Bab 19 : Pergi

127 22 8
                                    

"Rayyan, aku nak pergi kerja ni" kata Taufik sambil menggerak-gerakkan badan Rayyan untuk mengejutkan jejaka yang masih lena beradu itu.

"MUHAMMAD RAYYAN FIKRI!" sebaik sahaja nama penuhnya dipanggil, barulah Rayyan senang nak bangun. Matanya terbuka luas. Dia terus bertukar ke posisi duduk.

"Bangun pun kau! Aku patut kejut kau guna nama penuh je masa solat subuh tadi!" omel Taufik. Rayyan kembali mamai. Kepalanya secara tidak sengaja disandar pada dada Taufik.
"Woi, Rayyan!" Taufik meninggikan sedikit suaranya lalu menolak kepala Rayyan.

"Suka hati je buat aku ni macam bantal dia" Taufik membebel sendirian. Taufik sempat melirik kembali ke arah Rayyan yang sudah kembali terlelap itu.

"Baik, baik. Aku bagi kau rehat. Kau dah banyak alami benda sukar kan?" kata Taufik dengan nada suara yang perlahan lalu meninggalkan Rayyan.

Makanan sudah sedia terhidang. Rayyan hanya perlu bangun, cuci makan dan mengisi perutnya. Setelah selesai memakai satu pasang kasut dengan lengkap dan diikat talinya dengan kemas, Taufik pun segera menuju ke pintu untuk keluar dari rumah.

"Ahhhhhhhh" Taufik menjerit seperti nampak seekor hantu. Rayyan yang terdengar jeritan Taufik itu segera bangun dan mendapatkan kawan baiknya.

"Kenapa ni, Taufik?!" risau Rayyan dibuatnya. Taufik tidak menjawab sebaliknya dia hanya memberi isyarat pada Rayyan untuk memandang ke arah pintu masuk. Rayyan pun mendekatkan dirinya kepada Taufik.

Secara automatik, dia pun hampir tertumbang. Mujurlah, dia memegang bahu Taufik untuk membantunya tidak terjatuh ke atas lantai.

"Kenapa awak berdua macam terkejut bila nampak saya?" hairan Huda.

Rupa-rupanya, 'benda' yang mengejutkan dua orang jejaka tersebut adalah Huda yang kadang ada, kadang tak ada. Kehadirannya membuatkan Taufik tidak senang duduk. Dia baru sahaja hendak pergi ke tempat kerja. Tiba-tiba, Huda datang.

"Kenapa datang tak bagi tahu?" soal Taufik dengan nada suara yang lembut.
"Oh. Saya dah bagitahu Erin semalam yang saya nak datang. Dia baca tapi tak balas. Jadi, saya fikir dia sakit sebab itu saya datang bawakan dia bubur" jelas Huda.

"Huda, Erin tak ada. Dia dah balik kampung" ujar Rayyan. Taufik terus memberikan pandangan maut pada Rayyan. Dia tidak menyangka kawannya itu masih lagi mahu menipu.
"Oh. Dia tak bagi tahu saya pun" Huda kedengaran seperti agak kecewa.

"Err... Huda janganlah buat muka macam tu. Sedih pula saya tengok awak macam tu" ujar Taufik dan pada masa yang sama dia sebenarnya sedang 'menyindir' Rayyan.
Huda hanya mendiamkan dirinya lalu menghulurkan bubur yang dimasaknya itu. Dia menunggu buburnya diambil.

Rayyan dan Taufik memandang antara satu sama lain. Bubur yang dihulurkan itu akhirnya diambil oleh Taufik.
"Terima kasih Huda" ucap Taufik. Dia kembali masuk ke dalam rumah untuk menyimpan bubur tersebut ke dalam peti sejuk.

Kini hanya tinggal Rayyan dan Huda sahaja di depan pintu. Masing-masing tidak berbicara hanya diam membisu.
Namun, Rayyan sempat curi-curi pandang ke arah Huda.

"Huda, kalau awak tak sibuk saya nak ajar awak keluar" ajak Rayyan.
"Pergi mana?" tanya Huda.
"Rumah" jawab Rayyan.

Mata Huda yang dari tadi memandang ke arah lain itu perlahan-lahan memandang mata Rayyan pula. Mereka berdua saling bertatapan mata.

"Jadi, awak memang nak pulanglah ni?" balas Huda. Rayyan mengangguk perlahan.

"Awak memang maksudkannya" ujar Huda.

"Apa? Yang saya sukakan awak tu ke?" Rayyan menginginkan kepastian. Huda tersipu-sipu malu. Pipinya mula merona kemerahan.

"Saya suka awak, Huda" usik Rayyan. Huda bertambah malu dia tidak mampu menyembunyikan senyumannya.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now