Bab 31 : Tak jadi satu

139 21 23
                                    

Di hari yang lainnya, Huda tidak dibenarkan untuk mempunyai pelawat. Dia harus mendapatkan rehat yang secukupnya kerana Huda harus menjalani beberapa sesi rawatan lagi agar dia boleh berada dalam tahap yang stabil dan dapat pulang ke rumah.

Memandangkan sekarang adalah hujung minggu, Rayyan tidak pergi bekerja dan hanya bermalas-malasan sahaja di rumah. Dia duduk terkakang di atas sofa seperti seorang pemalas sambil menonton rancangan yang disiarkan di Televisyen.

Mata Rayyan kuyu sahaja. Dia agak sedih kerana tidak dapat melawat Huda. Tiba-tiba, keadaan menjadi gelap. Rayyan tidak dapat melihat apa-apa. Hidungnya pula dapat menangkap bau yang agak busuk dan masam.

"Pengotorlah kau ni Taufik! Boleh seluar yang kau pakai berhari-hari ni kau letak kat muka aku?" berang Rayyan sambil memegang seluar kotor yang dibaling pada mukanya itu.

"Kau hidup lagi rupanya. Aku fikir dah mati dah sebab tak bergerak. Asyik terbaring je kat sofa. Kau cuma bangun dan bergerak bila nak solat je" Taufik membebel.

"Tapi perlu ke hadiahkan aku seluar kau yang tak basuh berhari-hari tu? Tahulah seluar favourite tapi janganlah sampai tak basuh" bebel Rayyan.

"Bukannya seluar dalam. Seluar traksuit biasa" omel Taufik.

"Tetap kotorlah! Ish, berbau tau!. Patutlah tak kahwin lagi. Perangai macam budak-budak, tak jaga kebersihan pula tu" ejek Rayyan lalu segera melarikan diri.

Taufik tidak berdiam diri dia pun terus mengejar Rayyan. Mereka berdua berlari berkejaran di dalam rumah sambil bergelak ketawa.

"Oi bujang tua! Bergegar rumah ni dibuatnya. Korang bukannya budak-budak lagi nak main kejar-kejar Daripada korang kembali jadi kanak-kanak ribena, baik korang tolong mak ni kat dapur!" Marah Mak Som.

Rayyan dan Taufik yang sudah berada dalam keadaan kusut-masai itu hanya berdiam diri. Masing-masing berasa takut apabila dimarahi oleh Mak Som. Pedang mainan yang dipegang oleh Taufik itu terus dia lepaskan. Rayyan pula menyusun kembali kusyen sofa yang sudah hilang ke dimensi lain sebentar tadi.

Pintu rumah tiba-tiba diketuk.

"Bukalah pintu tu. Takkan nak biar diketuk sampai ke tahun depan!" bebel Mak Som. Rayyan dan Taufik saling berpandangan.

"Mak kenapa tu, Taufik? Uzur ke? Asyik marah je" tanya Rayyan dengan membisik pada Taufik.

"Mana aku tahu!" balas Taufik.

"Habis, kenapa mak marah-marah? Setahu aku, mak dah menopause" kata Rayyan dengan selamba.
"Diamlah. Baik kau pergi buka pintu!" arah Taufik.

Rayyan hanya mengeluh lalu kemudiannya membuka pintu rumah.

"Nadia?" terkejut Rayyan

"Hai" sapa Nadia

"Tengoklah siapa tu....Awek aku!" celah Taufik.

Rayyan dan Nadia memandang Taufik dari atas hingga bawah. Masing-masing memberikan pandangan maut.

"Gurau pun tak boleh" Taufik merajuk lalu meninggalkan mereka berdua.

Nadia dan Rayyan hanya mengabaikan sahaja Taufik lalu kembali berbual.

"Awak buat apa kat sini?" Rayyan ingin tahu.

"Aku tanya Huda jadi Huda pun bagi tahu aku yang kau tinggal kat sini. Sebab aku datang ni adalah untuk bagi tahu kau yang aku, Firdaus, Emilda, Fikri dan lain-lain, rancang untuk adakan kenduri kesyukuran besar-besaran buat Huda. Dia macam selebriti. Ramai kenal dia. Huda kan tak lama lagi nak balik rumah dah. Kebetulan, hari tu juga hari jadi dia, jadi bolehlah sambut hari jadi dia sekali. Buat kejutan!" jelas Nadia dengan teruja.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now