Bab 28 : Bersama

150 20 20
                                    

| Dulu, aku tidak pernah lagi jatuh cinta pada seseorang sehinggalah hadirnya si dia yang membuatkan jantungku terus berdegup dengan degupan cinta. Aku tahu bahawa cinta tidak selalunya berakhir dengan penamat yang bahagia dan aku benar-benar memahami bahawa cinta itu rumit dan tidak mudah. Aku juga menyedari bahawa cinta itu indah. Andai, aku diberikan kesempatan untuk bersamanya dengan lebih lama, adakah kesepian yang aku rasai ini sehingga sekarang ini akan hilang sepenuhnya?|
-HUDA SYUHADA-

☆☆☆☆☆♀️♡♂️☆☆☆☆☆

Rayyan tiba di rumah agak lewat hari ini. Setibanya Rayyan di rumah, dia pun terus menutup lalu mengunci pintu rumah. Tubuhnya disandarkan pada pintu manakala, punggungnya dia labuhkan ke atas lantai. Rayyan berpeluk tubuh dan merenung sendirian. Dia memikirkan kata-kata yang dilontarkan oleh Firdaus.

"Semakin lama, semakin sulit untuk aku miliki Huda. Tapi, entah kenapa aku semakin mencintai Huda dan bukannya hilang harapan" Rayyan bergumam sendirian.

"Mungkin, sebab kau yakin kot yang dia jodoh kau" celah Taufik yang berdiri di sebelah Rayyan.

"Eh? Bila masa kau ada kat sini?" terkejut Rayyan dibuatnya.

"Dari tadi lagi. Aku pelik. Lepas kau tutup pintu, kau terus buat drama dengan pintu tu. Siap ada dialog lagi" ujar Taufik.

"Hambarlah Taufik" ejek Rayyan.

"Hei! Siapa kata aku tengah buat lawak. Aku cakap je" balas Taufik.

Rayyan tergelak. Perlahan-lahan, matanya melirik ke arah tubuh Taufik yang tidak berbaju itu. Taufik hanya dalam keadaan berseluar pendek paras lutut sahaja.

"Kenapa kau tak pakai baju? Kalau mak nampak nanti macam mana?"

"Mak kau dah tidur. Aku ni baru je bangun. Nak minum air dan lepas aku dah minum air aku nak masuklah bilik. Tapi tak jadi, sebab tengok kau tengah bersendu" jelas Taufik.

"Begitu" Mata Rayyan masih galak melihat tubuh Taufik yang sasa itu. Rayyan hanya mampu menelan air liurnya demi menahan nafsu songsangnya yang sedang meliar.

"Apahal kau tengok aku macam tu?" Taufik segera menutup dada dan otot perutnya yang kelihatan itu menggunakan tangan. Apabila, dia melihat Rayyan seolah-olah ingin menerkam dirinya.

"Entah. Aku rasa aku masih sukakan kau lagi. Tapi, aku cintakan Huda"

Taufik hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kau ni. Kalau dah nafsu songsang tu ada, memang akan selama-lamanya juga ke terus kekal dalam diri kau dan bila nafsu kau tu nak meliar, kau terpaksa tahan?" tanya Taufik sambil berkerut.

Rayyan terdiam kaku.

"Taufik, kau rasa aku akan berubah ke?" dengan sayunya Rayyan bertanya. Taufik menghela nafas terlebih dahulu lalu membalas, "Kenapa? Kau tak yakin?"

"Aku cuma, takut. Macam mana, kalau aku takkan pernah berubah walaupun lepas aku dah kahwin dan ada anak? Sebab, aku dah terlalu terbiasa, buat dengan lelaki. Rasa macam aku hanya mampu puas kalau buat dengan lelaki je" tutur Rayyan dengan lebih jelas lagi.

"Aku tak tahu nak cakap apa lagi dah, Rayyan. Tapi, itu bermakna aku dah putus asa dengan kau ye? Aku akan sentiasa bimbing kau. Aku takkan biarkan kau terus tenggelam. Aku akan sentiasa jaga kau dan peduli tentang kau sebab kau bukan sekadar kawan tapi lebih dari tu. Kau keluarga aku" kata Taufik penuh yakin.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now