Bab 24 : Jangan Tinggalkan, Rayyan

139 21 20
                                    

"Rayyan!" panggil Taufik dengan nada suara yang agak kasar. Secara tidak langsung, Rayyan pun terus membulatkan biji matanya sambil memandang Taufik yang sedang dalam keadaan tercungap-cungap.

"Kau buat apa datang sini? Awek kau dah pergi" ujar Rayyan dengan selamba.

"Siapa? Huda?" hairan Taufik.

Rayyan terus ketawa sinis.

"Jadi, kau mengaku yang Huda itu awek kau?" Rayyan menginginkan kepastian.

"Ya. Aku suka Huda"

Mata Rayyan kembali membulat. Dia tidak mampu untuk berkedip walau sedikit pun. Rokok yang dihisapnya itu masih lagi menyala apinya. Rayyan kaku buat seketika.

"Kenapa? Terkejut? Ya, betul! Aku memang suka Huda! Aku rasa dia adalah satu peluang besar dan akan jadi sia-sia kalau aku tak rebut peluang untuk dapatkan dia" Taufik berkata dengan selamba sambil tersenyum sinis.

Rayyan segera membuang batang rokok yang masih belum habis dihisap itu. Dia memijaknya lalu segera berdiri dan berjalan pantas menuju ke arah Taufik. Kolar baju Taufik, Rayyan tarik dengan kuat.

"Jadi, boleh aku amik Huda pula kali ni?" soal Taufik tanpa rasa bersalah.

"Sial!" laung Rayyan lalu menghadiahkan satu tumbukan padu kepada Taufik.

Manakala, para pelanggan di Kelab Gay itu pula sedang asyik dengan dunia nafsu mereka. Mereka tidak sedar ada kisah terbaru sedang berlaku di luar Kelab.

Taufik terduduk. Hidung dan mulutnya yang berdarah itu membuktikan bahawa tumbukan Rayyan kali ini benar-benar kuat dan penuh dengan api kemarahan yang membara. Dia ketawa perlahan. Bibir Taufik tidak henti-henti tersenyum.

"Nampak tak, Rayyan? Kau sayangkan Huda lagi, bukan? Kenapa, kau biarkan dia pergi macam tu je? Kalau aku, jadi kau, aku akan kejar Huda balik. Biarlah, aku nampak bodoh sekalipun sebab aku tahu dia pun bodoh. Bodoh sebab terlalu mencintai aku dan aku pula bodoh sebab tak mampu nak lupakan dia" jujur Taufik.

"Kau gila ke? Aku dah tak sayang dan aku dah lupakan dia, OK? Dia tinggalkan aku dan tiba-tiba datang nak berbaik dengan aku" balas Rayyan.

Taufik pun berdiri lalu mengesat cecair merah yang mengalir di hidungnya itu lalu kemudiannya dia mengesat cecair merah yang berada di mulutnya pula.
"Haishhh, kau tumbuk aku kuat sangat" omel Taufik.

"Kau memang betul-betul sukakan Huda ke?" Rayyan masih lagi ingin tahu.

"Ya!" tegas Taufik.

Rayyan terus menggengam kedua-dua belah tangannya. Maka, memang benarlah. Apakah Taufik akan merebut Huda daripadanya?

"Kalau kau nak tumbuk aku, kau tumbuk jelah. Jangan tahan. Kau sebenarnya sayangkan Huda lagi. Sebab tu kau marah bila kau dapat tahu aku ni pun sukakan Huda"

"Berhenti sebut nama dia!"

"HUDA"

Rayyan terus menjerit sekuat hatinya lalu terduduk. Dia menangis sambil berpeluk tubuh. Taufik hanya melihat Rayyan dengan pandangan mata yang sayu. Rayyan berteriak derita. Dia benar-benar dalam kesakitan. Sesungguhnya hatinya masih mahukan hati Huda. Perlahan-lahan, Taufik pun duduk bersebelahan dengan Rayyan.

"Aku cintakan dia, Taufik. Aku cintakan dia. Tapi, dia buat aku sakit, Taufik. Jadi, macam mana aku nak terima dia dengan begitu mudah sekali? Sebab aku adalah lelaki, perlukah aku harus selalu beralah dan minta maaf dahulu?Aku sayangkan dia tapi pada masa yang sama aku malu sebab dia tahu segala-galanya tentang aku dan aku kasihan akan dia sebab dia mencintai seseorang yang macam aku. Aku sebenarnya rasa bersalah sebab buat seseorang yang sempurna jatuh hati pada seseorang yang serba kekurangan seperti aku. Taufik, aku betul-betul sayangkan dia. Aku rindukan dia" menangis Rayyan dengan teresak-esak.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now