Bab 33 : Pulang

222 21 65
                                    

| "Cinta mampu menerima kekurangan dan cinta ada untuk saling melengkapi kekurangan." |

☆☆☆☆☆♀️♡♂️☆☆☆☆☆

Tujuh bulan setelah kematian arwah Huda, Firdaus dan Emilda akhirnya berjaya melangsungkan Majlis Perkahwinan mereka secara kecil-kecilan. Nadia pula sudah lama pulang ke Sabah. Syafiqah yang sudah melahirkan seorang bayi lelaki pula, agak terkilan kerana tidak dapat memperkenalkan cahaya mata pertamanya itu pada arwah Huda. Fikri kafe kini, meneruskan hidupnya dengan bekerja sebagai seorang pekerja bank. Rayyan pula, masih begitu. Hatinya kekal bersedih. Semua orang seolah-olah sudah meneruskan kehidupan namun tidak pula Rayyan.

Selepas perginya arwah Huda, Rayyan sudah tidak berhubung dengan sesiapa lagi. Dia hanya duduk terperap di dalam rumah dan meratapi hatinya yang sakit. Akibat masalah kesedihannya itu, Rayyan akhirnya berhenti berhubung dengan semua kenalan Huda termasuklah Nadia. Mujurlah, Mak Som sentiasa berada di rumah dan dapat memantau Rayyan.

Tiga tahun kemudian. . .

Rayyan sudah kembali pulih namun tidaklah sepenuhnya.
Dia kini bekerja sebagai seorang model pakaian setelah menerima tawaran pekerjaan tersebut daripada seorang rakan niaga ibunya, sebulan yang lalu.

"Rayyan!" panggil Taufik.

Dia mencari-cari keberadaan Rayyan. Taufik kemudiannya menjumpai Rayyan yang sedang termenung melihat pantulan dirinya di cermin.

"Kau dah bersedia?" tanya Taufik. Rayyan mengangguk perlahan lalu memastikan baju melayunya yang bewarna putih itu kelihatan kemas dan segak buat sekali lagi.

"Kau nampak kacak hari ini. Yalah, hari istimewa, kan" usik Taufik. Rayyan hanya tersenyum sayu.
"Hari istimewa kau juga, Taufik. Kau lagi nampak kacak. Maklumlah, nak pergi bersanding kan" usik Rayyan kembali.

Taufik ketawa kecil.

"Aku tak sangka, kau jumpa juga jodoh kau, Taufik. Aku fikir kau akan kekal jadi lelaki sendu abadi. Jadi, suami yang baik tau, Taufik" pesan Rayyan dan masih sempat mengusik kawannya itu.

Taufik hanya mengangguk lalu mendepakan tangannya.

"Apa? Kau nak aku peluk kau ke?" Rayyan kehairanan.
"Kenapa? Tak bolehkah, aku nak peluk kawan susah dan senang aku ni?" soal Taufik kembali.

Rayyan pun terus masuk ke dalam dakapan Taufik.

"Aku rindukan dia, Taufik. . ." luah Rayyan. Taufik pun terus memujuk Rayyan.

"Kau tahu tak Rayyan, aku pernah terbaca satu ayat ni yang tertulis, Bila kita bercinta dan berhubungan dengan makhluk Allah kita kena tahu dan faham yang pasangan kita itu milik Allah sama macam kita juga. Dari Allah kita datang, dan dari Allah juga kita semua akan kembali kepadanya. Semuanya hanya pinjaman"

Mereka berdua kemudiannya berhenti berpelukan.

"Lepas dia pergi, baru aku dapat rasa betul-betul cinta Huda. Sekencang angin. . .sekuat ribut taufan. . ." luah Rayyan lagi lalu mula menangis.
"Rayyan, kau tak ingat ke pesanan terkahir Huda pada kau? Dia minta kau untuk cintai seseorang betul tak?" balas Taufik lalu mengesatkan air mata Rayyan.

"Taufik! Rayyan! Cepat turun! Kita kena gerak ni" panggil Mak Som. Rayyan dan Taufik pun segera turun ke bawah dan menuju ke arah Mak Som.

Mak Som yang pada awal tersenyum lebar melihat Taufik itu perlahan-laha menghilang senyumannya apabila melihat mata Rayyan kemerahan.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now