Nota Penulis

110 18 15
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar, semuanya? Terima kasih banyak kerana sudi membaca novel ini sehingga tamat. Untuk peringatan semua, novel ini tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati dan semuanya hanyalah rekaan semata-mata.

Alhamdulillah, selesai juga karya saya yang bertajuk Rumah. Untuk makluman semua, novel Rumah merupakan novel 'mature content' saya yang pertama. Secara jujurnya, memang agak sukar buat saya untuk menghasilkan novel Rumah ini kerana pada masa yang sama, saya harus tahu tentang gaya hidup golongan LGBTQ+ ini sehingga saya sedar betapa sukarnya bagi setiap individu yang terlibat untuk keluar dari 'dunia' tersebut kerana adanya pelbagai dugaan terutamanya, mereka terpaksa mengharui segala penghinaan yang ditaburkan.

Semestinya, saya berharap jika adanya individu seperti ini dalam kehidupan kita, amatlah digalakkan untuk menasihati dan menegur mereka dengan cara yang baik dan berhemah. Sangat diharuskan untuk memberi kata-kata yang baik dan bukannya kata-kata yang berbaur penghinaan kepada mereka. Kerana, ia mampu menyebabkan hati mereka menjadi lebih keras dan memberontak. Sesunguhnya, golongan ini juga adalah manusia yang tidak sempurna seperti kita. Hati mereka juga rapuh dan memerlukan kebaikan untuk menjentik hati mereka dan membantu jiwa mereka, kembali kepada fitrah yang asal. Doa yang baik-baik. Namun, mereka memang tidak pernah lari daripada ego dan kedegilan mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa mereka mengabaikan Undang-Undang agama dan juga melawan kata-kata Tuhan.

Saya sendiri tahu bagaimana reaksi kaum-kaum LGBT ini apabila ditegur kerana berdasarkan pengalaman saya sendiri, mereka menganggap ia sebagai  satu ancaman, dengan alasan bahawa ia adalah Hak Individu. Walhal, sebenarnya ia ialah satu kejahilan yang melanda dunia Umat Islam pada saat ini.

Di Malaysia, sebagaimana dilaporkan akhbar tempatan, data pada 2016 menunjukkan bahawa hubungan homoseksual direkodkan sebagai penyumbang utama bagi kes-kes jangkitan HIV terbaharu. Terdapat sejumlah 1,553 kes HIV baharu dalam kalangan homoseksual dan biseksual berbanding dengan 1,311 melibatkan heteroseksual. Empat puluh peratus golongan homoseksual dan biseksual yang dijangkiti virus HIV adalah dalam lingkungan usia 19 hingga 29 tahun dan kebanyakannya adalah pelajar. Sejumlah 31 peratus pula dalam lingkungan usia 30 hingga 39 tahun yang merupakan golongan profesional

Sebelum saya terlupa, novel ini juga mempunyai unsur-unsur Islamik. Jujur saya katakan, saya tahu masih ada sahaja yang berdegil dan tetap mempertahankan LGBTQ+ ini malah bercerita akan hak mereka. Bagi saya, 'hak' sememangnya layak untuk dipertahankan namun, ia bergantung pada apa yang kita 'hendak' pertahankan. Sebagai umat Islam, ia adalah satu kesalahan yang amat besar kerana telah melanggar perintah Allah SWT. Saya sebenarnya kagum apabila adanya manusia yang sangat mengalakkan manusia lain untuk menyuarakan pendapat mereka dan menjadi diri mereka sendiri. Tapi, mereka yang beragama Islam haruslah sentiasa ingat bahawa Allah itu Tuhan kita dan sudah semestinya, apa yang kita kerjakan, apa yang kita mahukan, apa yang kita harapkan, haruslah diredhai Allah. Di sini saya juga ingin menegaskan, hati manusia bersifat bolak-balik. Sentiasa berdoa kepada Allah agar hati kita terus terpelihara dan jauh dari segala jenis kemaksiatan yang ada di muka bumi ini. 

Sesungguhnya al-Qur'an menceritakan para nabi-nabi dan umat terdahulu, supaya manusia dapat meneladani akhlak mereka dan bukan sekadar cerita yang diceritakan, bahkan agar si pembaca dan si pendengar dapat mengambil pengajaran, seolah-olah ia memberitahu manusia bahawa dahulu Allah SWT telah memberi balasan kepada orang-orang yang ingkar kerana keingkaran mereka.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now