Pasangan kekasih itu akhirnya telah tiba di tempat yang mereka berdua selalu luangkan masa bersama-sama iaitu Kelab Gay. Kelab Gay yang selalu mereka kunjungi ini agak eksklusif dan hanya golongan yang biasanya agak berduit sahaja yang sering mengunjungi kelab tersebut. Rayyan dan Encik Hamdan menyalin baju di dalam kereta. Mereka berdua berpakaian seperti orang berada.
Langit sudah mulai senja. Tidak lama lagi, azan Maghrib akan berkemudang. Dengan langkah yang pantas. Rayyan segera masuk ke dalam Kelab tersebut. Dia tahu kalau dia dengar azan, dia pasti akan teragak-agak nak masuk dan terpaksa cari alasan untuk 'mengelak' lagi.
"Amboi. Teruja betul you ni" Encik Hamdan tersenyum manja melihat Rayyan.
Rayyan hanya melemparkan senyuman.
Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kelab tersebut. Rayyan dapat melihat begitu ramai sekali manusia yang mempunyai nafsu songsang sepertinya. Namun, dia tidak berasa pelik kerana dia sudah melihat golongan ini hampir setiap minggu dan kadangkala, dia juga turut melakukan segala aktivtiti bersama-sama dengan mereka.
"Rayyan!" sapa salah seorang pelanggan tetap kelab tersebut. Harun namanya.
"Hai" Sapa Rayyan kembali dengan malu.
"Harun, lama tak nampak. Minggu lepas kenapa kau tak datang? Banyak benda kau terlepas" tanya Encik Hamdan yang turut mengenali Harun.
"Ish. Aku hampir terkantoi dengan isteri aku. Jadi, aku terpaksalah duduk kat rumah selalu. Layan segala kerenah dia" jelas Harun.
"Kau macamlah tak faham aku, Hamdan" tambahnya lagi.
Encik Hamdan hanya tersenyum palsu. Rayyan segera menoleh ke arah Encik Hamdan. Dia mendapati air muka kekasihnya itu mula berubah. Rayyan kemudiannya segera memegang kedua-dua belah pipi Encik Hamdan.
"You, jangan risaulah. Enjoy je" pujuknya. Encik Hamdan akhirnya kembali tersenyum manis.
"Untung I ada you" luah Encik Hamdan lalu cuba untuk mencium bibir Rayyan.
Namun, Rayyan segera mengelak.
"Alamak, rasa haus pula...."
Encik Hamdan hanya mengeluh panjang lalu duduk bersebelahan dengan Rayyan yang kini sedang menunggu minuman beralkohol yang dipesannya.
"Macam biasa" kata Encik Hamdan.
Rayyan dan Encik Hamdan serta Harun mula meneguk beberapa gelas air arak. Rayyan berusaha untuk tidak minum sebanyak yang mungkin. Dia risau dia tidak akan sedarkan diri nanti dan semestinya, Encik Hamdan akan mengerjakannya cukup-cukup. Macamlah, dia tidak kenal perangai kekasihnya itu. Meskipun, sangat budiman namun nafsu seksnya sentiasa mengawal diri lelaki tua itu.
"You tak nak tambah lagi ke?" pelawa Encik Hamdan yang sudah mabuk dengan agak teruk.
"I dah cukup dah" Rayyan menolak.
"Tambahlah lagi, Rayyan. Macam mana nak enjoy kalau macam ni?" celah Harun.
Harun kemudiannya berdiri lalu mengorak langkah ke arah seorang lelaki yang agak tampan. Setahu Rayyan, lelaki yang agak tampan itu bernama Daniel. Daniel sebenarnya masih baru menyertai ahli kelab Gay tersebut. Namun, kepakarannya dalam menggoda setiap pelanggan yang ada, tidak dapat dinafikan.
Rayyan hanya melihat Harun sedang cuba 'memikat' Daniel. Namun, dia tiba-tiba dapat merasai ada sesuatu yang hangat merangkul lehernya.
"You...." terkejut Rayyan apabila melihat kekasihnya seperti hendak pengsan. Dengan langkah yang pantas, Rayyan pun membawa Encik Hamdan masuk ke dalam sebuah bilik yang sudah tersedia di sana.
YOU ARE READING
Rumah (akan disunting)
Fiksi UmumPEMBACA 16+ Mengisahkan tentang seorang lelaki yang pada awalnya hanyalah bernafsu songsang kini berubah menjadi seorang transgender. Rayyan atau nama wanitanya, Erin sememangnya hanya tertarik dengan kaum sejenisnya sahaja. Huda Syuhada pula merup...