"MUHAMMAD RAYYAN FIKRI!" sebaik sahaja nama penuhnya dipanggil, barulah Rayyan senang nak bangun. Matanya terbuka luas. Dia terus bertukar ke posisi duduk. Kali ini, bukan Taufik yang kejutkan tapi Mak Som.
"Ha bangun pun! Sudah! Pergi cuci muka dan gosok gigi. Kita solat Subuh berjemaah. Patutnya, Rayyan bangun lebih awal" bebel Mak Som.
Rayyan masih lagi dalam keadaan mamai.
"Dah nak masuk Subuh ke?" tanya Rayyan sambil membuka matanya perlahan-lahan.
"Azan Subuh baru je selesai berkumandang. Kamu je yang kami tengah tunggu sekarang ni! Sudah! Bangun cepat! Nanti, lepas sarapan pagi, kita nak pergi lawat Huda pula" ujar Mak Som lalu menepuk-nepuk bahu Rayyan, menyuruh anaknya itu bingkas bangun dan tidak cuba untuk tidur 5 minit lagi.
Mendengar sahaja nama Huda, Rayyan pun terus bangun lalu menuju ke bilik mandi. Dia mencuci mukanya dan menggosok gigi. Setelah selesai, Rayyan kemudiannya mengambil air wudhu lalu menunaikan solat Subuh berjemaah bersama-sama Taufik dan Mak Som.
Sesudah si Imam pujaan hati iaitu Taufik memberikan salam yang terakhir, maka selesailah solat Subuh mereka pada hari ini. Taufik menoleh lalu memandang ke arah Rayyan sambil tersenyum manis. Dia gembira melihat Rayyan turut menunaikan solat bersama-sama dengannya.
Rayyan memandang kiri dan ke kanan.
"Kau senyum kat aku ke, Taufik?" tanya Rayyan dengan nada suara yang bergetar-getar. Taufik kelihatan begitu kacak sekali apabila tersenyum manis begitu sehingga mampu membuatkan jantung Rayyan berdegup pantas.
"Senyum kat kaulah. Takkan aku senyum kat Huda pula" ejek Taufik.
Rayyan yang terpesona sebentar dengan wajah Taufik itu terus berasa jengkel pula.
"Kau takkan dapat Huda. Ingat tu!" tegas Rayyan.
"Yalah, kau kan kesayangan Huda" sindir Taufik.
"Eh, dia ni saja je nak cari nahas dengan aku" omel Rayyan.
"Jangan gaduhlah! Dah besar pun
nak bergaduh lagi. Umur kamu berdua ni sepatutnya dah boleh kahwin dah tapi perangai masih lagi macam budak-budak" bebel Mak Som yang masih bertelengkung itu."Kau ah ni, Rayyan! Kan, mak dah marah" balas Taufik.
"Eh! Ini mak aku lah! Sibuk je" ucap Rayyan lantas memeluk ibunya dengan erat. Mak Som hanya tersenyum lalu mengusap lembut rambut anaknya itu.
Taufik pula tersenyum janggal lalu menggagahkan dirinya untuk bangun.
"Mak nak pergi pasar dulu. Nanti bila kita dah makan baru kita pergi jumpa Huda" ujar Mak Som.
"Awalnya pergi pasar, mak" kata Rayyan."Biasa kalau pagi, harga barang selalu murah" jelas Mak Som. Rayyan hanya meng 'oh' kan saja lalu meleraikan pelukan diantara dia dan ibunya. Setelah itu, Mak Som pun bersiap untuk ke Pasar. Manakala, Taufik pula sudah berkurung dalam bilik.
"Mak pergi dulu" kata Mak Som.
"Baik, mak!. Hati-hati!" pesan Rayyan lalu menyalami ibunya. Tidak lama selepas itu, Mak Som pun keluar dari rumah. Kini, hanya tinggal Rayyan dan Taufik sahaja di rumah. Rayyan kemudiannya menyelusup masuk ke dalam bilik Taufik memandangkan jejaka sendu itu terlupa hendak mengunci pintu. Rayyan melihat Taufik sedang duduk di atas katil sambil merenung ke arah jendela bilik yang terbuka itu. Taufik tidak sedar yang Rayyan sudah berdiri di belakangnya. Lantas, Rayyan pun terus memeluk Taufik dengan erat dari belakang.Taufik tersentak. Dia terus menoleh.
"Kau buat apa ni?! Lepaslah!" Taufik berasa gerun.
YOU ARE READING
Rumah (akan disunting)
General FictionPEMBACA 16+ Mengisahkan tentang seorang lelaki yang pada awalnya hanyalah bernafsu songsang kini berubah menjadi seorang transgender. Rayyan atau nama wanitanya, Erin sememangnya hanya tertarik dengan kaum sejenisnya sahaja. Huda Syuhada pula merup...