanya memandang mereka berdua dari jauh. Setelah Amirul pergi, Huda segera mendapatkan Syafiqah lalu menolong Syafiqah membawa beg pakaian masuk ke dalam rumah.
"Kau ni Huda. Susahkan kau je. Aku bolehlah buat sendiri" ujar Syafiqah
Huda hanya ketawa kecil. Setibanya mereka berdua di dalam rumah itu, Erin terus menyambut Syafiqah dengan pelukan manakala, Nadim pula sedikit terkejut apabila melihat keberadaan Syafiqah di situ. Begitu juga dengan Syafiqah. Mereka berdua saling menejengil diantara satu sama lain.
"Kau dah kenapa siak bawa betina ni?" Nadim mula naik berang.
"Eloklah kau panggil aku betina. Sekurang-kurangnya, aku masih lagi perempuan. Bukannya, acah-acah lelaki macam kau! Dasar lesbian" balas Syafiqah sambil memandang Nadim dengan pandangan yang menghina.
Syafiqah mengeluh panjang. Dia cuba untuk keluar daripada situ tapi sempat dihalang oleh Erin.
"Awak... Tolonglah, cuba berbaik dengan Nadim. Kalau tak boleh juga, barulah awak balik. Tolonglah, Huda ajak awak datang sini sebab nak awak berbaik semula dengan Nadim. Nadim pun datang sini sebab Huda nak awak berbaik dengan Syafiqah" jelas Erin sambil memandang ke arah Syafiqah dan Nadim, silih berganti.
Dua kawan yang asyik bergaduh itu segera memandang ke arah Huda. Mereka berdua mengeluh panjang. Entah tarikan apa yang terdapat dalam diri Huda sehingga dua insan yang kalau bertemu akan menjadi seperti anjing dan kucing itu, akhirnya bersetuju untuk cuba berbaik semula maka, Syafiqah pun membuat keputusan untuk terus menetap dan tidak terlalu terburu-buru untuk pergi.
☆☆☆☆☆♀️♡♂️☆☆☆☆☆
Nadim tidak mampu mengalihkan perhatiannya. Dia sangat tertarik melihat Erin yang sungguh jelita. Erin yang kadang berpakaian dengan agak pendek itu sudah mampu membuatkan Nadim terasa panas. Wajah Erin benar-benar membuatkan Nadim terasa seperti diawang-awangan. Dia tidak sedar yang dia sebenarnya akan menyukai 'seorang lelaki'. Sepanjang Nadim berada di sana, dia memang cuba untuk berbaik dengan Syafiqah namun pada masa yang sama, dia juga turut cuba memikat Erin.
Banyak kali juga dia berusaha sehingga Erin mula rasa tidak selesa. Pada waktu makan malam, Syafiqah dan Huda sedang memasak di luar rumah. Kononnya, mahu menikmati makan malam di luar rumah. Jadi, tinggallah Erin dan Nadim berdua di dalam rumah. Erin sedang sibuk mengemas segala kotoran yang ditinggalkan oleh Nadim.
"Awak ni Nadim. Janganlah suka sangat buang je putung rokok awak sesuka hati. Buanglah kat dalam tong sampah" Erin membebel.
Nadim hanya melihat Erin dengan senyuman yang menggoda.
YOU ARE READING
Rumah (akan disunting)
Fiksi UmumPEMBACA 16+ Mengisahkan tentang seorang lelaki yang pada awalnya hanyalah bernafsu songsang kini berubah menjadi seorang transgender. Rayyan atau nama wanitanya, Erin sememangnya hanya tertarik dengan kaum sejenisnya sahaja. Huda Syuhada pula merup...