|Kadangkala, sebilangan jiwa yang hadir dan wujud dalam dunia ini mempunyai sebab dan ia menjadi begitu indah sekali apabila kehadiran mereka adalah untuk mengingatkan kita kepada Allah|
☆☆☆☆☆♀️♡♂️☆☆☆☆☆
"Huda" sapa Emilda dengan senyuman.
Huda yang sudah terjaga itu turut melemparkan senyumannya kembali. Firdaus juga berada di sana, dia sudah bersedia untuk membawa Huda pulang. Emilda pun menghampiri IV Drip milik Huda. Dia memeriksa IV drip milik Huda lalu dia mula mencabut jarum ditangan Huda dengan perlahan dan penuh tertib.
"Huda dah boleh pulang tau" kata Emilda.
"Sekarang?" Huda seakan-akan tidak percaya.
"Ya, sekarang. Kenapa? Adik dah suka tinggal di sini?" usik Firdaus.
Huda hanya ketawa kecil.
"Sayang, nanti awak jangan lupa ambil ubat di kaunter. Saya nak pergi tukar baju dulu. Awak dengan Huda tunggu saya di lobi, OK? Nanti, saya datang" pesan Emilda pada Firdaus. Firdaus hanya mengangguk perlahan lalu mula mengemas barangan Huda manakala Emilda pula sudah keluar dari wad.
"Adik. . .takut"
Firdaus segera memandang Huda.
"Takut? Kenapa?" tanya Firdaus lalu duduk bersebelahan dengan adiknya.
"Adik risau kalau adik akan menangis bila adik tengok semua orang yang adik kenal. Adik akan tinggalkan mereka semua tak lama lagi. Termasuk juga, abang. Adik boleh rasakannya...adik-" jujur Huda walaupun, ayatnya tergantung. Firdaus cuba menahan sebak. Dia hanya mengusap kepala Huda dengan lembut.
"Sudah. Pergi salin baju. Adik nak balik dah. Mak dan ayah pun ada. Mereka tunggu kita kat kereta" kata Firdaus.
Huda hanya mengangguk perlahan. Setelah Firdaus selesai mengemas barangan Huda dan Huda pun sudah siap menyalin pakaian, mereka berdua pun pergi ke lobi. Tiba sahaja di sana, Huda dapat melihat Puan Marini dan Encik Safuan sedang berdiri menunggu Huda. Pada waktu itu, Emilda juga sudah berada di sana.
Puan Marini melemparkan senyuman yang sangat manis. Beliau mendekati Huda dan mencium dahi Huda lalu memeluk anak perempuannya itu dengan erat.
"Rindunya mak dekat anak mak yang sorang ni" ucap Puan Marini sambil mencium pipi Huda berkali-kali. Huda terus ketawa dan tersenyum kecil. Encik Safuan, Firdaus dan Emilda hanya tersenyum melihat Puan Marini dan Huda.
Huda, Puan Marini dan Emilda duduk di belakang. Manakala, Fridaus dan Encik Safuan pula duduk di depan. Encik Safuan menghidupkan enjin kereta lalu kemudiannya mula memandu. Mereka semua tidak sabar untuk memberikan kejutan pada Huda.
☆☆☆☆☆♀️♡♂️☆☆☆☆☆
Mereka mengambil masa hampir sejam untuk pulang ke rumah disebabkan kesesakan lalu lintas. Huda agak terkejut apabila Puan Marini tiba-tiba menyuruhnya untuk memakai penutup mata tidur. Huda hanya akur lalu terus memakainya.
Seketika kemudiannya. . .
Mereka akhirnya tiba. Emilda dan Puan Marini membantu Huda untuk keluar dari kereta. Firdaus pula berdiri di samping Emilda. Manakala, Encik Safuan sedang memparkirkan kereta.
YOU ARE READING
Rumah (akan disunting)
Fiction généralePEMBACA 16+ Mengisahkan tentang seorang lelaki yang pada awalnya hanyalah bernafsu songsang kini berubah menjadi seorang transgender. Rayyan atau nama wanitanya, Erin sememangnya hanya tertarik dengan kaum sejenisnya sahaja. Huda Syuhada pula merup...