Bab 12 : Cuma Mungkin

131 19 7
                                    

Huda menghilang dengan masa yang agak lama. Selepas berlakunya perbalahan diantara tiga orang kawan itu, Huda diam-menyepi. Dia dah lama juga tak masuk kerja. Tapi, Farahin tidak berkata apa-apa pun. Mungkin sebab, Huda dah minta keizinan untuk ambil cuti buat sementara waktu. Sepanjang Huda tidak munculkan dirinya, Erin selalu menghantar pesanan teks untuk bertanya khabar. Erin telefon Huda pun, Huda tak angkat. Bila Erin tanya, Fikri Kafe, dia pun tak tahu Huda ada dekat mana sebab bila Fikri Kafe tanya Firdaus, Firdaus tak akan jawab pun pertanyaan Fikri Kafe.

Erin cuba juga bertanya Syafiqah dan Nadim. Tapi, bila fikirkan lagi, mesti mereka berdua masih lagi tak bersedia nak bercakap tentang Huda. Huda pun dah macam penat melayan kerenah dua orang kawannya itu.

"Huda!" sapa Erin.
Huda hanya menyahut panggilan Erin dengan senyuman sambil tangannya turut melambai-lambai ke arah Erin sebagai ucapan "Hai" Namun, Erin tiba-tiba sahaja berlari ke arah Huda.
Dia memeluk Huda seerat-eratnya. Pelukannya itu bukan seperti perempuan peluk perempuan tapi seperti lelaki memeluk perempuan. Erti kata lain, dia memeluk Huda seperti Huda itu adalah kekasihnya.

"Saya lega awak dah kembali. Saya rindu awak sangat-sangat" ucap Erin. Suaranya hampir-hampir kedengaran seperti Rayyan. Huda sedikit terkejut.
"Erin?" panggil Huda. Dia agak keliru dengan Erin. Erin masih tidak melepaskan pelukan. Pelukannya itu benar-benar terasa agak lain kali ini sehingga Huda terpaksa meleraikan pelukan itu.

"Maaf. Saya rindu awak sangat. Awak diam menghilang macam tu je. Mana saya tak risau? Cik Farahin pun diam je. Dia macam dah tahu awak memang tak masuk kerja dengan agak lama. Tanya si. . . ." Bebelan Erin terhenti apabila Huda menyentuh pipinya.

"Semuanya baik-baik saja. Jangan risau sangatlah" celah Huda sambil tersenyum lalu meninggalkan Erin yang masih tergamam.

"Tangan dia. . .terasa hangat sekali. . ." bisik hati kecil Erin dengan penuh keriangan.

Lantas, dia pun mengejar Huda.
"Awak, lepas ni awak nak pergi mana-mana tak? Maksud saya, awak nak pergi beli sweater dan scarf lagi?" tanya Erin Huda hanya mendengar tapi tidak menjawab.

"Huda. . .awak marahkan saya ke?" Erin ingin tahu apabila Huda melayan Erin dengan sedikit berbeza.
"Mana ada. . ." balas Huda.
"Awak, kalau awak kecil hati dengan saya, bagi tahu jelah. . ." Erin bertegas. Huda hanya mengeluh panjang lalu dia pun menaiki tangga. Erin mengikut Huda.

"Huda! Kan ada lif. Kenapa, awak nak naik tangga pula?" tanya Erin. Dia terpaksa mengejar Huda memandangkan Huda bergerak laju sehingga hampir meninggalkan Erin jauh ke belakang.

"Huda!" Erin tidak berputus asa. Dia ingin tahu mengapa Huda berubah secara tiba-tiba. Ketika, Erin memanggil Huda untuk kali yang kelima, barulah Huda berhenti lalu menoleh ke arah Erin. Erin berasa cuak apabila Huda memandang Erin sambil matanya berair.

"Huda . . .awak kenapa?" risau Erin. Tiba-tiba, Erin ditolak kuat hingga dia terpaksa bersandar pada dinding. Huda pun terus menangis sambil memeluk Erin. Erin terkejut melihat Huda menangis dengan teresak-esak.

"Saya suka Rayyan, tapi Rayyan tak muncul-muncul. Dia rasa takut untuk berjumpa dengan saya ke? Saya fikir saya boleh tunggu dia tapi masa berjalan dengan begitu cepat sampai saya tak boleh nak tunggu dia lagi. Saya nak jumpa dia sendiri. Kalau dia lari, saya kejar. Tolonglah Erin, saya tak sangka saya terlalu jatuh hati pada Rayyan " luah Huda sambil menangis dengan teresak-esak.

Pada masa yang sama, Erin juga turut menangis. Sungguh dia dalam keadaan buntu. Macam mana dia nak jadi Erin dan Rayyan pada masa yang sama? Dia sudah tidak sanggup melihat Huda dalam keadaan seperti itu. Erin juga masih lagi cuba untuk jatuh hati pada Huda.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now