Setelah sudah hampir masuk hari kelima Rayyan bekerja di Kafe tersebut, hubungannya dengan beberapa pekerja di sana semakin rapat. Maksud rapat itu dah macam kawan atau keluarga. Mungkin, kerana mereka semua adalah peramah sehingga buatkan Rayyan berasa selesa dan tidak terlalu gugup berkenalan dengan orang baru.
Sedang Rayyan seronok berbual dengan Ravi, Fikri dan Nicky, Rayyan tiba-tiba mendapat pesanan teks daripada Taufik
___________________×_____________________Assalamulaikum.
Waalaikumusalam. Ada apa?.
Aku ada benda nak cakap ni.
Aku rasa aku tak balik rumah
minggu depan sebab bos aku
tiba-tiba kena ubah jadual.
So, aku kena tinggal kat sini
sebulan.Kau biar betul sebulan?.
Kalah orang honeymoonTapi ada baik juga.
Mana tahu, aku jumpa
jodoh 😏.Apa-apa jelah. Jaga diri.
Kau jangan risaukan
akulah. Aku tak rindukan
kau pun.Kau jangan, nanti aku
songsang balik baru tauJangan gitu.
Boleh jadi doa tu.
Aku gurau je.
Emo ah kau ni.Dah. Aku kena kerja.
Bye.Jangan tinggal solat.
Ok, bye.
___________________×_____________________"Siapa tu, Rayyan? Tersengih je aku tengok kau berbalas mesej dengan dia"
Fikri menyibuk."Kawan aku" jawab Rayyan.
"Oh kawan ke? Aku fikir awek" ejek Fikri.
"Takkan awek? Kawan aku tu lelaki kot" kata Rayyan.
"Mana tahu kau gay" Kecik mencelah.
Tersentak Rayyan dibuatnya. Perlahan-lahan, dia menoleh ke arah Kecik. Nicky, Ravi dan Fikri juga agak terkejut apabila mendengar kata-kata sedemikian yang dilontarkan oleh Kecik. Rayyan melihat kecik dari atas hingga bawah. Rambut lelaki itu kelihatan kusut. Butang baju uniformnya juga tidak dikancing dengan kemas. Rayyan tergoda melihat Kecik. Emmm. . . seksi!
"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Kecik ingin tahu apabila melihat Rayyan seolah-olah memandang dadanya yang tidak sengaja terdedah itu.
"Awak patut pakai kemas-kemas. Nanti, pelanggan boleh takut" jelas Rayyan dengan tergagap-gagap.
"Nak takut apa? Perempuan zaman sekarang suka lelaki seksi. Tambah pula, kalau ada lelaki yang jenis songsang kan?" balas Kecik lalu tersenyum memandang wajah Rayyan yang tertunduk ke bawah itu.
Perlahan-lahan, Kecik pun meninggalkan mereka berempat sambil mengemaskan rambutnya dan mengemaskan kancing bajunya.
"Jangan layan dia tu. Dia memang suka buli budak baru. Mungkin, sebab muka Rayyan macam jambu itu yang dia buli. Sebab sebelum ni, ada bekas budak baru tu pun muka jambu. Hari-hari kena buli dengan Kecik. Tahu-tahu je, dia dah berhenti" kata Nicky.
YOU ARE READING
Rumah (akan disunting)
Ficción GeneralPEMBACA 16+ Mengisahkan tentang seorang lelaki yang pada awalnya hanyalah bernafsu songsang kini berubah menjadi seorang transgender. Rayyan atau nama wanitanya, Erin sememangnya hanya tertarik dengan kaum sejenisnya sahaja. Huda Syuhada pula merup...