Bab 9 : Nafsu Songsang, Nadim

292 22 22
                                    

Huda mengambil cuti selama sehari. Dia merehatkan dirinya di atas katil. Tubuhnya terasa begitu penat sekali. Meskipun, matanya sedang terpejam, mulutnya tidak berhenti mengeluarkan rintihan sakit . Huda menekan perutnya. Dia sudah makan ubat tahan sakit tapi rasa sakit di perutnya itu tidak kunjung reda. Dengan itu, Huda terpaksa menahan sahaja kesakitan yang dialaminya. Perlahan-lahan, rasa sakit itu mula hilang. Kedua-dua belah pipi Huda masih lagi basah disebabkan air mata yang masih tersisa.

☆☆☆☆☆♀️♡♂️☆☆☆☆☆

"Huda yang manis, aku dah balik!" sapa Nadim sambil tersenyum dan melompat-lompat keriangan.

Rasa teruja Nadim bertukar menjadi perasaan risau yang amat apabila melihat Huda yang baru lepas menangis.

"Kau dah kenapa Huda? Macam sakit sangat je" tanya Nadim dengan risau. Dia cuba menyentuh Huda tapi Huda mengelak.

"Maaf. Saya tengah sakit ni. Saya risau kalau awak sentuh saya dengan awak sekali sakit" balas Huda.

"Tengok kau pun aku dah sakit Huda" kata Nadim.

"Jangan risaulah. Saya dah OK sekarang" jujur Huda.

"Baguslah kau dah OK. Kalau tak, hari-harilah aku kena jaga 'kesayangan' aku ni" balas Nadim.

Huda hanya tersenyum janggal.

"Macam mana abang kau masih lagi izinkan kau tinggal serumah dengan aku? Hari tu, kau kata dia tak bagi" Nadim ingin tahu.

"Oh. Dia memang tak bagi. Tapi, saya yang degil" jelas Huda.

"Ha? Degil? Kau biar betul" ketawa Nadim dibuatnya.

"Takkan saya nak biar awak tinggal sorang. Awak selalu tak ada. Bila balik rumah, awak mesti tak larat nak kemas jadi, kalau saya tinggal sini, dapatlah saya kemaskan sikit-sikit. Saya pun dah tak belajar. Jadi, bolehlah ada masa yang lebih kat rumah" tuntas Huda dengan panjang lebarnya.

"Huda, kau kahwin jelah dengan aku" luah Nadim, jujur.

Huda terus ketawa berdekah. Nadim terpaksa pura-pura ketawa. Sedangkan, dia sangat maksudkannya.

"Kahwinlah dengan aku Huda. Inikan rumah kita berdua" Nadim masih lagi tidak mahu menyerah kalah.

"Rumah kita bertiga, Nadia. Jangan lupa, Syafiqah" balas Huda.

"OK. Kalau kau tak nak kahwin dengan aku, aku kahwin dengan Fikri" kata Nadim.

"Wah! Baguslah! Memang sesuai betul awak dengan abang Fikri" Huda sungguh bersetuju dengan kata-kata Nadim.

"Kau panggil Fikri abang eh?" Nadim ingin tahu.

"Ya, abang. Takkan adik" balas Huda.
Nadim hanya mengangguk perlahan walaupun mukanya masih lagi berkerut kerana kehairanan.

"Apa yang pelik ye?" hairan Huda setelah melihat Nadim terlalu berkerut. Sudah hampir sama seperti arwah nenek Huda bila Nadim berkerut sebegitu.

"Tak adalah. Si Fikri tu, kau panggil abang. Euw. . . ."

"Apa yang salahnya, Nadia?"

"Kau panggil dia abang. Nanti, dia fikir kau suka dia. Lelaki senang perasan kau tahu tak!" jelas Nadim.

"Apa-apa jelah Nadim. Baik, awak pergi berehat" arah Huda. Nadim hanya akur. Dia sempat lagi mencubit kedua-dua belah pipi Huda.

"Comelnya dia ni" kata Nadim dengan penuh geram.

☆☆☆☆☆♀️♡♂️☆☆☆☆☆

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now