Assalamualaikum semuanya. Dukacita dimaklumkan, aplikasi ini telah pun dialih keluar dari Google Play. Sedih sebenarnya. Tapi, kita doakan yang baik-baik saja. Insya'Allah, sekiranya kita juga tidak berputus asa untuk sentiasa berdoa dan berharap untuk kaum-kaum ini kembali kepada fitrah mereka, saya pasti mereka akan terbuka hati juga nanti. Percaya kepada Allah. Sentiasalah berbaik sesama manusia. Semoga RUMAH mampu membawa mereka pulang.
Jaga diri semuanya.
Sekian, terima kasih.
Mesej kasih dan ikhlas daripada hati ini, ditujukan khas kepada kaum pelangi 🏳️🌈 ; "Jangan putus asa untuk kembali ke pangkal jalan. Tetaplah istiqamah. Jangan pernah putus harapan untuk berubah ke arah yang lebih baik kerana percayalah bahawa sesungguhnya, tiada yang mustahil. Aku sayang kalian sebab itu, aku tulis novel ini. Ingat, Allah pun sayang kalian. Sesungguhnya, Dia-lah yang Maha pengampun lagi Maha Penyayang"
:)
YOU ARE READING
Rumah (akan disunting)
General FictionPEMBACA 16+ Mengisahkan tentang seorang lelaki yang pada awalnya hanyalah bernafsu songsang kini berubah menjadi seorang transgender. Rayyan atau nama wanitanya, Erin sememangnya hanya tertarik dengan kaum sejenisnya sahaja. Huda Syuhada pula merup...