"Wah, awal sampai!" teruja Kecik apabila melihat Nicky, Ravi, Encik Hamdan, Harun, Farouq dan tiga orang lagi kawan kepada Nicky iaitu Ian, Amir dan Addrian yang sudah tiba di Kafe.
"Mestilah awal. Kami dah tak sabar nak tunggu lagi" ujar Ravi.
"Nampak sangat korang semua ni nafsu mengalahkan binatang" ejek Tuan Aizam.
"Ala kau pun apa kurangnya. Kau lagi ganas" sindir Encik Hamdan pula.
Mereka berdua terus ketawa bersama-sama.
"Mana dia?" soal Ian yang sangat mahu melihat wajah Rayyan dengan lebih jelas.
"Jap. Aku panggil" balas Kecik.
Amir adalah seorang yang pendiam. Dia berusaha untuk tidak terlalu tunjuk yang dia juga tidak sabar melihat Rayyan. Walaupun, dia seorang yang nerda, dia cukup terkenal dengan nama timangannya iaitu Tuan Aizam 2.0.
"Sayang, jomlah keluar, pelanggan dah sampai ni" Kecik memanggil Rayyan dengan nada suara yang lembut dan manja. Rayyan pun keluar. Dia menggigil ketakutan.
"Mantap" puji Addrian dan Ian secara serentak.
Mereka berdua berasa kagum melihat Rayyan. Rayyan masih lagi memandang ke bawah.
"Sayang, pandanglah diorang tu. Diorang nak tengok muka sayang" Pinta Kecik sambil memegang dagu Rayyan. Perlahan-lahan, Rayyan pun memandang mereka. Hatinya berasa sakit apabila melihat Nicky dan Ravi juga turut ikut sama. Pada awalnya, Rayyan fikir dua kawannya itu orang yang baik tapi sebaliknya sama sahaja seperti Kecik.
"Kecik. . .aku, aku tak boleh buat" jujur Rayyan. Kecik ketawa jahat.
"Kau boleh buat ke tak boleh buat ke, ada aku kisah? Kalau kau mati sekali pun, aku campaklah kau, aku kisah apa?" marah Kecik.
Rayyan terus terdiam. Dia juga turut memejamkan matanya kerana berasa takut jika Kecik akan mencederakannnya.
"Maaf sayang. Abang termarah sayang pula" pujuk Kecik sambil memegang kedua-dua belah pipi Rayyan.
"Sudah! Tak perlu nak berdrama sangat. Hari pun dah nak malam. Nicky, kau tolong kunci pintu tu" arah Tuan Aizam. Nicky hanya mengangguk lalu cuba mengunci pintu masuk Kafe tersebut. Namun, belum sempat dia hendak mengunci pintu tersebut, tiba-tiba ada seseorang menerjah masuk.
Nicky terus terjatuh ke atas lantai dek ditolak dengan kuat oleh seseorang itu. Orang itu meluru ke arah Peti Sejuk lalu dia terus meneguk satu botol air suam sehingga habis.
Mereka semua tergamam dan kaku. Begitu juga dengan Rayyan. Dengan tiba-tiba, orang itu terus mengeluh panjang. Botol mineral yang sudah kosong itu, dia campak ke tepi. Perlahan-lahan, dia menoleh ke arah Rayyan dengan pandangan maut.
"Nadim . . . Apa. . ." belum sempat Rayyan hendak menghabiskan kata-katanya, Nadim terus berjalan ke arah Rayyan. Dia menampar pipi Rayyan dengan kuat. Mata Rayyan terbeliak. Dia terkejut dengan tindakan Nadim.
Rupa-rupanya, orang itu adalah Nadim. Keberadaannya itu mengejutkan mereka semua.
"Woi!" Kecik agak terkejut.
Dengan tiba-tiba sahaja, Nadim menolak Rayyan dengan keadaan dia memeluk Rayyan. Nadim menolak Rayyan sehingga mereka berdua keluar daripada Kafe. Lantas, Nadim segera memegang erat tangan Rayyan lalu membawa lari jejaka itu.
10 orang lelaki yang masih tergamam melihat tingkah laku Nadim itu perlahan-lahan mula sedar yang Nadim sebenarnya sedang 'menculik' Rayyan.
☆☆☆☆☆♀️♡♂️☆☆☆☆☆
YOU ARE READING
Rumah (akan disunting)
Ficción GeneralPEMBACA 16+ Mengisahkan tentang seorang lelaki yang pada awalnya hanyalah bernafsu songsang kini berubah menjadi seorang transgender. Rayyan atau nama wanitanya, Erin sememangnya hanya tertarik dengan kaum sejenisnya sahaja. Huda Syuhada pula merup...