"Ha! Balik pun kawan aku ni" sindir Taufik yang masih belum tidur kerana menunggu kepulangan Rayyan. Rayyan menjengil ke arah Taufik dengan jelingan mata yang tajam. Beg sandang miliknya, Rayyan gantungkan lalu pintu rumah pun Rayyan tutup dan menguncinya.
"Hei! Aku tengah cakap dengan kau ni" kata Taufik. Rayyan hanya duduk di meja makan tanpa berkata apa-apa. Firdaus pun terus membancuh secawan Kopi O panas buat Rayyan. Setelah siap, dia pun memberikan secawan Kopi O panas pada Rayyan.
"Minumlah Rayyan. Aku tengok muka kau nampak sedih je ni. Kenapa? Ada sesuatu yang berlaku ke?" tanya Taufik.
"Kau nak tahu tak, kenapa Addrian telefon aku?" soal Rayyan.
"Ini mesti tentang Kecik eh?" Taufik menginginkan kepastian. Mata Rayyan terus membulat. Dia memandang Taufik dengan rasa cuak yang amat.
"Sekejap" pinta Taufik lalu bingkas bangun dan masuk ke dalam bilik tidurnya. Setelah itu, Taufik pun keluar lalu menghulurkan beberapa pucuk surat yang ditulis oleh Kecik.
Rayyan berasa keliru buat seketika. Tangannya menggigil memegang setiap pucuk surat tersebut. Matanya jelas melihat nama Kecik iaitu 'OMAR' yang tertulis di atas kesemua sampul surat tersebut.
"Addrian suruh aku sampaikan surat-surat daripada Kecik ni kat kau. Tapi, masa tu kita berdua tinggal berasingan. Aku nak bagi tapi bila aku tengok nafsu songsang kau makin mengganas, aku pun diamkan je. Tapi, sebab aku tengok kau pun dah OK dan Addrian pula asyik tanya "Rayyan dah baca ke belum?", aku pun malas nak simpan surat dari si 'miang' tu jadi, baik aku bagi pada kau sekarang. Kau pulak jangan nak macam-macam! Jangan bila elok dah straight, kau nak jadi bengkok balik!" masih sempat lagi Taufik mengejek Rayyan.
"Kau ni memang kena selalu ejek aku ke?" omel Rayyan sambil membuat mimik muka menyampah.
"Bacalah surat cinta tu. Aku nak masuk tidur" balas Taufik lalu pergi meninggalkan Rayyan.
Rayyan kini bersendirian. Dia ditemani dengan secawan Kopi O panas yang masih hangat di sisi. Lampu dapur yang masih menyala itu juga turut menemani keheningan yang sedang Rayyan rasai. Dia berasa sedikit gementar untuk membuka lalu membaca setiap isi surat yang ditulis oleh Kecik. Rayyan pun menarik lalu menghembus nafasnya. Dia membuka setiap sampul surat itu satu demi satu.
Apa yang Rayyan dapati setiap isi tersebut semuanya adalah ucapan maaf daripada Kecik. Kecik meminta maaf berkali-kali pada Rayyan. Rayyan berasa sedikit lega namun, hatinya masih berat untuk menerima permintaan maaf daripada Kecik. Surat terakhir yang dikirim oleh Kecik adalah yang paling membuatkan Rayyan terkedu. Alangkah, terkejutnya Rayyan apabila membaca isi surat yang terakhir itu.
--------------------------💌-------------------------
Kepada : Rayyan.Sayang....
Mesti awak terkejut kenapa surat terakhir ini saya bahasakan awak 'sayang'. Rayyan, saya sebenarnya rindukan awak. Saya rindukan awak sebab saya masih sayangkan awak. Saya rindu nak tidur dalam pelukan awak lagi. Saya rindukan ciuman hangat daripada awak. Rayyan, awak adalah orang yang membantu saya untuk kenal cinta yang sebenar. Saya rindukan segala-galanya tentang awak. Segala-galanya.
Saya menyesal sebab sakitkan hati awak. Saya rasa sangat menyesal sebab seksa awak. Saya tahu saya tidak akan dapat peluang untuk bersama dengan awak lagi. Tapi, jika diberikan peluang...saya nak sangat peluk awak dengan erat. Saya nak berada di sisi awak.
Rayyan, awak sangat bermakna buat saya. Saya rasa sangat teruk sebab terus-menerus ikut telunjuk Aizam. Jika masa boleh diputarkan kembali, saya tidak akan berada di dalam penjara. Sekarang ini, saya pasti sedang duduk di sisi awak dan mencipta memori yang indah bersama-sama dengan awak. Tanpa awak di sisi saya sekarang ini, sangatlah membuatkan saya menderita.
![](https://img.wattpad.com/cover/274252334-288-k738137.jpg)
YOU ARE READING
Rumah (akan disunting)
Ficção GeralPEMBACA 16+ Mengisahkan tentang seorang lelaki yang pada awalnya hanyalah bernafsu songsang kini berubah menjadi seorang transgender. Rayyan atau nama wanitanya, Erin sememangnya hanya tertarik dengan kaum sejenisnya sahaja. Huda Syuhada pula merup...