Bab 15 : Cinta

133 19 13
                                    

"Rumah awak kat mana, Erin? Biar saya tolong hantar awak balik" pinta Huda. Erin pun memberikan alamat rumahnya pada Huda untuk memudahkan gadis itu membawanya pulang.

Mereka berdua sudah basah lecun disebabkan hujan. Sebaik sahaja mereka berdua tiba di rumah, mereka berdua pun melangkah masuk ke dalam. Huda membantu Erin duduk di atas sofa.

"Mana tuala awak?" tanya Huda.

Erin mengangkat kening. Dia teragak-agak nak menjawab pertanyaan gadis itu. Taufik sudah menunggu-nunggu kepulangan Erin.

"Kau ni! Masa-masa macam ni jugalah kau nak balik! Aku dah risau kau tahu tak?! Sebab kau balik lambat! Sudahlah kau balik dalam keadaan hujan lebat macam ni, kau boleh demam! Nanti kau sakit, aku juga yang risau!" bebel Taufik yang baru sahaja selesai mandi itu. Pada ketika itu, Taufik hanya melilitkan tuala di sekeliling pinggangnya.

Taufik terlalu kusyuk membebel. Dia tidak sedar yang Huda dan Erin sedang memandangnya. Huda agak terkejut melihat Taufik yang tidak berbaju itu dan hanya dalam keadaan bertuala sahaja.

"Oh my God, my aurat!" Taufik segera berlari menuju ke bilik tidurnya dan meninggakan Huda serta Erin di ruang tamu.

Huda masih lagi kaku. Ini kali pertama dia lihat badan seorang lelaki asing. Erin pun perlahan-lahan bangun lalu masuk ke dalam biliknya. Dia mengambil dua helai tuala bersih. Sehelai dia berikan kepada Huda dan sehelai lagi dia ambil.

"Abaikan je apa yang awak nampak. Apa-apa pun, awak keringkanlah. Nanti awak demam pula" arah Erin.

Huda mengangguk perlahan.

Tidak lama kemudian, Taufik pun keluar dari bilik dengan berpakaian lengkap dan menutup aurat. Dia berasa agak malu untuk memandang Huda. Begitu jugalah, dengan Huda.

"Awak siapa?" tanya Taufik.

"Huda" jawab Huda.

"Kat luar sana hujan" kata Taufik dengan janggal.

"Saya tahu. Saya dan Erin sudah basah lecun" balas Huda.

"Tapi, takkan awak kena balik dalam keadaan macam ni. Nanti, awak demam" Taufik sudah mula berani memandang Huda.

"Tak apa. Saya sebenarnya nak tolong hantar Erin balik je. Jadi, saya balik dulu" kata Huda dengan sedikit canggung. Namun, tangannya ditarik. Erin menghalang Huda daripada pergi.

"Ikut saya. Kita salin baju" kata Erin pula lalu membawa Huda masuk ke dalam bilik tidurnya.

Ketika Erin hendak masuk ke dalam bilik, dia sempat memandang Taufik sekilas pandang. Taufik menggeleng-gelengkan kepalanya, merayu kawannya itu untuk terus berhenti berpura-pura. Tapi, Erin hanya buat tidak tahu sahaja.

Taufik terus mengeluh panjang.

"Aku nak buat apa? Kalau aku bagi tahu mesti keadaan bertambah kucar-kacir" bisik Taufik. Dia sudah dalam keadaan buntu.

☆☆☆☆☆♀️♡♂️☆☆☆☆☆

"Awak duduklah. Saya carikan baju untuk awak tukar. Nanti, esok awak boleh pulangkan balik" ujar Erin. Huda hanya mengangguk lalu melabuhkan punggung ke atas katil. Dia melihat sekeliling bilik. Manakala, Erin pula sedang sibuk mencari pakaian yang boleh dipakai oleh Huda.

Perlahan-lahan, Huda pun bangun lalu menuju ke meja kecil yang terdapat di tepi katil. Dia melihat bingkai gambar yang terdapat wajah Taufik dan Rayyan.

"Lelaki tadi pun abang awak ke?" soal Huda sambil memegang bingkai gambar itu dan melihatnya dengan lebih dekat.

"Oh. Lelaki itu, kawan baik abang saya. Sejak kecil lagi. Taufik namanya" jelas Erin lalu mencapai hoodie berwarna biru gelap.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now