Bab 29 : Membasuh Hati

138 20 19
                                    

Nadia kembali semula ke bilik wad. Sebaik sahaja dia tiba di sana, dia dapat melihat katil Huda sudah kosong. Huda menghilang sekali lagi.

"Huda?" panggil Nadia dengan nada suara yang risau sambil mencari-cari keberadaan Huda.

"Nadia!" sergah Huda dari belakang.

"Huda! Kau pergi mana? Risau aku!" omel Nadia.

"Oh. Awak fikir saya dah tak ada eh?" usik Huda.

"Ish dia ni! Main-main pula!" marah Nadia.

Huda ketawa. Nadia hanya menggelengkan kepalanya lalu menolong Huda kembali ke katil.

"Banyakkan berehat! Jangan asyik nak bergerak je! Tahulah, Emilda dah bagi kau jalan-jalan kat hospital ni tapi kau pun janganlah ambil kesempatan sampai tak ingat nak berehat!" pesan Nadia.

"Ya. Baiklah, Cik Nadia. Saya faham"

"Cis!"

Nadia merehatkan dirinya kembali dan duduk di atas kerusi yang bersebelahan dengan katil Huda.

"Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena?" soal Huda apabila dia mendapati Nadia kelihatan agak bercelaru. Nadia memandang Huda dengan pandangan kosong.

"Kenapa?"  Huda masih ingin tahu.

"Kau rasa lelaki yang gay dan perempuan yang lesbian layak tak untuk dirikan rumah tangga? Maksud aku, mereka pernah buat dosa jadi kau rasa kalau mereka berkahwin agak-agak, mereka mampu tak nak berubah?" tanya Nadia dengan nada suara yang sedih.

"Tentang itu. Saya rasa boleh saja. Ya, mana tahu jika mereka berdua berkahwin, mereka berdua taubat bersama-sama, betul tak? Tapi, kenapa awak tanya?" soal Huda kembali sesudah dia menjawab pertanyaan Nadia sebentar tadi.

"Oh. Tak adalah. Ada kawan aku ni, dia lesbian juga tapi suka seorang lelaki gay tu. Itu saja" Nadia menipu.

"Oh begitu. . ."

"Huda" panggil Nadia.

Perlahan-lahan, Huda pun memandang wajah Nadia dengan penuh tanda tanya.

"Aku takutlah. Macam mana kalau, aku tak dapat nak masuk Syurga? Aku rasa aku lebih banyak buat dosa berbading pahala. Aku berzina, menyerupai lelaki, minum arak, buat hubungan sejenis, aku tak sembahyang dan macam mana pendosa yang banyak dosa macam aku ni, layak untuk melangkah masuk ke dalam Syurga? Allah tak rasa jijik ke dengan aku atau benci aku ke?" luah Nadia.

Huda hanya tersenyum sayu. Kedua-dua tangan Huda kemudiannya memegang erat kedua-dua tangan Nadia.

"Nadia, mungkin, awak pernah menyesal cara awak jalani hidup awak tapi awak kena ingat setiap apa yang awak lalui ini pasti ada hikmahnya. Allah tak pernah jijik atau bencikan awak, Nadia. Sebab itu, Dia bagi awak peluang untuk awak bernafas lagi pada hari ini dan juga untuk awak terus bertaubat dan meminta keampunan dari-NYA juga. Allah sayangkan awak, Nadia" balas Huda.

"Macam mana kau tahu Allah sayangkan aku? Kau pernah berborak dengan Allah ke?" ujar Nadia dengan mimik muka yang penuh dengan pertanyaan.

Huda hanya mampu ketawa kecil.

"Nadia, Nadia. . .Bila manusia sayang kita, kita diberi perhatian. Bila Allah sayang kita, Dia beri ujian. Faham?" jelas Huda sambil tersenyum manis.

"Oh. Begitu. Lega rasanya. Aku sebenarnya bersyukur sebab dapat kawan macam kau" jujur Nadia.

"Saya pun bersyukur sebab dapat kawan macam awak" balas Huda.

"Bersyukur?. Tapi, aku. . ." Nadia seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata Huda.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now