Bab 6 : Erin, rumah yang salah

187 22 11
                                    

"Sayang, awak dah siap ke?" Kecik tidak sabar melihat penampilan baru kekasihnya.

Nampaknya, Rayyan memang sanggup melakukan apa sahaja demi Kecik.

"Sekejap. Sikit je lagi" sahut Rayyan dari dalam bilik.

"Cepatlah sayang! Saya dah tak sabar ni. Lagipun, kenapa sayang nak kena tutup dan kunci pintu? Bukan saya tak pernah nampak badan sayang sebelum ni"

"Nakal eh awak!  Kalau awak tengok, tak suprise lah nanti"

"OK. Cepat sikit tau!"

Tidak lama kemudian, Rayyan pun keluar dari bilik. Kecik terus mengigit bibir. Memang sangat sesuai sekali Rayyan berpakaian seperti wanita. Matanya galak melihat keseluruh bentuk tubuh badan Rayyan.

"Jangan tengok sangat. Nanti rosak awak buat. Susah tau saya nak bagi nampak macam girl" pesan Rayyan sambil memegang dagu Kecik.

"Cantik pula sayang pakai macam ni. Sebelum ni, handsome. Untung saya dapat dua jantina sekali gus" kagum Kecik.

"Janganlah puji sangat. Malulah saya" jujur Rayyan lalu menutup mukanya.

"Nak malu apa? Lawalah, sayang" balas Kecik lalu menyentuh lembut pipi Rayyan.

"Dahlah. Awak kata nak bawa saya jumpa kawan awak tu"

"Lupa pula. Salah sayang lah ni sebab buat saya tergoda"

"Ish, mengada-ngada"

☆☆☆☆☆♀️♡♂️☆☆☆☆☆

Rayyan mengenakan sweater turtle neck untuk menutup 'halkumnya' yang agak menonjol itu. Dia menyolek wajahnya dengan solekan yang nipis. Rayyan sudah kelihatan seperti gadis cina. Dengan wajahnya yang sudah sama ayu dengan perempuan lain dan badannya yang ramping itu sudah cukup membuatkan kaum lelaki dan kaum perempuan boleh tersilap. Tambahan pula, Rayyan mempunyai bakat suara yang boleh membuatkannya bertutur menggunakan nada suara yang sangat sama dengan perempuan. Ketika, Rayyan tiba di sana bersama-sama dengan Kecik, ramai orang fikir bahawa Rayyan adalah seorang wanita dan merupakan 'teman wanita' Kecik.

Dengan penampilannya yang terbaru, Rayyan seolah-olah bangga dan suka dengan cara pemakaiannya. Dia berasa seperti menjadi perempuan adalah dirinya yang sebenar. Terasa bagaikan, ini adalah identiti untuk dirinya yang sebenar.

☆☆☆☆☆♀️♡♂️☆☆☆☆☆

"Hello, Omar! Finally, we meet again. Macam mana? Kekasih you terima ke tawaran untuk berkerja dengan I?" tanya Farahin, Ceo kepada syarikat pengeluaran alat solek.

"Ya. Dia terima. Let me introduce you, my love" ujar Kecik lalu memperkenalkan Rayyan kepada Farahin.

"OMG, she looks pretty!" kagum Farahin sedangkan Farahin sudah tahu bahawa Rayyan adalah seorang lelaki. Namun, disebabkan dia terlalu terdesak untuk mencari seorang jurursolek yang benar-benar berkemahiran, dia terpaksa menerima Rayyan walaupun pada asalnya, syarikatnya itu hanya terbuka untuk wanita dan disebabkan itulah Rayyan harus berpakaian seperti perempuan.

"Hari tu, I ada tengok gambar you pakai make up. Omar yang tunjukkan. That's why I choose you. I rasa yang you benar-benar layak untuk bekerjasama dengan I" jelas Farahin.

"Terima kasih banyak, Puan Farahin" ucap Rayyan.

"No. I'm not married yet" balas Farahin sambil ketawa.

"Oh. Maaf, Puan. Maksud saya, Cik Farahin. Cik Farahin nak saya panggil Cik Farahin apa?" tanya Rayyan.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now