Bab 1 : Teropong Ajaib

467 23 16
                                    

Matahari mula menyinarkan sinaran cahayanya pada tingkap bilik tidur seorang jejaka yang masih sedang dibuai mimpi. Dengkuran tidur jejaka itu masih lagi memenuhi ruangan bilik. Seketika kemudian, pintu bilik dibuka dengan perlahan. Seorang lagi jejaka lain melangkah masuk ke dalam bilik.

"Rayyan, bangunlah. Kau dah terlepas solat subuh banyak kali tahu, tak" Taufik mula berleter lalu segera menarik selimut yang menutupi seluruh tubuh Rayyan. Rayyan hanya berkerut dengan matanya masih terpejam.

"Aku mengantuklah, Taufik. Aku nak tidur" Rayyan merengek lalu menarik kembali selimutnya. Taufik mengeluh panjang. Dia kemudiannya, segera menampar kuat pipi Rayyan sehingga menyebabkan putera yang sedang lena beradu itu, terjaga.

"Sakitlah Taufik!"

"Tahu pun sakit! Bangunlah pergi kerja. Nanti bos kau call aku lagi. Bukannya aku ada kaitan dengan dia" keluh Taufik.

"Bos aku kan minat dekat kau. Kau tak nak ke try dia?" Rayyan sengaja menyakat Taufik sambil tersenyum manja.

"Aku normal OK? Bukan songsang macam kau!" Taufik mula meninggikan nada suaranya.

"Eleh. Kau sebenarnya sukakan aku, betul tak?" tangan Rayyan mula memegang lembut lengan Taufik.

"Kau sukakan aku, betul tak?" tanya Rayyan sekali lagi. Dengan pantas, Taufik terus menepis tangan Rayyan yang memegang lengannya tadi. Dia kemudiannya, memegang dahi Rayyan.

Rayyan terdiam buat seketika. Terkejut dengan tindakan Taufik yang secara mengejut.

"Kenapa jantung aku tiba-tiba macam laju sangat ni? Aku rasa panas! Pipi aku dah merah-merah. Teng-tengoklah, muka handsome si Taufik tu. Argh, dia sentuh dahi aku! Dia. . .dia nak cium aku ke?" Rayyan sudah tidak mampu mengawal senyuman kerang busuknya itu. Bibirnya dia sengaja muncungkan, kononnya mahu Taufik lebih mudah untuk menciumnya. Namun, dia silap.

"Auzubillahi Minashaitan Nirajeem
(أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ)
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam" lafaz Taufik.

"Bodohlah kau!" marah Rayyan lalu terus menolak tubuh Taufik.
"Kalau kau cakap benda tak senonoh macam tu pada aku lagi, aku halau kau keluar" tegas Taufik yang sudah ke belakang sedikit itu setelah ditolak kuat.

"Hei, Taufik! Aku tahu kau takkan pernah halau aku. Kau suka aku sebab tu kau tak boleh nak halau aku. Kau pukul aku pun tak pernah, Taufik" balas Rayyan.

"Kau handsome tau sebenarnya. Geram aku. Rawr!" tambah Rayyan lagi sambil membuat mimik muka seksi.

Taufik terus beristighfar berkali-kali.
"Sudahlah, Rayyan. Kau pergilah mandi, sarapan. Sudah selesai, kita pergi kerja. Cepatlah gerak!" arah Taufik sebelum pergi meninggalkan Rayyan. Malas sekali dia hendak melayan kawannya yang tidak berhenti-henti menggodanya.

Pintu bilik ditutup kembali.

"Suka aku tapi tak nak mengaku" Rayyan tersengih seperti kerang busuk lagi lalu berguling-guling di atas katil sehingga dia jatuh tersembam ke atas lantai.

"Aduh sakitnya!" Omel Rayyan sendirian.

☆☆☆☆☆♀️♡♂️☆☆☆☆☆

Setelah selesai kesemuanya, Taufik pun masuk ke dalam kereta dan duduk di tempat pemandu.

"Kenapa tak bawa motor?" Rayyan merengek seperti teman wanita yang tidak mahu keluar makan bersama teman lelakinya di Restoran Mamak.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now