"Eyoooooo! Nadim!" sapa Fikri sebaik sahaja dia melihat gadis jelita yang juga kelihatan agak kacak kerana berpakaian lelaki itu, melangkah masuk ke dalam Kafe.
"Eyooooooo! Fikri!" sapa Nadim semula sambil menyelak rambutnya.
"Kau ni dah lawo tapi mengalahkan lelaki pula kehenseman kau tu" ejek Fikri.Jari telunjuk Nadim diletakkan pada bibir Fikri yang membawa maksud menyuruh jejaka yang banyak cakap itu untuk diam.
"Jangan bising sangat. Nanti, kantoi aku ni pengkid! Dahlah, ada awek tengah usya aku!" omel Nadim.
Fikri segera mengalihkan jari telunjuk milik Nadim itu.
"Mana Huda?" tanya Fikri secara tiba-tiba.
"Oh. Lepas ni kau nampaklah batang hidung dia. Dia busy tadi" jawab Nadim."Kau tak nak pula tunggu dia. Huda kawan baik kau kan?" Fikri masih menyibuk.
"Dia suruh aku pergi dulu!" jerit Nadim.
"Ya Allah. Kau dah kenapa nyah? Jangan jerit gitu. Bukannya aku apa-apakan kau. Ha kau dengar tak tu! Time kau menjerit tu, sekali terkeluor kau punya suara betina tu" ejek Fikri lagi."Tak ada ah. Kau banyak tanya siak. Serabut aku" Nadim mula naik berang.
"Alolololo comel. Sorry awak" pujuk Fikri sambil membelai lembut kepala Nadim. Mereka berdua sememangnya rapat meskipun, masing-masing tidak menaruh sebarang perasaan.
"Jangan sentuhlah. Dahlah kata aku comel!" Nadim merungut lalu menepis tangan Fikri.
"Jangan benci aku sangat Nadim. Nanti, kau jadi bini aku baru kau tau" ejek Fikri, lagi dan lagi.
"Ish! Tak nak aku. Baik aku, kahwin dengan budak baru tu. Nama dia pun Fikri juga en? Handsome daripada kau pula tu" sakat Nadim.
Rayyan akhirnya memunculkan dirinya setelah hampir 30 minit dia berada di ruangan belakang bersama-sama dengan Kecik.
"Muhammad Rayyan Fikri!" panggil Fikri. Rayyan terus menoleh ke arah Fikri dengan reaksi terkejut. Ini kali pertama, orang memanggil nama penuhnya. Selama ini hanya Taufik seorang sahaja.
"Apa?" hairan Rayyan.
"Ni ha! Ada lesbian nak kenal dengan kau" Fikri sengaja memerli Nadim."Jangan panggil dia macam tu" tegur Rayyan.
"Padan muka kau. Itu aku cakap. Fikri ni lagi bagus daripada kau" perli Nadim kembali. Rayyan kemudiannya mengorak langkah ke arah Nadim.
"Nadim kan?" Rayyan menginginkan kepastian. Tangan kanannya dihulurkan untuk berjabat dengan Nadim sebagai salam perkenalan. Belum sempat Nadim hendak berjabat tangan dengan Rayyan, gadis bertudung iaitu Huda terus mencelah.
"Nama dia Nadia. Bukan Nadim" Huda kemudiannya seolah-olah menghalang Nadim dan Rayyan saling berjabat tangan.
"Bukan mahramlah" kata Huda.
Rayyan kaku buat seketika.
"Macam tibe je" bisik Rayyan.Nadim hanya mengeluh panjang. Tangan Rayyan, Nadim tarik lalu dipegang dengan lamanya.
"Nama aku, Nadim. Kau jangan layan sangat minah korea ni. Sikit tak boleh. Nadia bukan Nadim. Bukan mahramlah. Bla bla bla." omel Nadim.
"Memang tak bolehlah, Nadia. . ." balas Huda."Maaf mencelah. Awak siapa? Saya tak kenal" jujur Rayyan.
Nadim dan Fikri menahan ketawa. Huda pula terus tersenyum janggal.
YOU ARE READING
Rumah (akan disunting)
General FictionPEMBACA 16+ Mengisahkan tentang seorang lelaki yang pada awalnya hanyalah bernafsu songsang kini berubah menjadi seorang transgender. Rayyan atau nama wanitanya, Erin sememangnya hanya tertarik dengan kaum sejenisnya sahaja. Huda Syuhada pula merup...