Sejam kemudian, Erin akhirnya tiba di rumah Kecik. Rumah Kecik agak besar dan mewah. Kalau diikutkan, Kecik pun sebenarnya adalah anak orang kaya. Dia dan abangnya tinggal serumah. Manakala, kedua-dua orang tua mereka pula sedang bercuti di luar negara.
"Kita dah sampai, sayang. Jom masuk" pelawa Kecik. Namun, Erin masih tercegat di depan pintu masuk. Tangannya memegang erat beg pakaiannya. Dia teragak-agak nak masuk.
"Masuk je. Sayang, jangan risau. Saya ada" pujuk Kecik lalu segera menarik tangan Erin.
Kecik membawa Erin masuk ke dalam bilik tidurnya.
"Sayang, boleh simpan pakaian sayang dalam almari yang satu lagi tu. Saya ada almari baju lain" ujar Kecik lalu menunjukkan 'bilik kecil' yang dipenuhi pakaian dan aksesori yang berjanama. Erin menelan air liur. Dia berasa sedikit malu melihat Kecik yang ada segala-galanya itu. Rasa rendah diri pun ada. Erin hanyalah orang kampung yang tinggal di rumah usang, maknya hanya menjual kuih sahaja manakala ayahnya sudah meninggal dunia ketika berusia 12 tahun.
"Sayang, masih bersedih lagi ke? Janganlah sedih. Nanti, saya pun sedih. Sayang happy dan enjoy je. Sayang jangan risau tau, saya akan selalu ada untuk sayang" pujuk Kecik berkali-kali sambil memeluk Erin dari belakang dengan penuh erat dan cinta.
"Janji?" Erin menginginkan kepastian
"Ya, sayang. Saya janji" balas Kecik lalu mencium pipi Erin.
☆☆☆☆☆♀️♡♂️☆☆☆☆☆
Tepat jam 7 pagi, Erin pun terus bangun lalu mengambil tuala yang sudah disediakan oleh Kecik semalam. Erin melilit tuala mandi seperti perempuan lain. Dia melihat ke arah Kecik yang masih tidur dengan lena. Erin terus tersenyum lalu membersihkan dirinya. Setelah selesai, dia pun menyarungkan baju Uniform dan lengkap berseluar panjang. Erin juga turut mengenakan sedikit make up nipis pada wajahnya. Selesai sahaja bersiap, Erin menuju ke arah Kecik. Rambut Kecik dia selak dengan lembut.
"Sayang. Oh, sayang" panggil Erin dengan lembut sambil mengucap pipi Kecik. Kecik terus menggeliat. Matanya perlahan-lahan dibuka lalu memandang Erin.
"Saya dah nak pergi kerja ni. Saya pergi dulu" kaat Erin.
"Pergi kerja? Sayang dah sarapan ke belum?" soal Kecik.
Erin terus menggelengkan kepalanya.
"Sayang, tak bolehlah macam tu. Sarapanlah dulu. Kalau jadi apa-apa macam mana? Tunggu kejap. Kalau lambat sekali pun, sayang jangan risaulah. Saya boleh tolong back up" ujar Kecik lalu segera bangun. Dia memakai seluar pendek sahaja lalu membawa Erin ke dapur. Kecik menyediakan bijiran dan segelas susu kepada Erin.
"Makanlah" pelawa Kecik lalu mencuci muka.
Erin hanya tersenyum apabila diperlakukan seperti seorang isteri. Erin pun kemudiannya menikmati sarapan pertamanya itu di rumah kekasihnya."Selama ni, sayang pergi kerja pun tak sarapan ke?" Kecik ingin tahu sambil dirinya sedang mengelap wajahnya yang basah itu menggunkan kain bersih.
Erin mengangguk perlahan.
"Sayang!" Kecik agak marah.
"Tak bolehlah macam tu. Tak elok" Tambah Kecik. Erin hanya mendiamkan dirinya namun dia masih lagi tersengih malu.
"Orang marah dia boleh pula dia senyum" omel Kecik.
"Tak adalah. Nampak cute pula awak bila marah. Lagipun, belum pernah lagi ada orang yang terlalu risaukan saya. Bahagia pula rasanya bila tengok awak marah macam tu" luah Erin.Kecik ketawa kecil.
"Kalau macam tu hari-harilah saya marah, sayang"
Ketika pasangan kekasih itu sedang berbual dan bermanja, Tuan Aizam pula muncul.
YOU ARE READING
Rumah (akan disunting)
Ficción GeneralPEMBACA 16+ Mengisahkan tentang seorang lelaki yang pada awalnya hanyalah bernafsu songsang kini berubah menjadi seorang transgender. Rayyan atau nama wanitanya, Erin sememangnya hanya tertarik dengan kaum sejenisnya sahaja. Huda Syuhada pula merup...