Bab 23 : Merana Dalam Diam

157 21 25
                                    

TOK TOK TOK

Rayyan mendengar seseorang sedang mengetuk pintu rumahnya. Namun, Rayyan terlalu malas untuk bangun. Bau arak dari tubuhnya masih lagi kuat dan dapat dihidu. Disebabkan itu, dia juga tidak mampu untuk pergi bekerja hari ini.

TOK TOK TOK

Semakin lama, bunyi ketukan pintu itu menjadi semakin kuat.

"Dia ni nak robohkan rumah aku ke apa?" Rayyan merengek sendirian di atas katil sambil bangkit dari pembaringannya tanpa memakai baju dan hanya dalam keadaan berseluar pendek paras lutut sahaja.

TOK TOK TOK

"SABARLAH! ORANG NAK BUKALAH NI. INI MESTI MAIN PANJAT JE PAGAR RUMAH ORANG LEPASTU MINTA DERMA" Rayyan membebel sambil memulas tombol pintu.

Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, maka tertancap satu figura manusia yang cukup dia kenali. Tidak lain, tidak bukan, Huda namanya. Mereka berdua saling berpandangan. Masing-masing berasa sedikit canggung. Huda tidak sengaja melihat tubuh Rayyan dari atas hingga bawah. Rayyan pula dengan pantas segera menutup pintu rumahnya kembali. Dia berlari masuk ke dalam bilik lalu memakai baju.

Huda masih lagi dalam keadaan kaku. Wajahnya kepanasan. Ini kali kedua dia lihat lelaki yang bukan mahramnya tidak berbaju. Lelaki pertama adalah Taufik dan lelaki kedua pula adalah Rayyan. Dua sahabat itu masing-masing mempunyai tubuh badan yang tegap. Huda seorang jenis yang pemalu jadi dia tidak terlalu 'terpukau' melihat Rayyan yang tidak berbaju sebentar tadi.

Selesai sahaja memakai baju, Rayyan pun kembali membuka pintu rumah.

"Awak nak apa? Macam mana awak boleh masuk?" tanya Rayyan dengan dingin.

"Saya nak berbaik dengan awak balik. Tentang tu...awak tak kunci pintu pagar sebab tulah saya boleh masuk" jujur Huda.

Rayyan terdiam buat seketika. Memang semalam dia sedang asyik dengan Daniel sampai lupa nak kunci pintu pagar.

"Kenapa awak ada kat sini? Awak tak boleh cintai sesiapa ke sepanjang awak menghilang? Kenapa? Lelaki straight bukan cita rasa awak lagi?" sindir Rayyan.

"Rayyan!" Huda meninggikan sedikit suaranya.

"Apa?" Rayyan tetap tidak mahu mengalah.

Huda terdiam. Dia mencari nafas buat seketika.

"Rayyan, sebenarnya saya. . .saya. . .saya. . ." Huda tergagap-gagap.

"Apa Huda? Tak boleh ke awak cepat sikit?"

"Saya rindukan awak sepanjang awak tiada. Saya tak berhenti-henti fikirkan tentang awak" luah Huda.

"Kalau awak masih sayangkan saya, kenapa awak tinggalkan saya? Huda, bukalah mata awak. Lelaki yang awak tengok ni, di depan mata awak ni, baru je minum arak semalam. Awak tak bau ke?" balas Rayyan.

"Ya. Saya bau"

"Jadi? Kenapa awak tak pergi menghilang balik? Saya dah lupakan awak, Huda. Saya tak berharap pun untuk awak muncul balik. Saya harap awak terus menghilang dan takkan pernah muncul lagi!"

"Maaf, saya tak mampu nak tinggalkan awak lagi. . . "

"Huda, awak tak faham Bahasa Melayu ke? Saya...saya bencikan awak. Selama tiga bulan ni, hati saya menangis sebab saya sedar tak ada orang baik pun dalam dunia ni. Cinta tulus dan ikhlas malah sejati pun tak pernah ada! Awak sendiri buktinya" kata Rayyan dengan nada suara yang keras lalu cuba untuk menutup pintu rumahnya.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now